View: 11984|Reply: 56
|
Melayu Pembuka Filipina?
[Copy link]
|
|
Aku copy pasta je lah ye..
6- Menarik bukan? Saya seterusnya membuat lagi beberapa pencarian tentang susur galur melayu di Filipina sehingga terjumpa sedikit lagenda mengenai orang-orang Melayu Borneo yang membuka Antique yang terletak di sebelah barat kepulauan Visaya, Filipina sebelum kedatang pelayar-pelayar Sepanyol. Di Filipina, kisah ini dikenali sebagai Hikayat Maragtas.
7- Ahli sejarah berpendapat bahawa kepulauan Panay pada asalnya didiami oleh orang-orang Negrito ataupun orang-orang Ati. Namun mengikut lagenda setempat, pada 1212, sepuluh Datu-Datu Melayu dari Borneo telah melarikan diri daripada hukuman bunuh yang dijatuhkan keatas mereka oleh penguasa empayar Sri-Vishaya (nama lain bagi sebuah empayar melayu kuno, Srivijaya) pada masa itu yang bernama Datu Makatunaw, dan mendarat bersama kaum keluarga mereka di Panay setelah berlayar berhari-hari dengan menggunakan sejenis kapal yang dinamakan Barangay.
8- Datu-Datu Melayu Borneo ini diketuai oleh seorang penguasa yang bernama Datu Puti. Selain Datu Puti, Datu-Datu lain yang turut serta didalam pelarian itu adalah Datu Sumakwel, Datu Bangkaya, Datu Paiborong, Datu Paduhinogan, Datu Dumangsol, Datu Libay, Datu Dumangsil, Datu Dumalogdog dan Datu Balensuela. Ada ahli sejarah berpendapat bahawa Datu-Datu Melayu ini lah yang menjadi perintis peradaban pra-penjajahan di Filipina.
9- Di Pulau Panay, Datu-Datu ini bertembung dengan penduduk-penduduk asal Pulau tersebut iaitu orang-orang Ati yang diketuai oleh Raja Marikudo dan isterinya Maniwangtiwan. Datu-Datu ini mula menjalinkan hubungan perniagaan dengan orang-orang Ati secara sistem barter dimana barang - barang logam seperti seperti kapak, keris dan pisau yang dibawa oleh orang-orang melayu ditukarkan dengan pelbagai barangan-barangan laut daripada orang-orang Ati.
10- Sebagai merayakan permulaan hubungan perniagaan diantara kedua-dua bangsa ini, Raja Marikudo telah menjemput orang-orang melayu ini ke satu jamuan makan. Datu-Datu ini menerima jemputan tersebut dan turun ke jamuan tersebut dengan berpakaian melayu lengkap. Dengan tengkolok serta hiasan-hiasan permata bagi orang-orang lelaki. Manakala rambut belahan tengah dengan dua sanggul serta anting-anting permata bagi orang-orang perempuan. Mereka juga memakai baju-baju berlengan panjang serta kain-kain sarong yang dipanggil Tapis.
11- Didalam jamuan ini juga Datu-Datu ini menyatakan hasrat untuk membeli pulau itu daripada Raja Ati itu. Marikudo yang beranggapan bahawa pulau tersebut terlalu besar untuk diusahakannya, telah bersetuju dimana harga yang dibayar oleh Datu-Datu ini adalah sejenis tengkolok emas yang dipanggil Saduk untuk Marikudo dan seutas rantai emas untuk Maniwangtiwan.
12- Selepas daripada daripada orang-orang Ati ini berundur ke dalam kawasan hutan yang lebih dalam (yang mana etnik ini masih lagi boleh dijumpai pada hari ini), Datu-Datu ini telah membahagikan pulau tersebut kepada 3 bahagian atau daerah yang dipanggil Saktop/Sakup, iaitu Hantiq, Aklan dan Irong-Irong dan seterusnya merintis kepada kewujudan puak-puak atau etnik-etnik terawal di Filipina. Datu Puti, Bangkaya dan Paiburong masing-masing mengetuai setiap bahagian atau saktop ini. Keseluruhan bahagian ini dipanggil secara bersama dengan panggilan Madya-As.
