CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11856|Reply: 84

‘Jangan Putarkan Lagu Cinta Jika Saya Sudah Meninggal Dunia’

[Copy link]
Post time 8-12-2023 08:10 AM | Show all posts |Read mode


BEKAS vokalis kumpulan popular era 1980-an Medicine, Ijam berharap dendangan berunsur cinta sesama insan yang pernah disampaikan dulu tidak dimainkan apabila dia sudah meninggal dunia nanti.

Pemilik nama sebenar Norhizam Shair, 58, yang kini penceramah bebas itu berkata, pesanan tersebut sudah dimaklumkan kepada isteri, Nor Suhaila Abdul Karim serta rakan seperjuangan dan sahabat terdekat agar memenuhi permintaan itu kecuali andai lirik lagu terbabit telah diubah.

“Memang saya ada maklumkan kepada isteri dan kawan-kawan yang masih lagi dalam arena muzik, kalau saya meninggal dunia nanti jika boleh jangan lagi mainkan lagu nyanyian saya yang lalu.

“Tapi kalau karya cinta yang telah digubah seni kata kepada pengisian kerohanian serta kemanusiaan saya saya tak halang.

“Saya tahu lagu itu bukan dendangan saya seorang, sebaliknya bersama Medicine dan saya pun tak boleh kawal untuk tidak dimainkan, tapi sekurang-kurangnya ada usaha hijrahkan lagu itu,” katanya selepas pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan 2024 anjuran AsShams Travel & Tours Sdn. Bhd, baru-baru ini.

Pada masa sama, Ijam meluahkan kesyukuran apabila orang terdekat menghormati pendiriannya yang mahu mengelakkan individu tanpa ikatan terbuai perkara kurang manis.

“Tuan guru saya ada cakap, boleh terus menyanyi untuk dijadikan salah satu medium kita berdakwah kepada orang lain, namun lirik kena diubah.

“Kita tak mahu ketika lagu berkenaan dinyanyikan, pendengar masih terkenang kisah cinta lalu atau hadiahkan kepada kekasih kerana rasa sayang, tapi belum berkahwin.

“Saya nak elak lagu yang saya nyanyikan menjadi asbab kepada ke arah maksiat sekali gus membuatkan saya rasa berdosa,” ujarnya.

Menurutnya, atas sebab itu pendakwah bebas yang mendapatkan tauliah dari Negeri Sembilan dan Sarawak mengakui bersama dua rakan membuat gubahan lirik seleksi popular Medicine, Tika Dan Saat Ini.

Katanya, ini adalah permulaan supaya pendengar yang pernah mengikuti dendangan ini menghayati pula seni kata baharu berunsur kerohanian ” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 08:51 AM | Show all posts
lagu apa je dia nyanyi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm susah juga nak halang nak2 kalau pusat karoeke ada lagu2 tu… nak buat macam mana…
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wife acik ni bukan pelakon rozie rashid ke?
Atau dah serai?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:06 AM | Show all posts
Kesimpulannya, lagu dulu-dulu lebih baik berbanding lagu-lagu zaman sekarang termasuk Kpop..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:08 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 8-12-2023 09:52 AM
Wife acik ni bukan pelakon rozie rashid ke?
Atau dah serai?

Cerai lama dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi retis xboleh la nak suruh itu ini. Redho jelah pakcik. Dah 3x pakcik ni kawen rupanya ingatkan setia dgn rozie rashid lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:39 AM | Show all posts
baru tau dia dah berbini baru..
ingat masih dengan pelakon rozi tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 10:43 AM | Show all posts
jap lagu apa dia menyanyi ni??x tau lak i
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:09 PM | Show all posts
mamajawie replied at 8-12-2023 10:43 AM
jap lagu apa dia menyanyi ni??x tau lak i

Lagu paling popular deme Tika dan Saat ini

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu, sayang

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanjat jgk.. ingatkan dengan Rozie Rashid lagi.. baru tau dah serai rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:36 PM | Show all posts



dia ni nyanyi live pun padu.beza sangat ngan retis sekarang byk pakai autotune..nyanyi live terkucil


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 8-12-2023 10:08 AM
Cerai lama dah.

So dia ni atuk syasya dolla ke? Atau bekas atuk tiri?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
watatakut replied at 8-12-2023 11:36 AM
dia ni nyanyi live pun padu.beza sangat ngan retis sekarang byk pakai autotune..nyanyi live terk ...

Not bad ya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 8-12-2023 09:52 AM
Wife acik ni bukan pelakon rozie rashid ke?
Atau dah serai?

Cerai lama dh rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AWEKSAMURAI at 8-12-2023 01:57 PM
lucky_peace replied at 8-12-2023 12:50 PM
So dia ni atuk syasya dolla ke? Atau bekas atuk tiri?


Bukan lah ..dia bkn kwen rozi nenek syasya dolla tu dia kwen dgn rozi rashid yang berlakon janda meletup dlu tu ..nenek syasya tu rozie othman rasanya ..ni poc rozie rashid

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 8-12-2023 10:43 AM
jap lagu apa dia menyanyi ni??x tau lak i

Vokalis kumpulan Medicine
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 8-12-2023 08:51 AM
lagu apa je dia nyanyi?

Debut album kump rock Medicine best dik…ko pi carik kat ytube…
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AWEKSAMURAI at 9-12-2023 12:39 PM

Aku ada je masa PC ni ..sempat gak lah  aku selfie dgn hero ni hahaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 8-12-2023 10:15 AM
Dah jadi retis xboleh la nak suruh itu ini. Redho jelah pakcik. Dah 3x pakcik ni kawen rupanya ingat ...

First wife nama ferlinda kan..anak dato...motip aku boleh ingat...bahana baca urtv zaman sekolah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.455953 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list