Forest City Johor bandar futuristik yang menjanjikan pelbagai kemodenan sambil menekankan alam sekitar adalah antara projek yang tidak dapat disiapkan disebabkan beberapa faktor telah sering menjadi tajuk utama berita tempatan.
Dari cerita sebuah video YouTube TopLuxury yang menggelarkan projek ini sebagai ‘tidak berguna’ dan kisah seorang wartawan Myanmar yang menceritakan pengalaman tinggal di ‘Bandar Hantu Forest City’.
Terbaharu, melalui perkongsian Lad Bible, Nazmi Hanafiah, seorang jurutera IT yang berpindah ke Forest City, memberitahu Beeb bahawa sepanjang enam bulan tinggal di sana pengalamannya ‘menyeramkan’ dan tiada apa yang boleh dilakukan di sana.
Tambah laporan itu lagi, Forest City sebenarnya memberi pengunjung masa untuk ‘healing’ sambil berjalan-jalan menaiki tangga ke kawasan sekitar yang sunyi dan tiada orang. Selain itu, beliau turut memberi amaran agar tidak masuk ke dalam air, kerana kawasan itu kini sudah dihuni dengan buaya.
Untuk rekod, Forest City merupakah hartanah serba mewah dan elit yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Ia terletak di Mukim Gelang Patah, Johor dan mempunyai keluasan sehingga 1,370 hektar. Diumumkan pada tahun 2006, projek itu diletakkan di bawah China’s Belt and Road Initiative dan dijangka siap pada 2035 dengan kos sebanyak USD$ 100 bilion.
SUMBER
Lad Bible
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 8-12-2023 11:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tambah laporan itu lagi, Forest City sebenarnya memberi pengunjung masa untuk ‘healing’ sambil berjalan-jalan menaiki tangga ke kawasan sekitar yang sunyi dan tiada orang…sikit-sikit healing
Post time 8-12-2023 02:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kawasan sunyi jauh dari bising ni elok buat tmpt tahfiz aja..dari ada iklan minta derma nk buat tahfiz..elok guna infrastruktur yg ada. Tukarlah bandar forest city ke bandar Quran ka..ada juga saham akhirat nanti..
Post time 8-12-2023 02:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ruginya lahai
Asalnya nak buat untuk bangsa mainland kan
Tu pasal harga mahal nak mampus
Last2 nan Hado..baiklah jual murah2 under rm300k supaya ramai rakyat jelata boleh duduk dan memeriahkan
Dari ko rugi terus abandon
Post time 8-12-2023 06:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tp br ni pmx ade nak buat inisiatif br utk penuhkan warga singapore atau expat lain tmasuk pkerja msia di spore utk forest city ni. Sultan Johor pun nanti bkl jd Agong da ade plan dgn agency kjaan utk bg lenient program mm2h utk expat. boleh la penuh tu tp amik mass sket, skrg rasenye da ade 7000 org tinggal kat situ, da mcm sunyi xsunyi dah skrg
Post time 8-12-2023 07:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dun worry uols.. tak lama lagi penuh la.. singapork pakat beli rumah kat gelang patah.. expats singapork pun dah pakat duk situ huntong lagi katanya dari menyewa kat singapork.. sebab tu rumah kat jb tak turun2