CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12453|Reply: 79

[Tempatan] #MahasiswaUiTMBantah: MPP mohon maaf sebab 'terkhilaf'

[Copy link]
Post time 23-5-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mengemukakan permohonan maaf terbuka kerana mengadakan kempen protes #MahasiswaUiTMBantah pertengahan bulan ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan awal petang ini, MPP itu berkata apa yang dilakukan itu merupakan suatu "kekhilafan" yang akan menjadi pengajaran buat badan tersebut.
Menurut MPP UiTM itu, mereka berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan memberikan maklum balas kepada kempen berkenaan.
"Pandangan dan maklum balas yang diterima sangat penting bagi kami dalam menjernihkan isu ini dengan baik," katanya.
Pada 14 Mei lalui kira-kira 100 pelajar UiTM mengadakan protes terhadap idea membuka sementara pintu institusi pengajian tinggi (IPT) itu kepada tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks.
Mereka mengenakan pakaian hitam untuk menyatakan penentangan tersebut. Kempen itu turut menggunakan tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah.
Pendirian yang sama turut disuarakan pemimpin tertinggi UiTM atas alasan cadangan berkenaan bercanggah dengan akta penubuhan IPT terbabit.
Bagaimanapun sesetengah pihak berpendapat UiTM wajar bersikap lebih terbuka dengan bersetuju melaksanakan program parallel pathway itu kerana ia hanya bersifat sementara dan melibatkan kurang daripada 10 pelatih.
Kerjasama itu boleh ditamatkan apabila sebuah lagi IPT yang sepatutnya menyediakan program berkenaan - Universiti Malaya - sedia melaksanakannya.
Nisbah di antara doktor pakar dalam bidang kardiotoraks dengan jumlah penduduk negara ketika ini memang belum mencapai tahap yang sepatutnya.
Malaysiakini baru-baru ini menyiarkan laporan bagaimana seorang wanita meninggal dunia di sebuah hospital Sabah sementara menunggu doktor pakar kardiotraks selesai menjalankan prosedur pembedahan lain.
Kejadian itu menyebabkan seorang doktor lain yang membantu mangsa terbabit mengalami trauma sehingga kini.
Kata MPP UiTM, mereka berharap kejadian protes yang dilakukan pada minggu lalu menjadi pengajaran untuk masa depan.
"Segala kekhilafan yang berlaku ini akan menjadi pengajaran bagi kami dan kami sekali lagi memohon maaf di atas segala tindakan ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 08:16 AM | Show all posts
mainan politik sape entah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Baghal benarnya
Demand student pakai all black
Anak macik takmo pakai
Kena snap gambau posted dalam group chat

Beria betul deme
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la ye aku nak tanya gak. Uni lain takde ke yg nak menawarkan bidang kardiotoraks tu? Mmg eksklusif dpt kt Uitm je ke? So kirenye Uitm adalah pioneer utk bidang ni tali uni lain taknak pun follow through pastu salahkan Uitm plak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar kurang pakar.. patients mati.. dari hak mulayu tergugat gitohhhh..
Takdirrrrrrr
Smoll minded & mudah kna game ngn tgn² ghaib.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sampai ke sudah aku cari nama pemimpin mpp uitm tiada pula, cuma letak jawatan diaorg jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh MPP UiTM ni
Lps ni lagi susah la private employers yg mana ownernya/management non bumi, mmg x hengen la nk hire grads fr uitm ni lagi

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MPP UiTM bodohhhhh ni, tak paham context dr awal lg
Biar la patients ramai mampos sbb x cukup pakar jantung kan....asalkan ketuanan meleis itm x tergugat
Sapa2 ada nama budak2 mpp uitm ni, bleh la spill nama diorg kt sini
Biar senang all recruiters nak blacklist nama korang sume
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 02:05 PM | Show all posts
annehuda replied at 23-5-2024 09:20 AM
Sorry la ye aku nak tanya gak. Uni lain takde ke yg nak menawarkan bidang kardiotoraks tu? Mmg ekskl ...

bukan kat artikel kata soon UM pun akan open ke?
i guess bidang spesifik ni belanjanya besar..
kalau uni yang ada offer medic + hospital pelatih kira advantage..
tapi kalau fikir banyak uni open pun, tapi kalau pengajar tak ada, apa gunanya..

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-5-2024 12:04 PM
Bodoh MPP UiTM ni
Lps ni lagi susah la private employers yg mana ownernya/management non bumi, mmg x ...

ehem, ni memang berlaku di mnc..cakap lebih2 kang orang kecam kita..ytjt kenapa graduan uitm kurang laku di mnc
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 23-5-2024 02:27 PM
ehem, ni memang berlaku di mnc..cakap lebih2 kang orang kecam kita..ytjt kenapa graduan uitm kuran ...

