Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
Pelantikan semula Azam dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.
"Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2024," katanya.
Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun tahun lepas yang akan tamat pada 12 Mei ini.
Azam sudah berkhidmat selama 37 tahun dengan SPRM, yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama BPR/SPRM sejak tahun 1984, Azam telah melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang antaranya sebagai Pegawai Penyiasat, Pegawai Perisikan, Pegawai Pendakwaan serta tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.
Beliau juga pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam SPRM, antaranya sebagai Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Bahagian Siasatan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).
Atas pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan di BPR/SPRM, Azam telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 10-5-2024 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nuart dgn piji mmg bodo nak mMpuihh. Hari tu kemain nak tangkap azam belen, sekali bila dah nAik, dorg yg terpaling lantik azam belen tu plak...kencingg babi
Post time 10-5-2024 09:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore
Bergembira
Bergembira ha ha ha ha
La la la la la la la la
Bergembira
Post time 10-5-2024 10:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lostnfaun replied at 10-5-2024 09:09 PM
Kdg terfikir kalau staff dia yg ambil rasuah sapa yg siasat?
Ada staff sprm pakai Mercedes. Mgkn ...
Yer SPRM ramai pakai kereta Mahal. Dikatakan sebab bonus lebat. Kalau sekali dapat Setel kes high profile. Harta akan diambil kerajaan. Akan diberi kpd staff dalam bentuk bonus. Camtu jugak LHDN.