View: 2635|Reply: 24
|
Gal Gadot Tetap Sokong Israel Walaupun Dikecam
[Copy link]
|
|
Tindakan aktres terkenal, Gal Gadot menyeru orang ramai supaya menyokong tentera Israel selepas tercetus peperangan antara rejim Zionis itu dengan Palastin mengundang amarah pengikutnya dalam Instagram.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Gadot dalam Instagram miliknya, pelakon berdarah Yahudi itu menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap tentera Israel dan menyeru orang ramai supaya turut serta berpihak rejim dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu.
“Saya menyokong bersama Israel dan anda juga harus begitu,” katanya.
Tindakan pelakon berusia 38 tahun itu mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap Israel telah menyebabkan pengikutnya menyelar tindakan tersebut.
Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana pelakon filem Wonder Woman itu seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin sebelum ini.
“Saya selamanya akan menyokong Palestin,” kata seorang pengikutnya.
“Israel diserang selepas merampas tanah dan negara Palestin. Namun tiada yang ambil peduli,” ujar seorang netizen.
Sebahagian netizen lagi hanya meninggalkan komen berupa emoji tentera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap negara tersebut.
Dalam hantaran berbeza, Gadot seakan-akan tidak peduli selepas dikecam apabila melancarkan kempen untuk mengutip derma ke atas Israel selepas diserang bertubi-tubi oleh pejuang Hamas sehingga negara tersebut mengalami kerosakan teruk, manakala beratus-ratus warga Yahudi terbunuh.
“Sesiapa yang mahu menderma, boleh berbuat demikian. Ramai kehidupan penduduk Israel berubah semalam. Mereka kehilangan tempat tinggal dan memerlukan pertolongan,” ujarnya.
Kelmarin, pejuang Hamas telah melancarkan serangan mengejut ke atas Selatan Israel sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 700 orang termasuk askar Zionis terbunuh.
Sementara itu di Gaza, media melaporkan sekurang-kurangnya 413 orang terbunuh selepas wilayah itu dihujani serangan udara oleh tentera Zionis.
Rejim Zionis berkata, lebih 100 rakyatnya dipercayai dijadikan tebusan oleh kumpulan Hamas.
Sumber: HibGlam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
What do you expect? Dah dia pun memang pernah jadi army yisreal tu kan kalau tak salah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia mmg warga sinun kan... Rmi giler retis Hollywood yg sokong yesrahell. |
|
|
|
|
|
|
|
yg retis usa tu iols faham lah sokong israel. tp yg rajailya tu dah kenapa komen cenggitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kan ex tentera sana... Of coz la kaw2 dia sokong. |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas: yg retis usa tu iols faham lah ... dia komen apa chuops |
|
|
|
|
|
|
|
dh dia mmg org sana opkos la support . apa nk heran |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kan bekas IDF khuenzz.. tapi meolls mmg benci tengok dia .. dah le berlakon kayu.. puikk punya israel |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg follow ig dia dulu.tapi haritu aku unfollow bukan sbb israel-palestine tapi disbbkan tgk heart of stone.xde improvement ..kayu jenis xleh bawak bincang.mentang2 la citer dari company dia dan laki |
|
|
|
|
|
|
|
udah namanya Gal Gadot
apa lagi nak diharapkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seri_mawr at 10-10-2023 02:20 PM
apa ke pun ilya ni komen...share la sini....
Gadot ni dah sah la israel punya org....
aku mula dulu tgk lawa jugak pelakon ni..tapi bila tahu dia israel...pastu penah lak jadi tentera israel...
auto x minat n terus x tgk filem dia berlakon...huhu....
|
|
|
|
|
|
|
|
bekas tentera israel n miss israel kot...harusla backup negara dia |
|
|
|
|
|
|
|
what to expect when you are expecting...tiberrh |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa tgk eurovision tahun ni mesti igt Noa kirel. Peserta israel. Hawt. B4 tu sheols dh join military service 2 tahun. Katanya warga sana tak kira jantina , wajib pergi. Gal pun sama. Patriotik deyols mmg tinggi ler.
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 10-10-2023 11:35 AM
Dia kan bekas IDF khuenzz.. tapi meolls mmg benci tengok dia .. dah le berlakon kayu.. puikk punya i ...
Mmg kayu harap muka n body ja |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ramai artis Hollywood yg sokong Israel mmg rata2 dikecam so maybe skrg ramai dh sedar Israel tu jahat even org putih pon.justin Bieber and Jamie yg post gmbr Palestine tapi sokong Israel menunjukkan brtapa bodohnya artisHollywood.kat ig ramai kecam dh diorang so mungkin propaganda xbrpa menjadi dah.yg paling bodoh tu Gigi Hadid la acah nk neutral padahal bapak Palestine mesti rmai sukut sakat die marah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pun....these so called selebriti2 popular 1 dunia, kaya-raya, duk US yg acah2 bagus terpaling human's right, terbuka etc tapi kebanyakannya l*m*a* (perkataan dri forummer) #fakta....saya akan sokong klu SAG-AFTRA nak teruskan mogok lagi HAHAH #tibah |
|
|
|
|
|
|
|
husie91 replied at 10-10-2023 10:16 AM
dia komen apa chuops
|
|
|
|
|
|
|
| |
|