Edited by maklukpenggoda at 5-4-2024 09:28 PM
Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 yang bakal tiba tidak lama lagi, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di laman Facebook rasmi miliknya, ada mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).
Dari Kuala Lumpur/Selangor (masuk di Plaza Tol Gombak) 6 (Sabtu) & 7 (Ahad) April 2024 Perjalanan ke Pahang disarankan bergerak jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang atau 8.00 malam sehingga 11.00 malam.
Bagi anda yang ingin pulang ke Terengganu, perjalanan disarankan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari atau 8.00 malam hingga 11.00 malam.
Perjalanan ke Kelantan pula disarankan pada jam 6.00 pagi sehingga 9.00 pagi atau 5.00 petang sehingga 8.00 malam.
Ke Kuala Lumpur/Selangor ( 13 Sabtu & 14 Ahad) Perjalanan pulang dari Pahang masuk di semua Plaza Tol adalah disarankan jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi atau 5.00 petang sehingga 7.00 petang.
Perjalanan pulang dari Terengganu melalui Plaza Tol Jabor 11.00 pagi sehingga 1.00 petang atau 7.00 petang sehingga 9.00 malam.
Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Selangor yang masuk di Plaza Tol Bentong disarankan pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang atau 10.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.
Waktu perjalanan bebas adalah jam 12.00 tengah malam – 6.00 pagi.
Waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Plaza Tol Gombak adalah seperti berikut: - 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari
- 9.30 malam sehingga 12.00 tengah malam
Kenderaan ringan disaran untuk elak memasuki Plaza Tol Gombak di waktu tersebut.
|