View: 32255|Reply: 33
|
[Jenayah]
Tak Nak Makan Duit Haram, Suami Herlok Suruh Pulangkan Balik Baju Yang Dah Dibeli!
[Copy link]
|
|
Suami kepada usahawan mohon pembeli pulangkan semula baju yang mempunyai logo ciplak Ultras Pahang iaitu Elephant Army susulan isu panas dibangkitkan, semalam.
Dia dikenali Hilmi Zaki atau mesra disapa Amy akui silap dan memohon maaf secara peribadi atas rekaan logo tersebut yang difahamkan tidak mempunyai kaitan dengan pihak pengurusan Kieda Crepe.
Kieda Crepe mohon pembeli pulangkan semula baju
Antara jalan terbaik bagi menyelesai isu tersebut, Amy meminta kesemua pembeli yang telah membeli 150 helai baju siri jelajah Kieda Crepe di Pahang untuk memulangkan semula pakaian tersebut.
“Pertama kali, Amy mohon maaf kepada pihak EA (Elephant Army) Pahang sebab tak tahu ia logo berdaftar.
“Niat Amy kita mahu bertemakan negeri Pahang dan cantik. Tapi salah Amy sebab Amy buat sendiri, bukan pihak Kieda Crepe. Amy sendiri yang buat design ini bertemakan negeri Pahang.
“Mohon maaf banyak-banyak kepada EA Army. Saya akan tarik semula baju-baju yang dibeli. Saya minta jasa baik semua, apabila barang (baju) itu sampai, sila batalkan pembelian.
“Saya akan ambil balik dan buang logo dan letak berdasarkan logo sendiri.
“Amy minta 150 helai yang terjual untuk batalkan pembelian. Salah saya, bukan mana-mana pihak,”katanya.
Selesai secara baik dengan pihak Elephant Army
Katanya lagi, isu tersebut telah diselesaikan secara baik dan profesional di mana pihak berkenaan meminta untuk mereka menarik semula jualan baju tersebut.
Amy juga berjanji akan lebih berhati-hati dan menjadikan pengalaman isu dakwaan menciplak logo Ultras Pahang itu sebagai pengajaran buat dirinya pada masa akan datang.
“Kita belajar lagi, pengalaman baru. Kami tak mahu makan duit HARAM melalui logo orang seperti mana netizen komen.
“Kita nak cari rezeki yang berkat,”tulisnya pada hantaran di TikTok.
Semalam, Elephant Army dalam kenyataan memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan logo mereka pada rekaan pakaian.
Ini kerana Elephant Army telah pun mendaftarkan logo tersebut bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai cap dagangan yang sah dan menjadi suatu kesalahan jika pihak luar menggunakannya tanpa izin pada tahun 2018.
Susulan itu, Kieda tampil menjelaskan pihaknya tidak tahu logo berkenaan telah didaftarkan sebagai cap dagangan yang sah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Herlok celah juboo ko la didi nonokk |
|
|
|
|
|
|
|
b*d*h punya influencer…
eh eh influenza kot
pengikut pun sama b*d*h dok sokong sgt depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
herlok sesuai latu laki bini ni
asyik bikin kontroversi jer |
|
|
|
|
|
|
|
kidowww ni kalau bukak mulut terus menyampah dgn suara dia .phuiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
anyway boleh kena saman tak ni ?
ciplak logo orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Menjual ikut suka hati dia. Sekali padan lah muka kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bohong sgt kalau tak tahu. Org berniagà sr |
|
|
|
|
|
|
|
Dak la ni sapa yg bodo p beli tu hahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata ignorence, depa ni pun meniaga. Ish..ish..ishh, malunyere |
|
|
|
|
|
|
|
Ala risau kena tindakan undang2 kan
Tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Again. Is ~herlok~ in the room with us right now?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x heran pun ngan pempengaruh semua ni buat la content camne pun..yang heran tu follower diorg klau setakat like video tu ok la ni smpai sanggup beli merchandise... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo
Nyampah
Xhingin aku gi tour dia kt phg
Maaflah personal shopper semua
Aku mkn crepe yg jiran aku jual je
Sokong produk tempatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|