View: 12505|Reply: 124
|
[Tempatan]
Ibu tunggal tujuh anak hidup bergantung pencen suami
[Copy link]
|
|
Ibu tunggal tujuh anak hidup bergantung pencen suami
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ntung-pencen-suami/
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
8 Mac 2024, 8:56 am
Nurul Afeeza (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya di kediaman mereka di Taman Indah, Ayer Tawar, Sitiawan baru-baru ini.
MANJUNG – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dilalui seorang wanita apabila terpaksa seorang diri membesarkan tujuh anak termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) intelektual sejak kematian suaminya dua tahun lalu.
Nurul Afeeza Mohd. Tarmedi, 30, berkata, tanggungjawab berkenaan lebih sukar apabila dia tidak mempunyai mata pencarian selepas terpaksa berhenti sebagai penghantar barang kerana menjaga kesemua anaknya termasuk anak OKU yang hiperaktif.
Menurutnya, suaminya, Haber Puyung, 58, meninggal dunia pada 2022 akibat darah tinggi dan dia dikurniakan anak berusia antara tiga hingga 14 tahun.
“Anak sulung saya yang juga OKU tidak boleh dibiarkan sendiri kerana dibimbangi akan mencederakan diri sendiri atau adik beradiknya yang lain.
“Dia sebelum ini suka bermain dengan air dan kini dengan api di dapur,” katanya semalam.
Bercerita lanjut, Nurul Afeeza berkata, detik dia bergelar ibu tunggal apabila suaminya tiba-tiba rebah ketika sedang berurusan di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Lumpur akibat kehilangan pekerjaan.
“Suami menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari ditidurkan. Pemergiannya membuatkan saya sangat terkejut dan menjadi murung selepas itu. Tambahan pula ketika itu saya sedang mengandungkan anak bongsu,” katanya.
Menurutnya, ketika ini, kehidupan mereka bergantung kepada pencen suami berjumlah RM1,200 sebulan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM700.
“Selain perbelanjaan harian, saya juga perlu membayar sewa rumah RM400 sebulan. Kereta kami masih di bengkel kerana tidak cukup duit,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nurul Afeeza di talian 011-7005 7435 atau menyalurkannya ke akaun Maybank 158181298541 (Nurul Afeeza).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 10-3-2024 11:17 AM
Ramadan ni ramai yg mintak derma sana sini.Yg betul susah mcm ni boleh lah ulur bantuan.
Kawen umur 14 tahun ke dek, baru 30 anak sulung dah 14 th, bior betul... |
|
|
|
|
|
|
|
total rm1900, duit sewa rumah rm400, tinggal rm1500 utk perbelanjaan. duduk di manjung. rasanya kalau pandai berjimat, boleh kot untuk survive. pemberita pun jgn lah menggalakkan org meminta-minta dgn menyiarkan berita mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sp ada rezeki lbh nak bantu blh la bantu. Tp at the same time rasanya pihak berwajib perlu kuatkuasakan undang2 mcm kat us. Kalo family tu x berkemampuan utk jaga anak, pihak kerajaan blh ambik anak tu Dan serahkan pd pusat kebajikan utk jaga. At least kebajikan anak tersebut akan lbh terjaga Dan at same time blh kurangkan beban si ibu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan dan simpati. Moga Allah swt murahkan rezeki mereka sekeluarga dan permudahkan segala urusan dunia ni amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.at least dia dh berusaha cari duit sebelum ni.mungkin ni jalan terakhir nk keluar dari masalah dia.Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaflah..knp aku rasa income dia byk tp still dia kata tak cukuo.ke dia tak reti urus perbelanjaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
MOga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga |
|
|
|
|
|
|
|
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ مَن لَّوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
And when it is said to them: "Spend of that with which Allah has provided you," those who disbelieve say to those who believe: "Shall we feed those whom, if Allah willed, He (Himself) would have fed? You are only in a plain error." |
|
|
|
|
|
|
|
kannn..beza umur pun 28 tahun dgn suami....jauh jugak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suh beranak ramai..patutnya plg2 pun stop at 3 ckplah...sendiri cari penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 10-3-2024 05:29 PM
Sapa suh beranak ramai..patutnya plg2 pun stop at 3 ckplah...sendiri cari penyakit
Sepuluh tahun lagi stop at one. Dua puluh tahun lagi jangan kahwin. Sosialis banyak sonyum. |
|
|
|
|
|
|
|
Suami umur 58 masih nk berbaby ke? |
|
|
|
|
|
|
|
yang i tak paham suaminya meninggal kat
-Bangunan Socso
-berada di situ sebab kehilangann pekerjaan.
- tetiba ada pencen.
i punya ? pencen tu pencen apa
|
|
|
|
|
|
|
|
Maybe akak Ni boleh buat kuih sikit2 kot
Untuk tampung belanja harian...
Bantuan tu ok juga..
Kalau takde apa kat rumah tu..boleh Minta bantuan zakat
Jadi bantuan jkm.tu takyah usik utk sewa
Hanya utk belanja anak2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak i pernah hidup cam gini dulu. bezanya :
a) Tak payah bayar sewa 10 tahun. sebab rumah kakak.
b) Mengajar sekolah belakang rumah .
c) mmg takde maid atau pengasuh utk jaga termasuk i 6 orang
There no TnG , kereta pun pinjam saudara punya. tak pun jiran punya.
ex husband mak i pun jenis biawak juga.
kadang gi rumah saudara tengok dia ada dragonball komik ngan PS one gemuk tu
i rasa macam hina miskin giler .
seriously i cakap zaman i sekolah dari sekolah rendah ke menengah i tak suka cerita
sebab masa tu tengah miskin hina sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 10-3-2024 06:55 PM
yang i tak paham suaminya meninggal kat
-Bangunan Socso
-berada di situ sebab kehilangann pekerja ...
Mungkin ni pencen penakat dalam skim keliatan Perkeso yang dapat ke orang tanggungan selepas kematian. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak bagi bantuan repairkan aje kereta yang kat bengkel tu.
kalau ada roadtax insuran nak mati. renew kan sekali.
jangan acik ni takde lesen dah la.
|
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 10-3-2024 03:12 AM
Ramadan ni ramai yg mintak derma sana sini.Yg betul susah mcm ni boleh lah ulur bantuan.
Kawen umur ...
Kawen umur 16 kot. Kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ketika kejadian arwah hilang keje.
masa kita hilang keje perkeso still cover ke ?
perkeso ni nak claim bapak punya susah.
kalau u gi kerja ikut jalan yang lain dari usual dah x boleh claim.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|