View: 26590|Reply: 36
|
[Tempatan]
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur, 28 Jun: Beberapa pengguna lelaki MRT memberi maklum balas mengenai koc wanita yang dilihat menyebabkan ketidakselesaan dalam koc campuran. Mereka menyatakan hal itu pada ruang komen di hantaran Muhamad Harris Nasril (MHN) pagi tadi. ( https://www.facebook.com/share/p/NfzJrcCYoe81ruRE/?mibextid=oFDknk)
Muhammad Farhan Salleh menyatakan sokongannya terhadap koc wanita, namun berpendapat bahawa koc tersebut sering kosong sementara koc campuran penuh sesak.
"Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya. Dah lah tak cukup tempat duduk ni 13 stesen nak harung. Yang lagi jauh tempat nak tuju lagi lah," katanya.
Mohd Farid menambah bahawa ramai wanita yang tidak menggunakan koc wanita walaupun koc tersebut kosong, menyebabkan kekurangan tempat duduk dalam koc campuran.
"Tapi masalahnya ramai perempuan yang tiada 'common sense' duduk di koc campur walaupun ketika itu koc wanita masih kosong menyebabkan ramai lelaki tak dapat tempat duduk... Ini yang buat lelaki m4rah sebenarnya," ujarnya.
Danial Kamal pula mengatakan bahawa beliau sering melihat wanita memasuki koc campuran walaupun koc wanita luas dan kosong.
"Itulah pasal bang. Dah kerap kali saya perhati sebab selalu balik kerja naik MRT. Punyalah luas koc wanita, ehh nak masuk menyelit di koc yang majoritinya lelaki. Lepas tu bila kita tak bagi tempat duduk, masam mencuka muka. Macamlah dia mengandung," katanya.
Ahmad Aris berkongsi pengalamannya menggunakan MRT di stesen Bukit Bintang, di mana koc wanita sering menambah kesesakan.
"Tapi, siapa yang kerap gunakan MRT je tahu betapa menyusahkan koc wanita ni sebenarnya. MRT Bukit Bintang adalah salah satu contoh kenapa Koc Khas Wanita ni mengeruhkan lagi kesesakan yang ada. Tangga untuk ke platform berada di hujung kiri dan kanan. Kebanyakan orang akan terus berebut ke pintu yang berdekatan. Ini menyebabkan orang yang beratur di tengah amat kurang. Lagi yang buat menyirap, wanita sendiri berhimpit di koc biasa sedangkan barisan yang beratur di koc wanita amatlah sedikit," jelasnya.
Haziq Aizat pula menambah bahawa masalah utama ialah koc wanita berada di tengah, menyebabkan orang ramai cenderung pergi ke koc umum yang lebih dekat dengan tangga.
"Masalah bila koc umum penuh campur perempuan tapi koc wanita masih ada ruang, ini yang orang pertikai. Satu teori lagi sebab koc wanita berada di tengah, ramai pergi ke arah koc umum yang dekat dengan tangga," katanya.
Walaupun lebih setengah tahun koc wanita ini diperkenalkan, maklum balas ini mencerminkan keperluan untuk menilai semula susunan koc dan menggalakkan penggunaan koc wanita oleh penumpang wanita bagi mengurangkan kesesakan dalam koc campuran. - Buletin MHN- |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Risau I; telek gak; kut I dalam gambau tu; hihi. I turun Muzium. |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan sendiri pun tak manfaatkan guna koc wanita. Memang la koc campuran wanita boleh je masuk, tapi dah tahu risiko bakal jumpa macam-macam jenis perangai manusia kan dalam tu?
Sendiri masuk koc campuran, bila ada jantan miang duk tengok2 teros capai kamera phone sambil rekod sambil mengomel lalu bertempik-tempik di socmed sambil mengajak ummah twitter woke mengeji beramai-ramai jantan miang itu
Lain la kalau jantan keparat yang masuk koc wanita, haaa, yang tu perlu dicepok beramai-ramai!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tukar jelah koc wanita tu jadi koc lgbt ummah pelangi woke berbagai jantina, wanita berloceng dan lelaki dengan rahim tu duduk.
Dah tu perempuan sendiri pun susah sangat nak manfaatkan koc tu. Kat tengah la, jauh la, macam2 alasan.. apoooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang pun nak jugak cuci2 mata,ingat lelaki je boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Artikel ni byk ayat berulang ulang. Kalau dah quote org bercakap tak perlu la rephrase balik ayat tu kpd ayat penyata. Ke mmg teknik penulisan dah jadi lembam skrg.
Maybe yg naik tu sbb 2,3 station je so tak kisah la mana2. Kalau yg terpaksa harung sampai berbelas station, sure pilih koc wanita. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batmana at 29-6-2024 06:51 AM
nape take buat koc yg gune paparan lcd, terus bole ubah jadi koc laki,pmpn, transeksual ke
so, klu pmpn tk ramai masuk, operator bolela tukar skrin jadi koc lelaki, klu dua2 take masuk, tukarla koc jadi transeksual bagai..hahaha
takpayah sticker2 ni, mcm zmn 70an plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols naik MRT gi ofis, mmg masuk koc wanita, slalu penuh jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Puncanya mudah aje. Sebab malas nak jalan depan sikit. Rakyat Malaysia kan malas nak jalan kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh...iolss suka je duduk koc wanita. port iolss yg kat tepi pintu, kerusi 2 bijik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg perempuan ni closet pervert pon. Jgn kata coach wanita, smoking area pon sama, kat mana jantan merokok sifu juga la dia nak duduk makan sambil mengibas2 tangan konon sensitip asap rokok. Pukimak hanat |
|
|
|
|
|
|
|
i kalau naik mrt memang masuk coach wanita je..xkoser nk dok kt coach campur yg bau pon bercampur2 |
|
|
|
|
|
|
|
2 juta wanita selangor masih bujang xjumpa calon lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
kena ubah koc wanita paling dekat dgn entrance/tangga. kalau ada jugak yg gedik nak masuk koc campuran, korang lelaki duk je bersusun depan pintu buat2 mcm dah penuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu lelaki termasuk koc wanita....bkn main mengelupor.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bende ni sejak komuter ada bt koc wanita lagi hah. Faham koc lain tu wanita boleh gak masuk, tapi sanggup lak bersesak berhimpit sesama lelaki pon bt tarik muka bagai. Walhal koc wanita tu xde la crowded pon, even klu crowded better la berhimpit sesama wanita dari berhimpit dgn lelaki pastu kena raba sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ta tau pulak ada koc jantan |
|
|
|
|
|
|
|
Hak cuci mata hak setiap ingsang |
|
|
|
|
|
|
| |
|