CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8263|Reply: 28

Hasrat terakhir si mati sebelum meninggal dunia.

[Copy link]
Post time 18-2-2011 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Salam, saya ingin berbincang dengan semua secara ilmiah. Sebenarnya baru habis menonton Filem hantu kak limah balik rumah.
Sebelum cerita itu tamat, kan ada babak che nin nak kata sesuatu pada Husin, tapi tak sempat. Kita tahu, apa bila seseorang itu meninggal dunia, maka terputus la amalannya.

Tapi ada beberapa kes sepanjang sejarah manusia berlaku seperti hal che nin di atas.
Adakah kes-kes ini melibatkan roh atau qarin manusia tersebut.

Sebelum si mati meninggal dunia, beliau mempunyai hajat seperti nak jumpa suami dia yang berada jauh di seberang laut, apabila suaminya pulang. beliau tak tahu isteri dia nak meninggal. Balik rumah seperti biasa dan jumpa "bini' dia. Kira kes ini agak luar biasa.

Apa pandangan lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 01:06 PM | Show all posts
aku tak tengok cita tu


Kalau suami balik jumpa 'bini' dia, sah yg dia jumpa tu bukan bini dia... jin saka bini je
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:28 PM | Show all posts
It happened to me once... bukan datang dlm bentuk kelibat ker, entiti.. tp dlm mimpi..
my late paternal aunt, meninggal sebab kanser hati... seminggu lepas meninggal i mimpikan dia.. dalam mimpi tu seolah2 sanak saudara tgh berkumpul ada kenduri... n arwah aunt i ni tukang masak kenduri kawen so dia lah yg plg sibuk kat kenduri tu.. kalau x silap masa tu i duk tgh wat kerja ngan kazen2 laen dan bila i tgk dia i hairan.. bukan arwah aunt i ni dah meninggal ke.. i pun ckp, "ma ( nama pgglan aunt i) bukan ma dah meninggal ke... ma buat apa kat sini??

Bila i cakap macam tu, arwah terkejut dan terus cakap dia hidup lg... byk kali jugak la dia cakap dia hidup lagi, dia mcm x percaya dia dah meninggal... the next day i cerita kat mak i dan dia suruh i sedekah al fatihah..

Malam tu i mimpikan arwah i lagi... dlm mimpi tu dia nampak sedih... i pun ckp kenapa dan dia terus hilang...i bagi tahu mak i lagi,dan kali ni mak i pun bukak cerita pasal arwah la... kiranya arwah ada salah sikit ngan mak i, so malam tu mak i baca yasin dan sedekah kat arwah...lepas tu i terus x mimpi pasal arwah lg....

Kemudian ayah pergi buat umrah.. ayah i cerita la masa dia nak naek lift ke bilik hotel dia, dia nampak kelibat arwah kat dlm lift tu.. dan bila ayah i keluar dari lift tu ayah i perasan kelibat tu sebijik cam arwah aunt i dan masa tu arwah senyum dan pintu lift tertutup...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:36 PM | Show all posts
DI sini ada persoalan berkenaan Roh:  Mungkin blh trjwab persoalan TT...

Soalan:
Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bgaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Banting, Selangor.
Jawapan
Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu 'tidur bersama', mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin  bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa' - alamul khulud - yang bermula daripada kubur. Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar. Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa 'dia' adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
"Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

_______

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:46 PM | Show all posts
Panjang kan jwab....he,he...

Apa yang saya faham, roh si mati blh berjumpa & berinteraksi dngan orang hidup tapi cuma di dalam mimpi...(Surah Az-zumar ayat 42)

Ada pendapat ustaz yang lain, roh si mati juga boleh balik ke rumah melihat kaum keluarganya tapi tidak boleh berinteraksi...cuma blh menziarah sahaja didalam sedar.

So, kalau kita melihat roh si mati ada di dalam rumah, besar kemungkinan rohnya balik...tapi roh tu tak blh berkata2 kecuali didalam mimpi....

Wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:50 PM | Show all posts
It happened to me once... bukan datang dlm bentuk kelibat ker, entiti.. tp dlm mimpi..
my late pat ...
krieysa Post at 18-2-2011 13:28


Saya pernah dgr ustaz bg tau, kalau roh orang baik, kita dapat jumpa dia di Mekah sbb Allah izinkan roh mrk berada di Mekah....


Wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2011 01:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by VirginLady at 18-2-2011 13:53

haa tatau..tatau..

sepanjang 12 tahun Tok Ayah (ayah aku punya ayah) meninggal, pernah la a few times aku mimpi dia, tak ingat mimpi mcm mana sgt, so biasanya esok time smayang aku akan sedekah yassin. slalu aku baca yassin time free or rajin malam2 je
tapi ada satu malam ni aku mimpi, Tok Ayah aku pandang je aku kat tangga dalam umah..dia pandang atas, aku pandang bawah, pandang dia la. dia pandang je aku lama2. tak bercakap. dia mcm nak bgtau, dia dah maafkan aku, tak payah susah hati lagi.

kisahnya yang buat aku ralat a few months before dia meninggal aku stay ngan Tok Ayah n Opah kat kampung time cuti skolah. satu malam Tok Ayah tido kat beranda luar ngan kezen aku yg kecik. dia pasang radio/kaset agama punya la kuat sampai aku xleh tido. so sbb aku nak offkan radio tu aku terpaksa langkah kaki dia sket sebab jauh sangat nak capai. takut jugak aku kan diajar jangan langkah2 orang. (memang aku pantang kalo sesapa langak aku sesuka hati..kalo nak, mintak permission dulu!), sambil tu aku cakap slow or dalam hati, x ingatlah tapi aku cakap, mintak maaf..

rasa mimpi tu lain sangat, aku rasa ye tu betollah amanat dia. Tok Ayah aku pun alim2, bekas imam surau dulu. lega beb...Tok Ayah, ailabiu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:44 PM | Show all posts
mcm citer antu siam....NANG NAK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 02:45 PM | Show all posts
mcm citer antu siam....NANG NAK
FARISZONE Post at 18-2-2011 14:44



    Berdasarkan kisah benar....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 03:01 PM | Show all posts
Salam, saya ingin berbincang dengan semua secara ilmiah. Sebenarnya baru habis menonton Filem hantu  ...
sauffie Post at 18-2-2011 13:03


teringat aku kat citer hantu lagenda.. nang nak.. siap tunggu hubby dia balik agi.. naya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 03:24 PM | Show all posts
klu roh org yg udah mati buleh kembali semula kedunia ... sure tak der manusia yg berbuat jahat lg kat dlm dunia nih ... iyalah sure roh2 tu pakat2 ceritakan pengalaman ngeri dialam barzah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 03:25 PM | Show all posts
salam

i pun pernah mimpi my aunty, maybe sbb terlalu rapat n masa dia meninggal tu i mcm xleh terima kenyataan yg jenazah depan i masa tu ialah dia.
i xleh berenti menangis sampai jenazah di semadikan dlm liang lahad (org kata x baikkan, tp time tu i x dpt tahan perasaan sedih).
and pada suatu mlm tu i mimpikan dia. Dia dtg n kami berbual n sebelum dia pergi dia pesan jgn lupa sedekahkan dia al fatihah n yaasin selalu . Mmg i ingat apa yg dia ckp time tu. smpai skang klu i teringatkan dia i mesti bacakan yaasin.

alfatihah untuk arwah mok jah, moga rohnya tenang di alam sana .
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 04:45 PM | Show all posts
Mak aku lak pernah mimpikan adik dia yg dah meninggal.. tapi suasana tu adalah masa hari dia meninggal tu... means mak aku mimpi dia nampak arwah adik dia ni di antara org yg dtg menziarahi arwah ni.. padahal arwah ni tgh di kapan kat atas rumah... get it... aku lak pernah mimpi arwah nenek.. cuma mimpi pernah tidur kat rumah dia and dgr tapak kaki dia padahal dlm mimpi tu siap ckp dlm hati " eh bukan nenk dah meninggal ke?" huhuhu sbbnya masih tak dpt terima hakikat dia dah takde je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 03:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 26-4-2011 03:24

Panjang kan jwab....he,he...

Apa yang saya faham, roh si mati blh berjumpa & berinteraksi dngan o ...
jazaa Post at 18-2-2011 13:46



    clah pernah didatangi oleh arwah ayah ketika tu, clah berada dlm keadaan
    antara sedar dan mimpi....

