CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10662|Reply: 101

Syirik Sampai Hujung Usia, Doktor Nampak Jarum Susuk Di Mata, Muka, Leher Serta Dada Makcik Tua

[Copy link]
Post time 26-9-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang doktor mendedahkan kisah seorang pesakit wanita yang didakwa mengamalkan pemakaian susuk sehingga ke hujung usianya.


Dr Razif berdepan peristiwa berkenaan ketika ditempatkan di sebuah hospital di Kedah sebagai doktor pelatih dan kejadian itu masih segar dalam ingatannya sehingga ke hari ini.


Foto: mStar




"Seorang pesakit wanita berusia lingkungan 60-an dimasukkan ke wad. Sebab angin ahmar atau strok. Sebelah badan lumpuh. Saya panggil dia sebagai makcik A. Sebab strok tu, makcik A tak boleh bercakap tapi dia sedar, boleh respons kalau dipanggil.


"Bila ada pesakit baharu masuk, saya buat rutin admission makcik A macam biasa. Sejarah penyakit, ubatan dan soalan-soalan berkaitan hal kesihatan makcik A saya kena tanyakan pada anak yang menjaga makcik A waktu tu.


"Makcik A tak boleh menelan. Tapi tiub hidung ke perut telah dipasang. Petang tu saya check result darah, CT-scan, x-ray dan ubat-ubat makcik A. Bila tengok je imbasan dada makcik, terkejut saya bila jelas kelihatan jarum susuk dalam CT-scan dan x-ray dada makcik tu," ujarnya menerusi perkongsian di media sosial.




Foto: mStar







Jarum misteri itu terletak pada empat kawasan iaitu mata, muka, leher serta dada pesakit wanita berkenaan.


Dr Razif berkata dia hanya mampu bertindak mengunci mulut tentang perkara itu sehingga kes berkenaan 'menghantui' hidupnya sehingga ke hari ini.


"Saya yakin anak dia tak tahu tentang perkara ini. Tapi saya gagal beritahu pada anaknya. Kenapa saya menyesal sampai sekarang? Sebab saya tak maklumkan pada anak makcik A dan saya gagal cegah benda mungkar yang berlaku depan mata.


"Saya gagal selamatkan akidah makcik A walaupun saya mampu ketika itu. Jarum susuk kita panggil charm needle adalah sejenis sihir. Saya berharap makcik A sempat bertaubat dan buang susuk tu."




Foto: mStar







Dalam hantaran itu, Dr Razif sempat memuji anak pesakit itu yang disifatkannya memiliki perwatakan terhormat dan pandai menjaga ibunya yang sedang dirawat di hospital.


Perkongsian Dr Razif mengenai kisah susuk pesakit itu meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi TikTok dan ia turut dihujani komen netizen.


"22 tahun berkhidmat, susuk boleh nampak dalam X-Ray. Ramai orang pakai, paling ramai pakai perempuan.


"Sepupu saya kerja hospital, bahagian X-Ray. Memang dia kata selalu sangat jumpa orang pakai susuk.


"Ya, saya juru X-Ray selalu juga jumpa dalam gambar X-Ray benda-benda macam ni. Bukan dekat muka saja, dekat kaki dan perut pun ada," tulis beberapa netizen.


Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berkaitan saka, susuk dan sihir termasuk dalam dosa besar yang boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah dengan sesuatu).


Memakai susuk bagi tujuan kecantikan adalah haram kerana terdapat unsur pemalsuan dan juga unsur penipuan terhadap orang yang melihatnya. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 01:41 PM | Show all posts
itu dosa peribadi dia .
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 01:47 PM | Show all posts
Iolss curious, kalau yg cucok jarum susuk ni tak rasa sakit ker jarum tuh duk dalam badan? Beratus pulek tu. Sedangkan tercucok selumbar kayu masok kat dlm kulit pun rasa ngilu. Ker sebab mistik2 ni makhluk tu hilangkan rasa sakit jarum2 yg ada dlm badan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 01:58 PM | Show all posts
boleh ke kalau panggil interview pemakai susuk ni. curious la nak tahu. x sakit ke? jarum tu xde karat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:00 PM | Show all posts
ada terbaca orang yang pakai susuk ini, walaupun dah buang kekuatan susuk tak semestinya kena buang susuk tersebut.

jadi katalah makcik tu dah bertaubat dan dah buang kekuatan susuk tapi dia tak buang pun susuk itu disebabkan banyak sangat dan melibatkan pembedahan yg rumit..

maka rasanya adalah salah menganggap orang itu masih ada susuk spt susuk asal, sepatutnya yang ada dalam badan cuma material sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg boleh keluarkan susuk kena sama dengan org yg masukkan .. selalu bomoh yg tanam udah kerepot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2023 02:42 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 26-9-2023 02:26 PM
Org yg boleh keluarkan susuk kena sama dengan org yg masukkan .. selalu bomoh yg tanam udah kerepot

atau bomoh tu telah mati...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana klu yg dihantar?....
Aku pernah dirawat & kuar besi berkarat dari dada & kepala....
Klu xray nati doktor ingat aku pakai susuk...pdhal aku tak tau pun benda tu wujud dlm bdn aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 03:55 PM | Show all posts
yg tanam susuk kat perut tu buat apa ye? supaya kurus sentiasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-9-2023 03:29 PM
Mcmana klu yg dihantar?....
Aku pernah dirawat & kuar besi berkarat dari dada & kepala....
Klu xray  ...

