CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30480|Reply: 38

[Tempatan] Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

[Copy link]
Post time 18-7-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode


Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya telah mengumumkan penutupan premis perniagaan mereka melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi.
Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, menyatakan bahawa Malakat Mall akan beroperasi buat kali terakhir pada Rabu, 31 Julai 2024.

Susulan penutupan ini, Fadzil mengumumkan penjualan aset dengan diskaun sehingga 70 peratus, yang akan berlangsung dari 20 Julai hingga 31 Julai 2024.
Menyoroti sejarahnya, Malakat Mall, yang mendapat sokongan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), adalah platform perniagaan tanpa sewa pertama di Malaysia.

Dibuka pada 13 Mac 2020, gedung ini terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 hanya lima hari selepas mula beroperasi.


Difahamkan, terdapat banyak cabaran terpaksa dihadapi dalam tempoh 4 tahun ini terutamanya selepas endemik.
Perniagaan F&B pindah ke bangunan Casa DeMadani dikenali Restoran "RumahMakan", unit peruncitan beralih 100% ke perniagaan online
“Selepas ini, perniagaan makanan & minuman (F&B) akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi Restoran “RumahMakan” yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya dan sekeliling menikmati menu istimewa tempatan dan luar negara.

“Unit peruncitan pula akan berpindah 100% kepada perniagaan secara atas talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di www.malakat.com.
“Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang,” kata Fadzil menerusi kenyataan itu.
Fadzil turut memberi jaminan kepada anggota KoPPIM bahawa pihak pengurusan akan terus berusaha menghadapi cabaran ini.

Mereka akan membantu KoPPIM membeli saham ahli yang ingin menjual semula saham mereka, walaupun proses ini mungkin memakan masa.

"KoPPIM tetap kekal sebagai Koperasi Strategik yang mana jika digembeleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi Ummah," kata Fadzil.
Tambahnya, imej pasar mesra Muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan bakal diteruskan dalam apa-apa bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian.

“Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan di masa hadapan. Kami mohon doa dan sokongan yang berterusan agar perjuangan ini mencapai kejayaan di masa depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Malakat Mall mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu baca komen korang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku kerja sana tapi tak pernah jejak kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dah agak melingkup..perniagaan yang main sentimen bangsa memang tak lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak tutup??? Sendu bertahun
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mall yg i tak teringin nak jejak...sesendu evo mall tu ada la i jejak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Udahnya main rhetoric BMF
Ko niaga tonggeng sentiment agama u set yrself for failure.
Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang Jarak Jauh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 09:27 AM | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 09:58 AM | Show all posts
Finally. Mohon heols focus pada BB je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 18-7-2024 07:11 PM
dah agak melingkup..perniagaan yang main sentimen bangsa memang tak lama

main sentimen bangsa acaner...??? 'UNTUK MELAYU JER'???????
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 18-7-2024 07:36 PM
Udahnya main rhetoric BMF
Ko niaga tonggeng sentiment agama u set yrself for failure.
Takziah.  ...

tonggeng sentiment agama acaner??? 'UNTUK MUSLIM JER' ke???????
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cyberjaya dah memang sendu. Letak pulak nama Malakat Mall. Sana mostly orang2 muda yg prefer pergi ioi city atau mall lain yg lebih hype.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 11:55 AM | Show all posts
melayu pun tak support hal ehwal bumiputra dan islam...apetah lagi isu palestine
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:20 PM | Show all posts
atok lim wiskey ketum metal tersenyum sinisssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:28 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 18-7-2024 07:36 PM
Udahnya main rhetoric BMF
Ko niaga tonggeng sentiment agama u set yrself for failure.
Takziah.  ...

tp comolot gak ngan atuk lim ketum metal kat belakang, tu pasai terchiduk bertingkek2...buy muslim first la sangat..yihhh  

ujung2 duit investors hat mulayu2 ni guna bayor gaji deme mahai2 , dividend tu bau pun tak dapat .. pehtu tukang pomote beli saham serba takdinamik pulakkk... i is kenot brain.. ada ke yg caya ngan heols nehh ?


kut hat jenih gelar diri sendiri setad ke setajah ke sifu ke coach ke ponder ke dr datuk tan sri segala mala beli tu.. lari la jejauh nokk... udah masuk Q3 2024 uiii..









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 12:32 PM | Show all posts
kedai apa dalam malakat mall?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pergi sekali

Pandangan jujur bangkem ialah, pasar malam beraircond
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sgt mall kut kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Neno90 replied at 19-7-2024 12:52 PM
Banyak sgt mall kut kt sana

area cyber-putrajaya ni x byk mall pun tapi malakat ni mmg umpama melukut
tatau la owner tu bukak mall utk apa benonya. Dpulze tepi tu aman damai je penuh ummah berlaga bontot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.275089 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list