Lebih 10,700 membanjiri Dataran Merdeka bagi menjayakan program Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bersempena sambutan Hari Malaysia 2023, hari ini.
Bertemakan 'Memperkasa Semangat Perpaduan Menerusi Kepelbagaian Etnik Rakyat Malaysia,' acara yang memasuki tahun ketujuh penganjuran itu bertujuan untuk menjadi platform mempromosikan perpaduan Malaysia dalam semangat masyarakat majmuk dalam meraikan Hari Malaysia pada setiap tahun.
Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, tema Etnik dipilih tahun ini kerana rakyat Malaysia menghargai perbezaan dan berbangga dengan identiti kebersamaan.
"Acara ini bukan hanya sambutan meraikan akar budaya kita tetapi juga bukti kekuatan dan perpaduan kita bersama. Sama ada anda merayakan warisan Melayu, Cina, India, atau pribumi, biarkan pakaian etnik atau Sarong anda menjadi representasi akar budaya dan perpaduan dalam kepelbagaian.
"Seiring dengan sambutan tahun ketujuh berturut-turut dan semangat kebangsaan konsep Malaysia Madani yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, tema ikonik dan unik ini diharapkan akan terus memangkin usaha semua pihak untuk terus mempromosikan budaya penyatuan yang dibawakan oleh acara Keretapi Sarong ini.
"Kami teguh percaya bahawa mengetengahkan tema etnik di tengah-tengah perpaduan Malaysia adalah bukti kekayaan budaya negara ini dan komitmennya untuk meraikan kepelbagaian dengan semangat harmoni yang lebih utuh lagi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, dia menganggarkan 30 peratus yang hadir memakai pakaian tradisional Sarong dan etnik daripada pelbagai suku Sabah dan Sarawak.
Lebih membanggakan, program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017 itu berlangsung serentak di lima bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park, Tunjong Kota Bharu, Kelantan), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).
Sambutan unik dan bertenaga dapat dilihat di pelbagai bandar dan stesen seperti Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan.
Antara aktiviti menarik lain yang tersedia sepanjang KS2023 adalah Kuih Piknik X Keretapi Sarong (oleh Media Prima Berhad), Sejarah Sarong, Sarong Serantau, Segar Sarong dan Stail Sekarang.
Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KS2023 tahun ini turut mendapat sokongan Rakan Kerjasama Utama, Rapid KL.
Cnp harian metro
Lagi ramai dari himpunan selamatkan malaysia. Syabas anak2 muda. Kita cinta Malaysia.
Author|Post time 17-9-2023 08:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
B40tastePosh replied at 17-9-2023 08:51 AM
Tahun lepas banyak ponen ponen yang join...nampak kebotteman diorg
Mula2 buat dulu, time tak berapa ramai yg join, mmg menyerlah penyertaan geng2 tu. Tp bila dah ramai pakat ikut, dah tak berapa nak nampak dah. Ataupun depa pi join himpunan depan sogo tu kot ????
Post time 17-9-2023 09:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga area kemaluan peserta bergesel dengan bontot orang depan? Tau sajelah idea drpd Bang Non, kan? Sedikit sebanyak elemen gay tu mesti ada.
Author|Post time 17-9-2023 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Perwira2022 replied at 17-9-2023 09:02 AM
Apa maksud keretapi sarong? Adakah maksudnya orang ramai beratur rapat rapat sehingga area kemaluan ...
Itu saja la yg hg nampak. Yg hg x pernah nak nampak ialah semangat anak2 muda bangun pagi bersiap naik mrt & berjalan ke dataran merdeka sambil berpakaian tradisional kaum masing2 tanpa dibayar.
Btw, himpunan selamatkan malaysia anjuran PAS tu tak berlaga bontot ka?
Post time 17-9-2023 10:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apoo replied at 17-9-2023 09:23 AM
Itu saja la yg hg nampak. Yg hg x pernah nak nampak ialah semangat anak2 muda bangun pagi bersiap ...
Diaa pnya ketinggalan info tu smpai kaitkan dgn politik bang non apa sume, padahal event ni dh bertahun kot… segala lapisan masyarakat duk enjoy ramai2 xda isu apa pn..
Kesian betul spesis taksub politik smpai benak gini
Sebenarnya keretapi sarong ni start dari tahun 2012 lagi under Random Alphabet. Tapi time tu sekadar flashmob keluar jalan2 sambil pakai kain. Tahun 2013-2014 depa buat no pants subway. Naik mrt lrt pakai sarong. 2015-2016 tak dak. Then 2017 baru depa buat balik. Kali ni depa ubah tarikh ke 16 September sempena hari Malaysia. Sebelum ni dok buat bulan Februari. Penganjur pun bertukar kepada LOCCO & Kementerian Pelancongan pun join jugak bagi kerjasama. Matlamat depa nak mempamerkan keunikan Malaysia & galakkan penggunaan kenderaan awam.
Cara dia, pada 16 September bersamaan Hari Malaysia, orang ramai akan berkumpul di stesen yang ditetapkan oleh penganjur dengan memakai sarung & pakaian tradisional untuk ke satu "Lokasi Rahsia". Lokasi ni dibagitau kat stesen tersebut sahaja. Lokasi tahun ni dataran merdeka. So kat lokasi ni diadakan banyak acara2 traditional mcm tarian, permainan dulu2 dll.
Sebelum2 ni tertumpu kat KL sahaja. Tapi tahun ni dah merebak sampai ke tempat lain jugak.