Post Last Edit by herysulaiman at 8-2-2011 14:04
SUMBER DARU GUA.COM; http://www.gua.com.my/hiburan/gosip/Aktor_Dua_Alam_Kena_Tendangan_Penalti.html
KALAU DAH ADA THREAD NI TOLONG DELETE YA; TQ
Aktor Dua Alam Kena Tendangan "Penalti"?[size=0.833em]0 Commentsby Gua.com.my | 21 Jan 2011 | in Hiburan, GOSIP,
Kisah aktor kacak ini sering kali GUA dengar. Namun bila terdengar kisah aktor ini dikaitkan mempunyai hubungan terlarang agak sukar GUA percayai. Tetapi itulah hakikatnya. Baru-baru ini aktor dua alam itu dikatakan bergaduh dengan seorang personaliti kerana berebutkan seorang jejaka dari negara seberang. Tidak perlulah GUA sebut personaliti itu dari bidang mana. Kalau disebut memang orang akan kenal kerana bidangnya cukup popular sejak ahir-akhir ini.
Nak jadi cerita, personaliti itu dikatakan mahu memikat jejaka dari seberang itu daripadanya. Bukan menjadi rahsia lagi apabila dikatakan aktor itu sudah menjalinkan hubungan yang agak lama juga dengan jejaka misteri itu. Yang si personaliti ini pula satu. Dah tahu jejaka itu milik aktor tersebut, mahu juga dicubanya. Cari nahas lah! GUA dengar lagi teruk juga si aktor itu kena tendangan "penalti" dengan personaliti itu!
Yang membuatkan GUA lagi pelik, si personaliti itu bukannya tiada teman wanita, malah berderet teman wanitanya. Jadi, apa lagi yang dimahukannya lagi daripada jejaka misteri itu. Dari sumber GUA, jejaka misteri dari negara seberang itu khabarnya seorang yang kaya-raya dan itu mungkin salah satu faktor mengapa si personaliti ini tertarik untuk mendekati jejaka misteri tersebut. Maklum sajalah kerja personaliti itu bukanlah hebat sangat. Kerja macam personaliti itu bila usia sudah meningkat, dirinya akan dilupakan. Jadi, perlulah cari sumber untuk menjamin hidup.
GUA harap aktor itu ingat-ingatlah pada keluarga yang telah dibina dan kepada si personaliti itu pula ingat-ingatlah pada teman wanita dia yang keliling pinggang itu. Kawin saja cepat-cepat dan henti-hentikan lah perkara yang tidak elok tu.
|