Cacing parasit Anisakis sp ditemukan dalam tin sardin dari China - MAQIS
Oleh Mohamed Farid Noh - April 25, 2024 @ 12:57pm [email protected]
Cacing parasit Anisakis sp. ditemui dalam tin sardin buatan China yang cuba diimport masuk ke negara ini melalui Johor, awal bulan ini. - Foto ihsan MAQIS
JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan kewujudan cacing parasit Anisakis sp dalam tin sardin dari China yang dirampas selepas cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.
Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata kewujudan cacing itu dikesan selepas sampel daripada keseluruhan 16,320 kilogram tin sardin yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis.
Beliau berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menyita sebuah lori yang membawa muatan sardin dalam tin bernilai RM83,879.84 yang diimport dari Singapura melalui pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, awal bulan ini.
"Tindakan sitaan terhadap lori itu dibuat berikutan sardin dalam tin itu diimport tanpa permit import daripada MAQIS.
"Susulan itu, anggota MAQIS membuat pemeriksaan lanjut secara fizikal terhadap sardin dalam tin dari China itu sebelum mendapati kehadiran bendasing dalam tin sardin berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Edie Putra berkata, tindakan cuba mengimport sardin mengandungi cacing parasit itu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] .
Katanya, ia kerana mengimport barangan yang mengandungi perosak, penyakit atau bahan cemar yang berbahaya kepada pengguna dan boleh di hukum di bawah akta yang sama.
"Jika sabit kesalahan, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"MAQIS komited dalam menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan tiada perosak dan penyakit yang memasuki negara demi menjamin keselamatan makanan negara," katanya.
Twitter
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 25-4-2024 06:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cerdik sungguh SOP maqis ni..pastu b40 la yg selalu akn beli brg2 keperluan dgn harga murah, yg akn mkn benda2 xelok mcm ni..pastu kene penyakit mcm2...sekurangnya bgla tau jenama apa..dr zaman tok kaduk smp zaman madanon permaidani buruk, ko buat keje ala2 aniaya org... ngok ngek ke apo???
Kobis dari tanah motherland PRC guna baja tahikkk maknosia penoh dengan telor cacing pita lalu diimport ke negara KPOOP buat kimchi lalu ummah KPOOP menggelupoh perot makan obat cacing kerna takut melampau tersenyum sinissssss satu masa dolu
Parasite Eggs Found Again in Kimchi From China
Health officials have again discovered parasite eggs in some Chinese-made kimchi products, escalating public concerns about the health risks of food imports.
The Korea Food and Drug Administration (KFDA) said Thursday that it has found parasite eggs in 15 samples of 82 Chinese kimchi products stored in warehouses.
South Koreans were alarmed for the safety of their kimchi -- the spicy pickled cabbage they eat with almost every meal -- after parasite eggs were found in kimchi imported from China, where farmers often use human excrement as fertilizer.
Post time 25-4-2024 09:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tlg la jangan beli sumber makanan dari China. Canned food buah sayur kentang bawang apple carrot Bawang putih byk dari China. Loaded with baja kimia merbahaya. Ayam regular Msia pun palsu, jab antibiotik n hormon supaya ayam sakit jadi palsu gemok besar gebu. Eii
Post time 25-4-2024 09:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Gingerly replied at 25-4-2024 09:17 PM
Tlg la jangan beli sumber makanan dari China. Canned food buah sayur kentang bawang apple carrot Baw ...
kalau pergi pasar/pasaraya, byk ke brg yg origin not from china? Kebykan mmg from china... kecuali beli bhgian organic. Tapi bila kita tak memasak, pegi makan kat kedai pun, tak tahu dorang pakai sayur/buah dari mana
Post time 25-4-2024 09:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 25-4-2024 06:47 PM
jika ada yang termakan, hidup lagi ke cacing tu bila dah diproses, treat dengan haba etc... telur mc ...
i baru lepas google....
kalau masak lebih 60 degree celcius, mati je cacing jenis yg ni.... tapi kalau recipe requires raw fish, atau masak low temp (slow cook) , kena freeze kan ikan tu sblm masak
Post time 25-4-2024 10:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kepompong replied at 25-4-2024 09:52 PM
kalau pergi pasar/pasaraya, byk ke brg yg origin not from china? Kebykan mmg from china... kecual ...
Biasanya sayur n buah bukan dari China yg avail mostly bukan dari average groceries. So kene masuk lahkew top notch supermarket.
Betul. Aku pun jarang or hampir tak pernah dah skrg nk mkn kt luar tepi2 jalan atau random restoran, lebih baik masak sediakan sendiri dgn bahan2 terpilih. Tak boleh nk percaya dah sumber n cara pengendalian dr luar.
Bila sakit, kos rawatan kesihatan lebih tggi n beban. Lagi tggi dari kos bahan premium yg kita berkira2 taknak beli. Kalau aku nk mkn sushi (bukan sashimi) or buffet yg boleh nampak chef prepare dpn kaunter. Yg ini aku masih boleh hadap, ittew pun setakat seafood aku berani telan paling teruk. Daging darat tak berapa nk masuk dari dulu
Skrg ni jika nk survive dgn sumber makanan lebih murah n kurg selamat, kene berani hadap kesan jgka panjang
kalau barang makan. tak payahlah beli product dari china tu.. kalau tak fake dia ada kes kotor mcm ni.. buah limau deme pun bole sakit perut kalau makan
Author|Post time 26-4-2024 07:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kepompong replied at 25-4-2024 09:52 PM
kalau pergi pasar/pasaraya, byk ke brg yg origin not from china? Kebykan mmg from china... kecual ...
Kedai akan cari yang paling murah. Sayur seperti kobis dan carrot mmg dari china. Kalau carrot yg packaging cantik pula import dari australia dan sudah tentu harga lagi mahal.
Post time 26-4-2024 09:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
buat peminat LAKSA...
now ni semua KUAH LAKSA buat dgn ikan sardin TIN murah dari CHINA... sbb rega ikan fresh mahai dan TAK BERBALOI utk buat kuah laksa...