View: 11620|Reply: 172
|
[Tempatan]
"Gaji Dia Tak Besar Sangat" - Suami Belanja Makan Mahal Dan Sedap, Tapi Tak Bagi Post Di Laman Sosial!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
BUKAN mudah bergelar suami, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ketua keluarga.
Paling mencabar adalah menjaga hati dan perasaan insan tersayang.
Sebagai suami, mereka bukan sahaja perlu memikirkan perasaan isteri, bahkan ahli keluarga sendiri terutama ibu bapanya.
Maka tidak hairanlah antara mereka sedaya-upaya melakukan sesuatu dengan berhati-hati tanpa mahu menyinggung atau menyakitkan hati mana-mana pihak.
Namun bagi seorang wanita, dia mempersoalkan tindakan suaminya yang cuba menyembunyikan sesetengah perkara daripada pengetahuan ibu mentua.
Alasan suaminya cukup mudah, dia enggan berkongsi sebahagian aktiviti bersamanya di laman sosial yang boleh menjadi pertikaian.
“Apa korang rasa bila setiap kali suami belanja makan mahal-mahal dan sedap, tapi dia tak bagi post di laman sosial sebab takut mak mentua tengok?” soal seorang isteri.
Menerusi satu luahan di laman X, dia mengakui suaminya bukan orang senang tetapi dia bersyukur kerana melayannya dengan baik.
“Gaji dia tak besar sangat tapi dia masih layan cravings (mengidam) I. Tapi salah ke dia nak belanja duit dia kat I? Kenapa mak mentua nak terasa,” ujarnya lagi.ntuanya juga sering dilihat mahu mendapatkan lebih perhatian daripada anak lelakinya itu.
Tidak cukup sekadar itu, luahnya lagi, ibu mentuanya juga sering dilihat mahu mendapatkan lebih perhatian daripada anak lelakinya itu.
“Mak suami harap dapat jumpa anaknya setiap minggu. Kalau balik lewat sikit pun sama ada tengah hari atau petang, dia kena bebel dengan mak dia.
“Mak dia akan akan tanya kenapa tak datang awal pagi?” katanya yang kurang senang dengan situasi yang berlaku antara suami dan ibu mentua.
Wanita itu mungkin berharap luahannya mendapat simpati ramai, namun menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpihak padanya.
Mereka berpendapat bahawa dia seharusnya bersyukur kerana dilayan dengan baik dan memintanya supaya menghormati pendirian suami yang mahu berlaku adil.
“Cukuplah laki belanja kau seorang tahu. Niat nak post tu kenapa? Nak menunjuk ke? Sebenarnya tak mati pun tak post. Hormatilah suami tu.
“Benda senang je laki kau minta. Itu pun susah ke? Kau simpan gambar tu sendiri untuk tatapan sendiri sudahlah.
“Ikut je apa yang suami kau nak. Dia layan cravings kau, dia layan craving perhatian mak dia. Dua-dua puas, dua-dua dia sayang. Jangan sampai dia kena pilih kau atau mak dia.
“Jadi isteri yang baik, memudahkan urusan dan hidup suami. Kena banyak bersyukur dalam hidup ini. Bab masalah hati mak mentua tu kenapa kau nak sibuk? Taat je dengan suami tu,” demikian antara komen netizen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ambik gambar n post kat orang tertentu jer mcm kat adik aku or bff...tapi takdela post kat in laws or post kat IG. Kena jaga sensitivity orang jugak barulah hidup aman. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa susahhhh...
Ko buat akaun forum.. ko tunjukkkkkk lah sampai lebammmmmmm.... bongak lah sesuka hati.. anonymous kannnn
Takde sapa keysahhhh pun habis2 org tuduh ko delulu je hahahahha....
Tunjuk kaya berharta pun takde sapa yang datang mintak sedekah mintak duit....
Cuma kena hati2 je laa jgn kenal in real life... takut kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
orang lain aman2 je post aktiviti harian di medsos.. walaupon mertua ke.. siblings ke.. in laws ke bole baca..
sebab masing2 ada kehidupan sendiri.. happy tengok kawan kita happy... adik kita happy.. mertua happy tengok anak2 happy..
isu dia sekarang sbb mak mertua dia yg cemburu dengan menantu.. nak perhatian lebih..
itu biasa.. tu pasal suami tak bagi post di medsos untuk jaga hati mertua.. so seeloknya kau dah tau perangai mertua kau mcm tu.. syukur ajela kau dapat apa yg kau nak.. tanpa laki kau perlu bergaduh dengan mak dia.
kang kau post makan pizza... dan2 tu jugak mertua kau call anak dia mintak pizza kang.. kau meroyan pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
amende la hadap sgt nk post kt socmed. laki layan dgn baik, belanja cravings segala syukur lah. kang menayang2, org sondol lak laki tu, meroyan lain plak |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa ka neh anatttttt..
Adooooiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 27-2-2024 09:18 AM
Apa susahhhh...
Ko buat akaun forum.. ko tunjukkkkkk lah sampai lebammmmmmm.... bongak lah sesuka ...
Tang yg pitenah mantan laki skeleton dlm kabinet utk menjustifikasikheun addiction dirinyer sundrik yg melancap sdn berhad iteww dlm kategori for real or fictitious?
