CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15400|Reply: 48

Harris Alif Kurang Berlakon, Fokus Perniagaan Taska

[Copy link]
Post time 10-1-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Sejak bergelar suami dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi Harris Alif kini lebih seronok menjalankan perniagaan berbanding terlibat dengan dunia seni.


Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, berkata, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon memandangkan sibuk menguruskan perniagaan selain ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.


Kata Harris, penggambaran yang mengambil tempoh panjang akan menyukarkan dia menghabiskan masa berkualiti dengan isteri dan anak perempuannya.


Foto: IG




"Sekarang berlakon agak perlahan sebab sudah ada anak. Saya banyak tolak terutamanya drama memandangkan penggambaran akan mengambil tempoh panjang.


"Jadi saya tidak rasa dia boleh seimbangkan masa bekerja dan waktu bersama keluarga," katanya ketika dihubungi mStar.


Tidak akan meninggalkan dunia seni yang sudah menjadi darah dagingnya, Harris sebaliknya bersikap memilih dalam sebarang tawaran diterima


Jelas Harris, sekiranya sesuatu projek diterima tidak rumit dan hanya mengambil masa singkat, dia akan mempertimbangkan tawaran tersebut.


"Ada sahaja saya berlakon malah baru sahaja selesai sesi penggambaran dua drama di Sarawak.


"Saya akan tengok macam mana. Kalau tak rumit dan tak ambil masa lama, saya buat sahaja. Kena pandai-pandai pilih," ujarnya.


Bercakap mengenai perniagaan, Harris memberitahu dia dan isteri, aktres Intan Ladyana sedang mengusahakan beberapa bisnes termasuk membuka sebuah taska.


"Saya dan Intan baru sahaja membuka taska sejak dua ke tiga bulan lepas. Ada lagi perniagaan yang kami nak lakukan," katanya.


Harris dan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, sah bergelar sebagai suami isteri pada 5 Februari 2021.


Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang hampir memasuki usia dua tahun.


Ketika ini juga Intan sedang hamil anak kedua mereka.


Untuk rekod, Harris mula menceburi bidang seni melalui program Idola Kecil 3 pada 2010 ketika usianya 11 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Harris alif mmg nampak matang.. ahah compare to... Tettttt
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama cam aliff satar. Family man.

Jangan buat perangai dah

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:19 AM | Show all posts
suka kapel ni.
semoga dipermudahkan urusan Intan lahirkan anak kedua nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:21 AM | Show all posts
family man betul dia. bgs la, tak bergantung sepenuhnya dgn lakonan sbg punca rezeki, ada bisnes sbg back up.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua dah intan...tapi untungla dapat somi muda cada...hensem dan btangungjawab plak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki limited edition nampak gayanya especially dikalangan retis
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda sangat tapi matang, tak terkinja nak limelight. Orang lain umur2 camni Masih bersuka ria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 11:02 AM | Show all posts
nmpk tua intan dlm gambo tu, bertuah dia dpt laki bertanggung jawab dan matang even masih muda..br 25 oiii xde nk berjimba sana sini..untung ko intan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:30 AM | Show all posts
bagus mamat nih... takde poyooo sgt... nampak dewasa juga....
walaupun nampak dia takde apa2 berbanding intan tapi at least pandai manage rumahtangga... gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 02:17 PM | Show all posts
Alhamdulillah, bagus dia ni, dari before kawin ngan IL pun nampak dia jenis rancang masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 02:21 PM | Show all posts
41 dah Intan ye. Jauh jugak beza dengan suami sheols. Tak sangka baru 25. I dulu 25 baru start kerja
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 03:01 PM | Show all posts
bagusla buat taska leh jaga anak sambil berbisness gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus harris ni...beruntung intan dpt suami mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Matang sbb dia Dalam industri dari umur 11 nak enjoy pon dah puas
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkira la umur berapa, kalau dah ready nak settle down, maka settle down lah
Ada yg dah 50 pun xready2 lg, maka xusah la gatal2 nak settle down
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertuahhnyaaaa intan ladyana
Walau dpt laki muda family man rajin..takde la nmpkk dia up up kat merataa2 menjaja ceritaaa dia lah isteri terpaling bertuahhh

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish 41 masih pregnant lagi..aii doakan moga baby intan kali ni lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bambimo at 10-1-2024 11:24 PM

Alhamdulillah bagus la bisnes taska..semoga dimudahkan urusan dan rezeki pada keluarga ini
Anak nya Korean look so cute
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak baik sgt Harris ni pada family..matang..1 dlm sejuta kut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.215489 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list