13- Peristiwa pendaratan Datu-Datu melayu ini masih lagi disambut pada hari ini oleh masyarakat disana melalui perayaan Binirayan. Bandar Malandog yang diasaskan oleh Datu Sumakwel dipercayai merupakan penempatan melayu pertama di Visaya. Didalam rekod-rekod pelayar-pelayar China, orang-orang melayu Madya-As ini dikenali sebagai Pisheya. Rekod Chuan Chou dalam tahun 1612 merekodkan orang-orang Pisheya ini seringkali menyerang kapal-kapal dagang dari China.
14- Sebenarnya terlalu banyak sejarah yang ingin saya kupas setelah membuat pembacaan yang lebih lanjut mengenai sejarah Filipina. Kerajaan Madya-As ini hanya sebahagian sahaja daripada kisah-kisah kerajaan melayu kuno di Filipina. Kerajaan-Kerajaan lain selain Madya-As adalah Kerajaan Kota Seludong (Manila), Kerajaan Namayan dan Kota Tundok di Kepulauan Luzon, Kerajaan Kota Butuan, Kerajaan Rajamuda Lumaya di Cebu, Sultan Shariff Kabungsuwan dan Kesultanan Maguindanao serta Sayyid Abu Bakar Abirin dari Johor yang merintis Kesultanan Sulu di Kepulauan Mindanao.
dari susorgalor.blogspot.com
ni aku sambung sket dari hasil pembacaan aku yang takde kat atas.. Selepas daripada datu datu ni dah settle down dah semua, datu Putih yang merupakan ketua datu datu ni ambik keputusan nak balik ke borneo sebab nak gi lawan ngan Raja Makatunaw tapi selepas diorang balik borneo, dah takde apa citer lagi dah tentang datu Putih ni.. entah kalah perang ke camne memang takde sapa tahu.
Kat filipina ada satu drama bertajuk Asian Treasure yang berkisar kan tentang pencarian harta karun hasil tinggalan datu datu ni yang kononnya setiap datu datu ni ada loket yang mana setiap 10 loket tu ada super power masing masing.. Tengok hero sama heroin pun straight tiru indiana jones sama Lara Croft. Haha..
Tapi perlu ditulis gak bahawa banyak ahli sejarah yang kata kisah maragtas ni sebagai mitos aje. Kenapa? Sebab takde rekod atau dokumen yang cerita tentang datu datu ni di mana mana.. hanya cerita cerita mulot turon temuron aje.. Tapi kalau benda ni mitos, takkan orang filipina belah belah visayan sana ada yang still sambut perayaan binirayan tu untuk commemorate the landings of that 10 borneo datus (haha, nan hado cakap inglis)...
what do you think? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
no 1 sampai 5 mana?
terus nombor 6 :re: |
|
|
|
|
|
|
|
ada tu..kalau tak nampak itu tandanya pendek umor |
|
|
|
|
|
|
|
agak confuse sebab bace terus ke nombor 6..
tt tolong paste no 1 sampai no 5.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni pendek umo ker ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
TT nie pendek umur kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
kerana sumber yang berkaitan mungkin bermula dari nombor 6..... so, tak perlulah no 5 yerr tak... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun start dr no.6...ia masih lg angka..ye tak...
gud story.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ultrakasino at 5-2-2011 21:31
13- Peristiwa pendaratan Datu-Datu melayu ini masih lagi disambut pada hari ini oleh masyarakat disana melalui perayaan Binirayan. Bandar Malandog yang diasaskan oleh Datu Sumakwel dipercayai merupakan penempatan melayu pertama di Visaya. Didalam rekod-rekod pelayar-pelayar China, orang-orang melayu Madya-As ini dikenali sebagai Pisheya. Rekod Chuan Chou dalam tahun 1612 merekodkan orang-orang Pisheya ini seringkali menyerang kapal-kapal dagang dari China.
boleh tak terangkan maksud Binirayan ini?. |
|
|
|
|
|
|
|
Perayaan Binirayan ni perayaan pembukaan tempat diorang la.. diorang akan lakunkan semula cerita kedatangan pembuka pembuka pulau tu sebagai upacara.. maksud dia secara bahasa tak tahu la pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
no.1-5 tu tak relevan sangat... tapi still aku paste juga
1- Sedang saya menyusur internet seperti biasa mencari-cari apa sahaja yang menarik untuk dibaca, saya tertarik dengan beberapa topik yang saya kira agak menarik untuk dikupas. Topik yang pertama adalah mengenai bangsa melayu di Filipina dam topik yang kedua adalah bangsa melayu di Sri Lanka. Saya cuba mencari sumber-sumber rujukan untuk kedua dua topik ini namun kali ini saya ingin rungkaikan apa yang sempat saya baca dari sebuah buku hasil nukilan Luzano Pancho Canlas yang bertajuk Philippines' 2 Millennium History yang topik ringkas yang khusus mengenai mengenai melayu di filipina dan asal-usul bangsa Pinoy itu.
