|
Seorang anak mendedahkan, ibunya masih lagi ketagihan pornografi.
"Aku pernah pinjam telefon mak untuk Google resipi sebab dia suruh.
"Tapi aku terkejut selepas tengok history carian mak... kami adik beradik semua perempuan dan sudah berkahwin," luahnya.
Gambar Hiasan
Kata wanita itu, sikap pelik ibunya itu sudah lama disedari namun tidak menyangka ia berpunca daripada filem pornografi yang sering ditonton.
Malah katanya, setiap kali dia dan suami pulang ke kampung halaman, ibunya pasti akan tidur di ruang tamu tanpa memakai pakaian dalam.
Bukan itu sahaja, ibunya juga akan mengenakan seluar pendek meskipun telah ditegur bapanya.
"Kalau aku dengan suami balik kampung, mak suka tidur dekat ruang tamu tanpa pakai bra... dia pakai seluar pendek.
"Kadang-kadang ayah aku tegur, suruh pakai elok-elok tapi mak aku jawab anak-anak ja pun," katanya.
Lebih mengejutkan apabila suaminya sering dihubungi ibu yang turut memanggilnya dengan panggilan 'sayang' sedangkan panggilan itu tidak pernah disebut kepada dia mahupun adik beradik yang lain.
"Kami pun dia tak pernah panggil sayang, tapi menantu dipanggil sayang. Salam siap peluk dan cium... aku serius jijik.
"History YouTube semuanya m*lf (istilah lucah), son and mom. Ya Allah, aku tak tahu nak luah dekat siapa," tambahnya lagi.
Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakan meluahkan rasa terkejut apabila seorang ibu bersikap tidak bermoral seperti itu.
"Selalu dapat kes begini dengan orang Barat sahaja, tak sangka... jangan bawa balik suamilah, cakap dia sibuk.
"Serius menyeramkan, mungkin boleh follow dan dapatkan khidmat daripada Puan Suzana Ghazali.
"ertama sekali sekat nombor mak dalam telefon suami, padam terus pun tak apa. Keduanya jangan balik rumah mak ayah dalam tempoh yang lama dan kalau kental boleh bincang bersama sebab baru ni ada kes mak main menantu.
"Kena bagitahu ayah dengan bukti supaya dapat dibetulkan. Jangan libatkan adik beradik yang lain dan biar mak ayah selesaikan sendiri," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|