Ye le...selama ni berkuntum sesama meleis je kan..4 thn study itm, sesama meleis je
Skali bila keje mnc, kene lak mingle dgn bangsa lain, mau tak culture shock ke
Takpun, even masuk glc pun, culture shock kut sbb tetibe kene keje dgn bangsa cina india lg
Aku mmg rejek budak2 mrsm,sbp,uitm.....sbb tahu yg diorg mmg x bleh mix dgn bangsa lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-5-2024 02:33 PM
Ye le...selama ni berkuntum sesama meleis je kan..4 thn study itm, sesama meleis je
Skali bila kej ...

tak boleh mix tu satu hal, nak berkawan sesama bangsa je pastu bab bahasa lagi satu..kalau kat status ws, social media kemain caption english tak kalah tapi dalam meeting masing2 tak boleh converse full eng sentence, hujung2 cakap melayu..ntah la dikk, akak simpan kecaman dalam hati je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 23-5-2024 09:20 AM
Sorry la ye aku nak tanya gak. Uni lain takde ke yg nak menawarkan bidang kardiotoraks tu? Mmg ekskl ...

Apabila Menteri pengajian tinggi(selama ini) rileks jer amik gaji tak pernah nak fikir benda ni semua...akhirnya...ini semua salah Uitm,Melayu,Bumi's...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:45 PM | Show all posts
memalukan.

apa nak jadi la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:52 PM | Show all posts
biasa MPP kat universiti2 di Malaysia ini dipegang oleh mereka yg pro kepada PAS kan? masa I kat U dulu, klu masuk dalam pejabat mereka semua set2 tudung labuh dan berserban. klu masuk dgn gaya tidak seperti mereka maka, tidak dilayan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:00 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-5-2024 12:04 PM
Bodoh MPP UiTM ni
Lps ni lagi susah la private employers yg mana ownernya/management non bumi, mmg x ...

kt fb ada yg mention jgk psl ni
katanya company non bumi tak nk ambik grad dr itm ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 05:00 PM | Show all posts
annehuda replied at 23-5-2024 09:20 AM
Sorry la ye aku nak tanya gak. Uni lain takde ke yg nak menawarkan bidang kardiotoraks tu? Mmg ekskl ...

aritu ada prof uitm sendiri explain, uni lain ada je tawarkan bidang tu, infact semua 10 trainee yg nak masuk uitm tu mmg dah ada degree pon dlm bidang tu from other universiti, problem kat sini, sebelum jadi MO / doktor dlm malaysia ni, dia kena dpt kan like certified dari gov yg uni tu mmg ditauliahkan something like that, malang nya, UM yg supposely tempat diorg dptkan certified tu tak di iktiraf gov buat masa skang, walaupon gov sendiri yg took initiatif buat program bersama dengan uni dari london, terlupa agaknya nak tauliahkan, technical issue. buat masa skang hanya uitm satu2 nya uni dlm malaysia yg di iktiraf utk certified bakal2 doktor tu. sebab tu utk temp, uitm diminta utk ambil budak2 mcm short course utk certified kan diorg, so diorg boleh absorb jadi doktor pelatih kat GH. isu dia very simple, jadi besar sebab lemah pemahaman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-5-2024 02:33 PM
Ye le...selama ni berkuntum sesama meleis je kan..4 thn study itm, sesama meleis je
Skali bila kej ...

Sebenarnya memang ada kajian pasal bias dalam mencari keje kosong ni. Nama paper tu racism in recruitment.

Basically, subjek applicant org yg sama tp dimekap ikut 3 bangsa utama kt malaysia ni. Result suma sama dan suma ni bleh ckp mandarin,level mandarin pun sama. 22% type C mmg akan dipanggil utk iv berbanding Malay cuma 4.2% je. Bangsa lain opkosla takyah citerla. Maksudnye kalau 4 kali apply job je mesti sekali dipggl iv. Malay kene try  100 kali dik dptla 4 kali interview

However, paper ni dikecam sbb kononnya racist. Which is very kelakar la bg aku bila dh kantoi mcm ni tetiba play victim plak. Bleh google la kajian ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:12 PM | Show all posts
so, kesimpulannya, tahap pemikiran MPP UiTM = tahap pemikiran Nerakazen Malaysia ke? ala2 konsep tak faham takpa, janji kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 23-5-2024 05:12 PM
so, kesimpulannya, tahap pemikiran MPP UiTM = tahap pemikiran Nerakazen Malaysia ke? ala2 konsep tak ...

takle..sekarang ni masa untuk...semua salah Melayu,bumi's...tp jgn lupa undi 'kami'...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071951 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list