#tanyaje |
|
|
|
|
|
|
|
aku sangat confuse bilamana perut dah diberi rezeki kenyang tapi masih lagi mendomba sebab tak boleh show off. salute to the husband untuk memenuhi kehendak isteri at the same time menjaga hati keluarga, sebab banyak jer family species jaki ni yg akan membawa lebih banyak kehanatan pada silaturrahim. so aman2 laaa makan dan dendiam. takde siapa yg rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lakinya tahu mak sendiri toxic dan cuba lindungi diri dan isteri. Isteri bengong tak faham ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pung takde post dalam soc med..
Dolu.masa muda2 iols suka
Skang entah..snap2 dah.makan..hahahah..
Yang penting bila orang cite...iols dah tau dah APA rasa dan service dia mcmana.. |
|
|
|
|
|
|
|
stingergrumpy replied at 27-2-2024 09:55 AM
Tang yg pitenah mantan laki skeleton dlm kabinet utk menjustifikasikheun addiction dirinyer sundri ...
Salaam bonossssssss rm 300k sting..
Tak campur bonus laki aku & adik aku tau...
Weolzzaaahhhh same company....
I am a happy camper |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 27-2-2024 10:27 AM
Teringat kwn meols aktiviti ( pegi kentin, lepak bilik kwn) anak kat uni, dia letak kat fb, sampai laki pegi umrah pon sampai meols igt kawan meols yg pegi. Laki pakai kain pelikat pon dia citer. Laki perut tak buncit wpin dah nak 50 tahun pon dia letak kat fb. Detail gila. Segala claim2 borang pon dia letak. Pdhal bukan mak mak duk umah berkemban berbedak vietnam tu. Lecturer ada phd kat UUM nu haahahah tah apa gila fb dia jadi kan diari. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo la pompuan ni...dah laki ko tau perangai mak dia sendiri sb tu la dia tk bg ko dok nunjuk2. Laki ko tu dh sehabis baik layan ko mcm tu. Pening aku dgn golongan yg sikit2 nk post kat media sosial bg semua org terbeliak bijik mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Karang laki ko lebihkan mak dia, ko jugak yg sentap. Simpan je lah gambar² buat kenangan sendiri.
Dah kalau gigil² tangan nak post jugak, buat lah acc fb/ig baru tak payah add laki/mertua/ipar² sume. Private kan fb/ig, add je lah kwn², show off kat diorg sudaa.
Mcm kes iols, ipar dengki. Terus tutup fb buka ig, add kwn rapat jer. Aman hidup. Abis hilang semua contact kwn sek/u. |
|
|
|
|
|
|
|
klu dah gian nak post.... post set private la....laki n family sendiri jek boleh tgk...jgn bagi family laki tgk...huhuuh...
apa tujuan nak pun kat medsos..? nak menunjuk..?
|
|
|
|
|
|
|
|
Motifnya nak membongak kan...?? Prffff... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dia nak show off tu? Mampu walaupun tak mampu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mertuaku,apa aku ada dia pun nk ada..tp ku beli sendiri bukan duit ank dia. Tu yg anak dia meroyan bila mak dia dtg umah tengok benda2 kat umah .. baguslah selalunya anak dia yg buat alasan utk mak dia tak yah datang. |
|
|
|
|
|
|
|
takde laki kau tu tak bagi post menunjuk sb hidup ni mcm roda. Ko pun kata dia tak gaji besar. Kot nanti bila tgh sempit sikit nk pinjam dgn keluarga/ kawan takde la kena kutuk.
"Makan sedap2, tp hujung2 berhutang". Kita ni bila ada sifat dengki busuk hati mmg hidup tak tenang dek.
1 kisah 10 tahun lepas di kala income puluh ribu setiap bulan, si bini flex tak cukup dgn keluarga sendiri dgn keluarga2 mentua dia menayang apa org putih kata humblebrag. Riak konon zuhud. Mainan anak semua beli baru, lego (mmg brand lego) org nak bagi pun tolak sb tak biasa brg seken. Baju semua nak branded. Tp dah mmg sejak azali bodoh, asal mahal je dia ingat branded.
Sekarang, hadap la muka kau tahan malu dgn org keliling. Dulu yg kau kata reti beli baju kat kedai biasa sekarang baju sekolah baju sekolah longwan harga RM15.90 pun kata mahal dan berkira-kira nak beli. Pak mentua sampai juih bibir bercerita pasal kau, tu pun setaun sekali baru balik kampung.
Org dah bagi jalan hantar anak kolej agama subsidi negeri, Ehhhh tak mau dia. Nak juga hantar swasta ambik kursus mutawif alasannya anak dia suka berjalan dan bercakap. Apa ke bodoh. Sanggup ambik PTPTN sedangkan yuran kolej negeri tu baru RM240 setahun. Ni semua mmg tempah bala utk anak dia nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cari lh yg sekufu laki n family nyaa.
Sama2 show off laki bini, sma2 amek gmbar sblum mkn pastu up kt status wassap/igs/ fb, sama2 shopping..sama2 spend blanja mak ayah adik bradik both side… haaa apa lg bleh tmbah |
|
|
|
|
|
|
| |
|