View: 11297|Reply: 40
|
Chernobyl Disaster, Jepun Pula Bakal Jadi Sejarah
[Copy link]
|
|
Chernobyl (disebut /tʃɚˈnoʊbəl/ chur-NOBLE; Rusia: Чернобыль, TemplatPARus;[1] Bahasa Ukraine: Чорнобиль IPA: [tʃɔrˈnɔbɪlʲ]) merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine dalam provinsi Kiev, berdekatan sempadan Belarus (51°16′N, 30°13′E). Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 tercemar di dunia.[2]
Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.
Loji Nuklear Chernobyl terletak di daerah Chernobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.
Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "emilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka. Sebelum ditinggalkan, bandar ini didiami oleh sekitar 55,000 penduduk.
Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.
Masaalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya, kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer dibut semula gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.
Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan, yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu, dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sejauh sehingga Belarus.
Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu tercemar dipersalahkan bagi penyakit kanak-kanak seluruh Eropah.
Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Logi Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.
**terima kasih kepada mck cik wiki... |
|
|
|
|
|
|
|
tempat game modern warfare... |
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk teori konspirasi pulak. tapi menarik. thehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya aku tengok mangsa mangsa bencana chernobly tu. camna la kehidupan mereka kewlak ye. ada yg dilahirkan dalam bencana lagi sengsara. huhuhu. kat malaysia kata nak buat jugak loji nuklear nih. selamat ke ? kang, politik punya pasal, rasuah sana sini, jadik macam kes lepas lepas, runtuh sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas chernobyl, ade kes lain lagi tak pasal kebocoran atau kemalangan nuklear ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak lagi tapi tak seteruk Chernobyl |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# alphawolf
chernobyl dengan hiroshima mana lagi dahsyat ? |
|
|
|
|
|
|
|
sape penah main game modern warfare 2 tak salah aku,ade babak kat chernobyl.time tu kene menyamar jdk sniper!..sbijik suasana die,pas tu siap buaian pusing tu pun ade lagik. |
|
|
|
|
|
|
|
dasyat sungguh heli kena direct radiasi n fireman terdedah radioaktif, pekerja yg letak pasir dlm terowong n bersihkan bahagian atas bgnn, dibuatnya struktur menutup kawasan yg meletup, jadi bandar hantu |
|
|
|
|
|
|
|
aku perasan banyak penyakit ganjil yang terjadi kat rakyat mesia ni ade macam persamaan dengan mangsa mangsa bencana nuklear. camna tu ? huhuhuhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# winamp05
penyakit ganjil ke cacat. ? |
|
|
|
|
|
|
|
kan ada selalu dulu masuk majalah macam macam kat mesia ni budak hidap penyakit ganjil. |
|
|
|
|
|
|
|
Hah, sekarang jepun pulak yang akan jadi sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zaharul_asriq94 at 16-3-2011 09:16
Reply 12# winamp05
Hiroshima = kes nuklear warfare, Chernobyl = kes nuklear yang bukan dikaitkan dengan perang
rasanya hiroshima lagi dahsyat kot...ada kes manusia tersejat kat Hiroshima time letupan tu..bukan hangus, tpi tersejat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply alphawolf
chernobyl dengan hiroshima mana lagi dahsyat ?
winamp05 Post at 3-3-2011 15:06
Hiroshima...pasal Chernobyl ialah KEMALANGAN manakala Hiroshima memang SENGAJA! |
|
|
|
|
|
|
| |
|