View: 13744|Reply: 74
|
"Tidak Untuk Jemyma, Tapi Mungkin Akan Terima Untuk Aisha", Fasha Sandha Hormati Prinsip Jejai, Terpulang Minat Anak
[Copy link]
|
|
Pelakon Fasha Sandha menghormati prinsip dan keputusan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang tidak membenarkan anak-anak mereka menceburi bidang seni.
Fasha mengakui anak perempuannya yang semakin meningkat remaja, Jemyma ada menerima tawaran lakonan namun menolak atas permintaan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai.
"Tidak untuk Jemyma, tapi mungkin akan terima untuk Aisha kerana bapa kepada Jemyma tidak memberi keizinan untuk dia berada dalam bidang ini.
"Jadi terpulanglah kepada minat mereka untuk berada dalam apa jua bidang pun. Sebagai ibu, saya menyokong saja apa saja minat mereka," katanya.
Fasha atau pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan gembira dan bersyukur kerana anak-anak kesayangannya sudah semakin bijak dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Berkongsi kebahagiaan sebagai ibu yang melihat anak perempuannya membesar, Fasha mahu Jemyma menjadi seperti dirinya yang berdikari dan tabah dalam melayari kehidupan.
Sementara itu, Fasha berkata, cahaya matanya iaitu Aisha Amaira hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz turut menunjukkan minat dalam bidang seni.
"Aidil tidak menghalang sekiranya Aisha ingin menceburi bidang seni. Biarpun masih kecil, nampak minatnya juga sudah ke arah industri kreatif," katanya.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma.
Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira.
Dalam perkembangan lain, Fasha bakal tampil dengan drama bersiri Malang Si Puteri yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria.
Drama terbitan Radius One ini diarahkan oleh Uchee Fukada. Selain Fasha, drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Hafreez Adam, Malek Mccrone, Wan Raja, Fahrin Ahmad, Raja Azura dan ramai lagi.
Sumber : Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah tu.. bapak budak tu pon harta 7 keturunan tak abis |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha ni mmg confirmed buat bariatric...
Tp bagus keputusan dia ikut ckp exhusband untuk masa depan anaknya |
|
|
|
|
|
|
|
jemimah dah macam muka adik beradik pompuan jejai pulak nampaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
ok le tu jemyma pun tak berupa mcm aisya.lagi plak bapak dia mesti akan buatkan keturunan dia bergaul dgn socialite.no rempit-rempit katanyeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Shu, ko tgk ni. Dia jaga anak tp tetap ada hubungan dgn ex laki. Anak pun terjaga. |
|
|
|
|
|
|
|
aemon replied at 7-2-2024 05:33 PM
ok le tu jemyma pun tak berupa mcm aisya.lagi plak bapak dia mesti akan buatkan keturunan dia bergau ...
Kecik hati nenek prominent sbb ramai yg ckp jemyma ada iras beliau tau. I tgk sweet je jemyma ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pelik ke muka anak pompuan ikut muka bapak atau family belah bapak? tak pelik pun..aku salah sorang |
|
|
|
|
|
|
|
Jemi ikut muka neneknya yg prominent ittew. Study elok2 ye. Ada aura taitai. |
|
|
|
|
|
|
|
Harta tok nenek dia tak habis..depa ni jenis rolling duit makan duit bonus ja..yg kecik tu lawa besar nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jejai x bagi masuk industri hiburan. Berkawan dgn circle T20 saje je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Jemyna tu manis.. aisya tu comel |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia sekarang keje apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Bgus ler harta ade buat ape penat jadik pelakon
Aisya bapknye lain ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha ni memang suka tunjuk pusat anak dia yg ni eh..asal pakai baju mst nampak pusat anak nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|