2- Canlas ada merujuk beberapa buah buku didalam penulisannya dan salah satu daripadanya adalah dari Charles Donald Cowan yang bertajuk Nineteenth Century Malaya - The Origins of British Political Control yang diterbitkan pada tahun 1961.
3- Menurut Canlas, orang-orang melayu purba adalah nomad-nomad pasifik, pelaut-pelaut berani yang mengembara merentasi lautan selatan pasifik yang luas didalam perahu-perahu kecil yang dipanggil Balangay tanpa apa-apa kelengkapan melainkan bintang-bintang dilangit untuk dijadikan panduan. Canlas memetik Cowan yang berkata bahawa orang-orang melayu adalah pelayar - pengembara yang jauh lebih hebat dari orang-orang Phoenicia. Selain pelaut-pelaut yang kental, orang orang melayu purba juga adalah pedagang-pedagang yang rancak dan hebat.
4- Menurut Canlas lagi, kepulauan melayu adalah kumpulan pulau-pulau yang terbesar didunia meliputi kepulauan Sunda, maluku, Irian dan Filipina. Malaya dipanggil Tanah Melayu dan dalam bahasa tagalog, ia bermaksud Jauh. Canlas juga memetik Cowan yang berpendapat bahawa Shem yang merupakan anak lelaki kepada Noah telah menetap di Mesopotamia selepas kejadian Banjir Besar dan menjadi bapa kepada orang-orang Semitic. Salah seorang daripada keturunan Shem yang bernama Ophir telah datang dan menetap di satu tempat ditimur yang paling jauh (farthest part of the east) yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu.
5- Menurut Canlas, bangsa filipino adalah campuran dari pelbagai bangsa untuk membentuk satu bangsa Filipina atau Pinoy dengan kumpulan bangsa yang paling besar adalah bangsa melayu yang terbahagi pula kepada 3 bahagian utama iaitu: Pagan Malays (Suku Igorot, Bontoc, Ifugao dan Tingian), Mohammedan Malays (populasi Islam yang menetap di Mindanao dan Sulu, dan suka mengunyah daun sireh) dan Christian Malays (Tagalog, Papango, Ilocano, Zambales, Cagayan, Bicol, Visayan dan Pangasinan).
www.susorgalor.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
best topik nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Halu... Thread yang amat bagus dan penuh ilmiah.
Blog susur galor tu hang punya ka? Nampak bagus artikel2 yang hang tulis tu. Teruskan usaha!
http://susorgalor.blogspot.com/2011/01/pelayar-dan-kapal-kapal-buatan-melayu.html |
|
|
|
|
|
|
|
tapi betul ke melayu yang buka filipina? kalau ada sumber sumber lain, boleh la dikongsi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# benign
Apa nak diragui lagi... orang filipina sendiri (yang mana belajar/tau sejarah) mengaku dorang serumpun dengan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply benign
Apa nak diragui lagi... orang filipina sendiri (yang mana belajar/tau sejarah) men ...
Sailendra Post at 7-2-2011 14:31
Anda beruntung .... Jika Jose Rizal dahulu menang dan berhasil merdeka dari Spain saat itu .... maka Jose Rizal akan menamakan negaranya .... MaLAYSIA ...
|
|
|
|
|
|
|
|
agak agaknya kenapa ye Jose Rizal nak namakan negara dia MALAYsia? |
|
|
|
|
|
|
|
Anda beruntung .... Jika Jose Rizal dahulu menang dan berhasil merdeka dari Spain saat itu .... ...
jf_pratama Post at 7-2-2011 16:44
Kenapa Rizal tak mau guna nama "Kepulauan Hindu"? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dia dah tahu nama tu tak original dan takde class hehehe... |
|
|
|
|
|
|
| |
|