JAKARTA: Pelancong dari Malaysia mendominasi jumlah pelawat mengunjungi Indonesia, dengan mencatat 17 peratus daripada angka keseluruhan lebih 1.1 juta pelancong asing yang direkodkan pada Mei lalu.
Ia diikuti pelancong asing dari Australia yang mencatat 12 peratus, Singapura (9.7 peratus) dan China (8.6 peratus).
Pemangku Ketua Setiausaha Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia, Imam Machdi, berkata ketibaan pelancong dari Malaysia meningkat sebanyak 17.24 peratus secara bulanan, dan 18.26 peratus secara tahunan.
Secara keseluruhan, agensi berita ANTARA yang memetik Statistik Indonesia, melaporkan ketibaan pelancong asing ke Indonesia mencecah 5.2 juta sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2024 - angka tertinggi direkodkan sejak pandemik COVID-19 bermula pada 2020.
"Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing dalam lima bulan pertama 2024 adalah yang tertinggi sepanjang tempoh empat tahun terakhir sejak 2020," kata Imam Machdi pada sidang media di Jakarta, hari ini.
Sebelum ini, ketibaan pelancong asing ke Indonesia sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2020 hanya mencapai jumlah 2.9 juta, malah angka itu terus menurun kepada 604,000 dalam tempoh sama pada 2021.
Bagaimanapun, jumlah ketibaan pelancong asing meningkat kepada 997,000 pada 2022, dan mencecah 4.2 juta dalam tempoh Januari hingga Mei 2023.
Pada Mei 2024 saja, ketibaan pelancong asing di Indonesia mencatat jumlah 1,145,499, meningkat sebanyak 7.36 peratus bulan ke bulan dan meningkat sebanyak 20.11 peratus tahun ke tahun.
Seramai 544,000 pelancong memasuki Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, didominasi oleh pelancong dari Australia.
BPS melaporkan pada Mei 2024, purata tempoh penginapan pelancong asing termasuk yang melintasi sempadan di Indonesia, adalah selama 7.51 malam. – BERNAMA-ANTARA
barang2 di KL memang murah sangat berbanding di Jakarta
sebagai contoh la ya...
last week aku pergi KLCC & shopping mall kat Jakarta
Bath & Body Works
- time discount semi annual sales
- harga kat KLCC RM28 untuk shampoo 80ml
- barang yang sama kat Jakarta IDR140rb or dalam RM40
ZARA
- perhh ini mmg best.... yang pompuan punya
- seluar, tshirt, blaus haritu discount harga ada yang RM149, RM129, RM119
- kat Jakarta harga masih lagi 549rb, 649rb, 899rb
- minyak wangi Golden Decade kat KLCC RM79 kat sini RM539 weeyyy..
H&M
- seluar jogger lelaki harga RM99 kat Jakarta IDR699 or RM200 kottt...
- coat H&M harga RM249 kat Jakarta IDR999 or RM290
memang weeeyyyy..... ini based aku punya own experince travel in June 2024
kita compare harga kedai makan kat shopping mall ya...
aku makan kat kedai thailand rice chicken kat KL Sentral
nasi putih + thai green curry
kopi ais
manggo sticky rice
then harga harga RM27
kalau kat Jakarta Thai Street Gandaria City
nasi putih + thai green curry = IDR150rb laaa
kopi es = IDR30 rb
manggi sticky rice = IDR55 rb
total IDR235rb or dalam RM70 hengget....
yg melawat tu keturunan indon jgak suku sakat asal usul indon ic merah anak jadi ic biru mmng akan terbit perasaan rindu yg menebal dalam jiwa akan tanah tumpah darah kabupaten indon
Post time 3-7-2024 09:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
betty-boo replied at 2-7-2024 06:04 PM
Teringin nak pergi Borobudur
iols suka pergi borobudur, lgpun yogja ni aman sikit compared to jakarta, bandung seangkatan tu. takde la kejap2 bawak kete kene hon je.
cuma lepas melawat temple2 situ kwn iols kerasukan
indonesia ni kalau pergi tempat2 bersejarah/temple2 tu mmg best. blh la tgk ritual pelik2 tu.
dulu kat bali pun kakak iols nmpk mcm2 masa tgh tgk tarian kecak
Post time 3-7-2024 09:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Indonesia ni best dan murah..nak g jauh2 rakyat x mampu.view2 gunung ,sungai,waterfall, pantai kat Indonesia pn mmg lain drpd Malaysia.paling dekat g Medan je flight 45 minit smpai.View cantik.
adik meols dah setahun every month ulang alik Acheh to KL naik flight AA, slalu flight penuh dia kata...dia kata taktau diorg gi buat apa kat Acheh sbb to him takde apa pun sana...
yang murah di Jakarta tu... Tanah Abang
makanan2 rakyat biasa juga okay mcm makanan franchies Bakmi, HokBen etc la..
makanan kat shopping mall or resto mmg mahal.....
yang murah tu luar Jakarta... Medan, Surabaya, Bali da start mahal da....
Bandung masih okay la...
Acheh.. Jogja.. Solo.. Malang.. Padang.. Bukit Tinggi mmg best....