CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3735|Reply: 40

[Tempatan] Walau dibebani hutang, kerajaan komited tingkat kebajikan, taraf hidup rakyat - Rafizi

[Copy link]
Post time 31-7-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Walau dibebani hutang, kerajaan komited tingkat kebajikan, taraf hidup rakyat - Rafizi

https://www.bharian.com.my/berit ... bajikan-taraf-hidup

Julai 31, 2023 @ 7:08am


Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berucap pada Majlis Ceramah Jelajah MADANI DUN Sungai Tua di Kampung Bahtera Gombak Permai malam tadi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Meskipun dibebani hutang dan perbelanjaan pengurusan negara yang tinggi, kerajaan tetap komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kebajikan serta taraf hidup rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan memiliki dana terhad kerana pendapatan negara hanyalah sekitar RM300 bilion namun perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi pemberian subsidi, perbelanjaan mengurus dan membayar faedah hutang negara.

"Kerajaan kena bayar subsidi sampai RM80 bilion, bayar lagi faedah atas hutang lebih kurang RM30 bilion, tambah pula gaji pekerja, sewa bangunan kerajaan dan perbelanjaan kerajaan beratus-ratus bilion.

"Akhirnya duit itu habis semua, jadi bagaimana kita hendak bantu rakyat untuk naikkan gaji, bina lebih banyak rumah dan wujudkan program basmi kemiskinan yang merubah kehidupan rakyat," katanya pada ceramah Jelajah MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di sini malam tadi.

Beliau berkata susulan itu, kerajaan tidak boleh menambah subsidi bagi harga minyak kerana perlu mengimbangi perbelanjaan untuk membolehkan inisiatif membantu rakyat terus dilaksanakan.

"Kalau kita nak turunkan harga minyak, kita kena tengok pada harga (lebih rendah daripada) RM2.05 sen setiap liter itu, berapa jumlah wang yang kerajaan perlu belanjakan (untuk subsidi).

"Harga minyak mentah ketika ini ialah AS$80 bagi setiap tong. Ini bermakna kerajaan perlu bagi subsidi RM1 bagi setiap liter dan kekalkan harga pada RM2.05," katanya.

Menyentuh desakan agar harga minyak diturunkan yang kembali dimainkan oleh pembangkang ketika ini, Rafizi berkata kerajaan tidak mahu mengambil langkah populis sebaliknya lebih mengutamakan kebajikan rakyat dengan menambah baik infrastruktur asas dan gaji penjawat awam.

"Kalau nak menang PRN (Pilihan Raya Negeri) mudah, saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh kata 'Jom! Kita turunkan harga minyak 20 sen, habis semua orang akan undi.

"Tetapi ini maknanya akan ada gaji cikgu yang dipotong, akan ada projek perumahan rakyat miskin tidak berjalan, bekalan air seperti di Kelantan tidak dapat diperbaiki dan anak-anak yang masuk universiti kita tidak boleh bantu," kata Timbalan Presiden PKR itu. – BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa Najib PM dia naikkan taraf hidup rakyat...naikkan pelaburan...naikkan pendapatan negara....bagi macam2 pada rakyat...tapi korang jugak tak habis2 kondem dia. Kau jatuhkan seorang pemimpin Islam yang baik. Sekarang kau pulak kena kecam...mmg padan muka...lepas PRN nanti tengoklah harga barang akan naik mendadak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Puiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:23 AM | Show all posts
mentality pembangkang sgt. dah jadi kerajaan tiba masanya kamu implement semua 'formula' kamu, bukan masa utk bercakap manis tapi kosong!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je lebih korang menekan ekonomi keluarga aku lagi adala.. tiap bulan expenses dah makin bertambah.. dah tak dapat menyimpan langsung.. eh vavi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:49 AM | Show all posts
SEMBANG MCM TUUUUUTTTTTTTTT........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 09:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kaseh80 at 31-7-2023 09:58 AM

BOLEH Blah
Ckp mcm siut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 09:55 AM | Show all posts
aku tak tau lah apa baghal punya gomen, tak habis habis dengan retorik speech. Come on lah move on..ko forget je apa gomen lama buat ko come out with new strategic planning for the country la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2023 09:55 AM | Show all posts
confessorlady replied at 31-7-2023 01:55 AM
aku tak tau lah apa baghal punya gomen, tak habis habis dengan retorik speech. Come on lah move on.. ...

