View: 30833|Reply: 56
|
[Tempatan]
Update:Boss Mario' sembunyi di rumah terbiar, stres fikir bonus untuk 22 pekerja - Polis
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 4-2-2024 09:00 PM
MELAKA: Misteri kehilangan pempengaruh media sosial, Yew Boon Xiang atau dikenali sebagai 'Boss Mario', akhirnya terjawab apabila pemuda itu didapati mendiami sebuah rumah kosong yang terbiar di Klebang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Usahawan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian kerana dibebani tekanan kerja, justeru menyembunyikan diri dipercayai untuk mencari ketenangan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata selepas tiga hari berada di rumah usang itu, Boon Xiang dikatakan ke sebuah hospital swasta di Banda Hilir dengan menaiki Grab kerana mahu mendapatkan rawatan akibat tekanan itu.
"Punca penemuan itu ialah apabila abangnya, Boon Teck, nekad menghubungi semua hospital di Melaka untuk mendapatkan maklumat sama ada Mario (Boon Xiang) mendapatkan rawatan atau sebaliknya.
"Apabila mengetahui adiknya itu sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital swasta terbabit, Boon Teck kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada Balai Polis Batang Tiga," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, masalah kerja dipercayai menjadi punca Boon Xiang melakukan tindakan sedemikian.
"Hasil soal siasat polis mendapati Mario menyembunyikan diri di rumah kosong itu kerana `stres' memikirkan pembayaran bonus kepada 22 pekerja di dua kedai telefon bimbitnya, iaitu di Melaka Sentral dan Klebang.
"Tiada kecederaan yang serius dan tiada unsur jenayah berlaku ke atas beliau," katanya.
Terdahulu, keluarga Boon Xiang dilaporkan buntu berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu dilihat masih misteri kerana belum ada sebarang maklumat diperoleh mengenai keberadaan usahawan muda itu.
Berita kehilangan 'Boss Mario' yang mempunyai lebih 400,000 pengikut dalam media sosial itu tular sejak Jumaat lalu.
Semalam, Christopher dilaporkan berkata, abang Boon Xiang melaporkan kehilangan pemuda itu di Balai Polis Batang Tiga pada jam 9.35 malam kelmarin.
Beliau dipetik berkata, hasil semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV), abang Boon Xiang mendapati pemuda itu keluar rumah dengan menaiki keretanya jenis Honda City pada jam 3 pagi hari sama, sebelum mendapat tahu bahawa kereta terbabit diparkir di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci pada jam 6 petang.
MELAKA – Polis menerima laporan kehilangan seorang ‘influencer’ dikenali Boss Mario di Pantai Klebang, di sini selepas keluar dari rumahnya di Semabok, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kehilangan Yew Boon Xiang, 30, dilaporkan abangnya yang membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga, pukul 9.35 malam tadi.
Menurutnya, ia selepas panggilan telefon adiknya itu tidak berjawab ketika lelaki itu tiba di kedai telefon Melaka Sentral, pukul 8 pagi semalam.
“Setelah beberapa kali panggilan telefon adiknya tidak berjawab, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lelaki itu pergi ke rumahnya di Taman Pertam Jaya, Semabok untuk memeriksa keadaannya.
“Namun, adiknya itu tiada di rumah dan semakan pada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, dia keluar rumah menaiki keretanya jenis Honda City pada pukul 3 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Christoher, kira-kira pukul 6 petang semalam, lelaki itu mendapat tahu kereta adiknya itu diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini supaya memaklumkan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook turut tular di media sosial hari ini meminta orang ramai menghubungi ahli keluarga sekiranya mempunyai sebarang maklumat. – MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya dah berapa ramai orang hilang ini |
|
|
|
|
|
|
|
sapo nehh, tak kenai pun.. tololwers 200K dah panggei influencer ke even 2/3 tu tololwers beli? |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak jumpa cepat.jngn gimik udah la..mcm si mamat iphone tu hilang.rupanya hutang keliling pinggang.mcm gampumk.beria forumer speku mcm2. |
|
|
|
|
|
|
|
pergi healing katanya..know2 chk in spital tadi..stress meniaga n nak byr bonus staff katanya |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.kosmo.com.my/2024/02/04/bukan-hilang-tetapi-boss-mario-pergi-healing/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter&utm_campaign=kosmo_online |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 4-2-2024 04:53 PM
sapo nehh, tak kenai pun.. tololwers 200K dah panggei influencer ke even 2/3 tu tololwers beli?
followers dia sama ramai ngan viewers khairulaming masa launch dendeng. walaupon tak dikenali semoga ditemui lah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dia hasut? Boleh tahan ramai yang layan |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 4-2-2024 09:17 AM
followers dia sama ramai ngan viewers khairulaming masa launch dendeng. walaupon tak dikenali semo ...
Hidup je dia. Baru tadi baca. Sembunyik kat rumah kosong sebab pening kepala nak bayar gaji pekerja @ banyak hutang la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 4-2-2024 08:12 PM
Hidup je dia. Baru tadi baca. Sembunyik kat rumah kosong sebab pening kepala nak bayar gaji pekerj ...
Ada salah invest forex ka...mlm ka...siang ka investment yg tak patuh bnm... berapa la bonus yg dia janji sampai stress tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-2-2024 05:59 PM
Apa yang dia hasut? Boleh tahan ramai yang layan
I like your statement sissy convert influence jadi hasut sis. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal pun tp muka dia mcm budak2 baru baligh |
|
|
|
|
|
|
|
Laa pulak
Bitau je la tak de untung tak dapat byr bonus takpun bg la sikit je ke janji 5 bulan gaji? |
|
|
|
|
|
|
|
dah janji bagi bonus ke camne??
cmpny beso selamba badak je...thn ni tarak untung, no bonus, no increment, no claim ot tp kerja lebih masa mcm biasa
apooo smpai stress menyorok segala |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai weiii penjilat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian staff dia....takde bonus tahun nie....boss dah enjoy duit tu...tu yg stress tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|