    citenya macam ni...arwah ayah kena strok sblum meninggal...dia tak mau langsung berurut ngn tukang2 urut mahir...
    siap tolak2 tangan mereka lg beberapa kali...tentu malu le mrk dibuat camtuh....tp terpaksa le mintk maap,
    sb ayah sdg sakit..mgkn dia tak tau apa yg dia buat..jd, terpaksalah clah yg jd tukang urut bidan terjun, guna 5 myk
    urut  panas, urut pelan2 sambil pujuk....(mmg mcm budak kecik). tiap hari clah yg dok pujuk dia minum ke..
    makan ke...mandi, buang air etc, masa nak tdo kena dodoikan ngn la il ha illah..kena tunggu dia tdo dulu,
    baru clah boleh tdo...nasib baik adik bungsu clah tolong gak...mak clah sndri kena tolak sampai rebah tercatok(terduduk)
    dah le mak tu b*****tnya besar, skali jatuh...gedebuk... hah ko..mcm nangka busuk da... cian mak...
    tu masa kat rumah, bgtu jgk masa kat hospital plk memalam mmg clah x leh tdo le kena berjaga utk dodoikan
    dia ngn la ila haillah(kalu dia meninggal pun biar terngiang2 kat telinganya). kalu dia marah atau merungut,
    clah ingatkan dia ttg zikir yg slalu dia amalkan setiap lepas solat, clah bc sekerat, nnti dia akan sambung bc...
    ilanglah marah dia...(hehheheh...anak dia ni..auta lebih)

   bebrp hari dia masuk CCU, clah dah x pergi langsung(clah alergik ngn sejuk, sy mamalia berdarah sejuk tahap gaban!)
   mlm sblum dia meninggal, adik bungsu clah berjanji nak bw clah jumpa ngn dia...jd adik balik ke rumah nak jemput clah..
   clah dah siap pakai baju dan tudung, alih2 tak jadi plk...dia ckp, tunggu esok le kak...
   besok tu dpt berita ayah dah tak ada...terkilan gak le...

   masa kebumikan, semua anak2 dia yg lain hadir kecuali clah, kerana masa tu tak leh solat...
   dalamasa 10 hari arwah meninggal tu( dikebumikan di kuala krai, clah di kb). clah mmg tak berenti bc Qur'an(try hafal gak)
   dan zikir utk arwah ayah...tv mmg x on langsung.. pagi kesepuluh tu, penat sgt, clah tertidor kat bilik arwah ayah.
   antara mimpi dan sedar clah nmpak arwah ayah selak langsir pintu...dan jengok clah kat dalam...
   agaknya hajat dia nak jumpa ngn anak dia yg nakal dan garang lebih dr antu ni tercapai alfatihah...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 08:57 AM | Show all posts
clah pernah didatangi oleh arwah ayah ketika tu, clah berada dlm keadaan
    antara seda ...
ciklahcute Post at 26-4-2011 03:23


adeh... sedih aku....
makkkkk..... rindu kat mak di kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:06 AM | Show all posts
adeh... sedih aku....
makkkkk..... rindu kat mak di kampung...
nagaijau Post at 26-4-2011 08:57



    naga pun pandai nangis gak ke??hmy3: hmy3: ....menusuk kalbu nih...balik je kalu rindu...
    mesti mak rindu gak kat ko...pas tu, insyallah, dapat pahala...!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 09:13 AM | Show all posts
naga pun pandai nangis gak ke??   ....menusuk kalbu nih...balik je kalu ri ...
ciklahcute Post at 26-4-2011 09:06


dah 8 taun duduk berjauhan...
sekali dua jumpa lam setaun...
anak pompuan paling degil....
sbb tu rindu lebih....
kadang tu terfikir tak sempat jumpa mak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by ciklahcute at 26-4-2011 09:18

emmm satu lagi...arwah ayah selalu bersungut nak makan nasi kerabu yg clah masak..
dia kata itulah nasi kerabu yg paling sedap yg pernah dia makan(ni dia kata , bkn clah kata no..)
clah jwb, ya la ayah, ayah kena la sembuh dulu..kita balik rumah, nnti clah masak nasi kerabu sedap2...

tapi sampai akhir hayatnya dia tak leh makan...cian kan? ajal maut di tangan Allah ..kalau dah datang ajal, tidak dicepatkan walau sesaat, tidak dilambatkan walau sesaat...kita hanyalah musafir di dunia ini, hidup bkn menongkat langit...lambat laun kita akan kembali kpd YG HAQ....menganiaya org walau dgn cara apa skali pun...akan dapat balasan ...samada lambat atau cepat je....!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 17# nagaijau


    lama tuh...pasang tenet yg ada video le kat umah mak, boleh sembang ari2, tgk wajah ari2....
    skrg dah canggih..gunakan kemudahan yg ada... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:37 AM | Show all posts
emmm satu lagi...arwah ayah selalu bersungut nak makan nasi kerabu yg clah masak..
dia kata itulah  ...
ciklahcute Post at 26-4-2011 09:17



   teringat kan nasib diri sendiri mcm mana pulak nanti... nangis sangattttt.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069735 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list