Iols setuju sesangat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:14 AM | Show all posts
Edited by kkm123 at 31-7-2023 10:18 AM

Apabila memilih broker forex, adalah penting untuk mempertimbangkan faktor seperti pematuhan peraturan, kos dagangan, platform dagangan yang tersedia, sokongan pelanggan dan reputasi. Adalah disyorkan untuk membandingkan broker yang berbeza dan membaca ulasan sebelum membuat keputusan. AMarkets menawarkan beberapa faedah untuk pedagang, termasuk syarat dagangan yang kompetitif, pelbagai jenis akaun, keperluan deposit minimum yang rendah, pelbagai instrumen dagangan, sumber pendidikan dan sokongan pelanggan yang responsif. Syarikat itu juga dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSC), menyediakan pedagang dengan keselamatan dan ketenangan fikiran tambahan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:33 AM | Show all posts
Rogue98 replied at 31-7-2023 09:17 AM
Masa Najib PM dia naikkan taraf hidup rakyat...naikkan pelaburan...naikkan pendapatan negara....bagi ...

najib kena fitnah gst punca harga barang naik. sekarang rakyat dah sedar siapa suka fitnah pemimpin baik. dulu mereka terkenal dengan formula. sekarang mereka terkenal kencing rakyat tipu rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:35 AM | Show all posts
bulalof replied at 31-7-2023 09:23 AM
mentality pembangkang sgt. dah jadi kerajaan tiba masanya kamu implement semua 'formula' kamu, bukan ...

formula tahi kucing. kalau formula tu realistik dah lama laksanakan. kiranya formula realistik zaman ds najib sebab dia mula2 laksanakan br1m tp mereka tiru. zaman najib dah ada kedai kr1m, ada utc. ada macam2 pembangunan mrt.

rakyat masih teringat jasa dato seri najib.



Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:37 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 31-7-2023 10:35 AM
formula tahi kucing. kalau formula tu realistik dah lama laksanakan. kiranya formula realistik zam ...

betul tu. ruginya kedai KR1M tu dimansuhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:38 AM | Show all posts
confessorlady replied at 31-7-2023 09:55 AM
aku tak tau lah apa baghal punya gomen, tak habis habis dengan retorik speech. Come on lah move on.. ...

dekat komen2 walanun pakatan haprak majoriti meratib isu rasuah , tiada satu idea pun formula nak majukan ekonomi negara bila meratib rasuah kaka petik 47 pertuduhan kes terus mereka petik jana wibawa.

patutnya dakwa dua2. xkisah jana wibawa atau 47 pertuduhan. hebatkan. mereka nak reformasi dengan angkat 47 pertuduhan sebagai teman sejati

kesimpulannya mereka hanya hebat masa ceramah kempen bila jadi perlaksana total gagal pepatah melayu ada sebut tin kosong kuat bunyi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 11:21 AM | Show all posts
hidoppppppppp umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nih betul2 pakar formula kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 11:58 AM | Show all posts
kita putar lagi halimmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 31-7-2023 10:38 AM
dekat komen2 walanun pakatan haprak majoriti meratib isu rasuah , tiada satu idea pun formula nak  ...

Lain kut...kes janawibawa tu ambik dana daripada project kerajaan sebelum project tu bermula. Ni dah terang2 rasuah. Lagi pun ramai saksi2 yg kantoikan kata gang midin mintak 5-20% nilai contract ada yg masuk kocek sendiri dan ada yang masuk akaun bersatu. That's why laju jer sprm buat kerja sebab bukti dah ada.

Kes Zahid pulak melibatkan yayasan milik keluarga  sendiri dan digunakan utk aktiviti kebajikan. Diaorang tak dapat bukti kan segala tuduhan dari 2019 lagi kes ni. Lagi 40 kes pun Hakim dah bebaskan Zahid sebab pendakwaraya gagal buktikan dia terlibat rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
confessorlady replied at 31-7-2023 09:55 AM
aku tak tau lah apa baghal punya gomen, tak habis habis dengan retorik speech. Come on lah move on.. ...

8 bulan and going......belum pun a quarter term mark....yg gelojoh sangat pesal apa?

Ilek ahhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.082950 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list