First time dengoo.. ko ade musuh kee.. mcm mcm hal dlm dumia ini..  ko takde rasa sakittke
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fair_iza at 26-9-2023 04:51 PM
jazaa100 replied at 26-9-2023 03:29 PM
Mcmana klu yg dihantar?....
Aku pernah dirawat & kuar besi berkarat dari dada & kepala....
Klu xray  ...


Itu bukn susuk. Itu org nk santau ko. Benda mcm ni x ada tersimpan badan sbnrnya. Mcm mana aku tahu? Sbb cousin aku sakit lama keluar masuk hosp xray, mri tp x pulih2. Pastu berubat tradisional, keluar paku2. Dah pulih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 26-9-2023 01:47 PM
Iolss curious, kalau yg cucok jarum susuk ni tak rasa sakit ker jarum tuh duk dalam badan? Beratus p ...


Tazzabar nak cucuk jarum vaksin kobodo-19


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org tua2 dia Tak tau pun dia ada susuk sbb jarum dimasukkan ketika kecik tak faham apa benda tu . Tak pasti sama ada susuk itu memasukkan sesuatu ke badan macam jarum emas,berlian etc yang di dampingi dengan sesuatu ie Jin atau hanya susuk ie jarum emas sahaja ? Mcm Mana ia berfungsi ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang akak tak faham tu, kenapa pulak berpantang makan sate cucuk Sate  Kajang Haji Samurai?

Haji Samurai ada bawak makhluk halus dari Makkatul Mukarromah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 26-9-2023 05:18 PM
Buritan replied at 26-9-2023 04:00 PM
First time dengoo.. ko ade musuh kee.. mcm mcm hal dlm dumia ini..  ko takde rasa sakittke


Dulu....aku berubat dgn arwah harun din....
Arwah pas aku kt anak murid dia utk follow up
Kat situ lah segala kaca & dawai berkarat kuar

Rasa sakit tu ada ....batuk tak berhenti, sakit dada & kepala yg amat sgt.....kuar masuk hosp tapi doctr kata tak de sakit....tu yg aku blh pi bangi tu ...

Bab sihir ni mana le kita tau sapa musuh kita...mgkin tak puashati sbb aku x kwin dgn dia....tu je aku blh ckp
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dulu2 sorok2 pakai susuk nk bagi nampak menarik...guna bomoh hantu setan tolong bagi lawa...
Org sekarang takde sorok2 renovate muka, buat hidung, buat dagu, buat tetek nak bagi nampak menarik...tak guna setan, tapi guna plastic surgeon

Sama je concept nya...plastic surgery gone wrong = langgar pantang susuk, akibatnya merana
Tapi bila guna setan tu seram n lagi nmpk jahat sbb dh syirik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 05:19 PM | Show all posts
iiols dulu selalu dengor lawak ni..

Babak 1

A: weyy ko ade susuk x?
B: why?
A: ko lalu bawah ampaian tadi... ko x takut ke susuk ko keluar?
B: alamak... abis la....

Babak 2

C: Uiii sedapnya pisang tanduk ni..lembut jee
D: ehh ko kan x bole makan pisang tanduk..
C: eh apesal pulak?? mahal ni kott
D: ko kan baru pakai susuk dengan mak limah minggu lepas... hahhahah
C : ^$^$%^#^%&^*&


tapi masih lagi ke org muda sekarang yg masih pakai susuk... terutamanya org2 terkenal (artis ke, pempengaruh (influencer) ke.. ahlul pulitaik kee)
sebab menurut cite doc ni.. kesah ni 22 tahun lepas kann

tapi betul ke.. kalau susuk tu dah sebati dlm badan... ade org cakap susah nak keluarkan.. macam dia dah masuk dlm pembuluh darah... soo bila ade bomoh bijak pandai yg boleh keluarkan... jarum tu lari2... eh entah la.... ni pun mcm cite mastika kot iols baca time kecik2 dulu ekekekke org kalo dah tamak haloba.. akan buat je walau bende tu salah dan syirik.. k baiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
fair_iza replied at 26-9-2023 04:48 PM
Itu bukn susuk. Itu org nk santau ko. Benda mcm ni x ada tersimpan badan sbnrnya. Mcm mana aku tah ...

Ooo...xray tak nmpak iya ....

Aku pun doctr xray aku seluruh bdn...paru²...kidney.... kepala pun..tapi tak jumpa apa²...

Tapi bdn aku sakit....akhirnya aku pi bangi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 26-9-2023 01:47 PM
Iolss curious, kalau yg cucok jarum susuk ni tak rasa sakit ker jarum tuh duk dalam badan? Beratus p ...

Sbb guna setan, tak sakit lerrr
Kalau x guna setan bukan susuk namanya
Itu tertusuk jarum..doctor pun blh kluarkan..takyah cari bomoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 26-9-2023 05:19 PM
iiols dulu selalu dengor lawak ni..

Babak 1

zman skrg lg senang...ko nk susuk negara seberang pn boleh selagi duit byk...dan mampu nk brpantang larang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.092187 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list