View: 9513|Reply: 19
|
Harimau Menangis Ibu Neelofa ‘Laku Keras’ Sebab Datuk Red
[Copy link]
|
|
IBU kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini umpama mendapat durian runtuh apabila jualan produk harimau menangis miliknya meraih jualan mencecah RM100,000 dengan bantuan Datuk Red.
Noor Kartini atau nama lengkapnya Noor Kartini Noor Mohamed, 57, bertindak menjemput Red menerusi siaran langsung dalam Tiktok yang mendapat jutaan tontonan daripada peminat.
“Alhamdulillah berkesempatan bersiaran langsung (live) dengan Datuk Red semalam.
"“Alhamdulillah jualan semalam dengan Datuk Red mencecah RM100,000. Terima kasih Datuk Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Datuk,” kata Noor Kartini.
Kisah Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu, 46, masih tidak lekang di bibir masyarakat sejak dia membuat pengakuan muflis pada minggu lalu.
Semenjak pendedahan itu, ramai pihak yang bersimpati ke atasnya sehingga dirinya menjadi tumpuan khalayak.
Dalam siaran langsung tersebut, Datuk Red mempromosikan daging harimau menangis serta pelbagai produk milik Noor Kartini.
Dalam pada itu, Datuk Red juga merakamkan ucapan terimq kasih kepada Noor Kartini di atas kesudian menjemputnya untuk bersiaran langsung bersama.
"“Terima kasih mama, semoga mama dimurahkan rezeki dan saya minta maaf jika semalam saya ada terkasar bahasa,” kata Datuk Red.
Terdahulu, Datuk Red juga pernah melakukan siaran langsung bersama pempengaruh, Abang Tesla dalam perniagaan menjual kuih raya sehingga berjaya mencecah jualan sebanyak RM78,000 dalam masa sehari.
Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan berkahwin dengan penyanyi Adira di Songkhla, Thailand 3 Disember 2015.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti anak beliau... Mama tins pun sejenis opportunist.
Mana tumpahnya kuah...
Jaga2 jgn lil miss kell berkenan kat tok red pulak sudah. Chenta itu buta. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Lepqs ni barang tak laku takyah susah2 nak kambus, panggil je dato red , panggil bella semua laku keras |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni nak jual apa lak???
Xsabar nak ter beliiii..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg jual t20, yg kesian membeli b40 bila b40 menjual t20 xpndang pon. Bawak2 la sedar diri b40 oi |
|
|
|
|
|
|
|
Muflis atas kertas je. B40 plak xtau taktik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 jah memang jenis parasit demi kelangsungan hidop
Sesiaper ajer yang bley bagi deyols duet, laju ajer deyols berpaut memanjat
MO turun temurun |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat lah takyah kambus belakang rumah. Boleh dah jadi menantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah tue..kurang2 mau jugak tok red usaha dan cari jalan untuk dapatkan uwang..nampak ada la usaha nak perbaiki keadaan..gituhhh akak dine bekap tok red.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan tok Red.
Anak kak Ton jauh lagik nsem tu takda pula mampo gini. |
|
|
|
|
|
|
|
hebat tok red, mama tini pun mengendeng tok red utk buat sale.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain dia ambik kesempatan.harapkan menantu,menantu tak leh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sapot ni mmg bebal.
Duit nk belanja raya pun guna duit str, epf, gigih la dok sapot produk2 t20.
Meluatnya la aku tgk muka mak jahudi tersenyum sinis melihat ummah2 str digula2kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedarlah wahai b40 kome menkayakan t20 yg dah sedia kayo apooo |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 6-4-2024 12:54 PM
Boleh tahan tok Red.
Anak kak Ton jauh lagik nsem tu takda pula mampo gini.
agaknya tokred ni mmg terkenal di kalangan rakyat kot.. i kenal dia pun sbb kawen adira je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aneem replied at 7-4-2024 09:50 AM
Yg sapot ni mmg bebal.
Duit nk belanja raya pun guna duit str, epf, gigih la dok sapot produk2 t20. ...
ummah str tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku agree mmg kebanyakan geng-geng b40,felda pprt yang suka sangat support dan beli benda-benda viral terutama yang berkait dengan artis.tak sedar diri duit tak berapa nak ada tapi suka sangat bazirkan untuk beli benda-benda bodoh dan tak berfaedah. Lepas tu memekik-mekik salahkan kerajaan, mintak bantuan. Kerajaan pun sama bingai manjakan rakyat sampai jadi lemak dan mengada-ngada |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 10-4-2024 10:01 AM
ummah str tu apa?
Sumbangan tunai rahmah/Sumbangan tunai. Dulu dikenali sebagai BRIM |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 10-4-2024 10:40 AM
Sumbangan tunai rahmah/Sumbangan tunai. Dulu dikenali sebagai BRIM
I see2..terima kasih atas pencerahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|