View: 18007|Reply: 30
|
[Tempatan]
Harga minuman tanpa gula turun 10 sen
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 24-7-2024 10:47 AM
Sebanyak 3,500 rangkaian restoran di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) seluruh negara bersetuju menurunkan harga sebanyak 10 sen untuk minuman teh O dan kopi O tanpa gula.
Ia selaras dengan kempen Kurang Gula, Kurang Harga yang bakal dilancarkan KPDN.
2 menu tersebut dipilih untuk peringkat permulaan dan akan dikembangkan kepada menu-menu lain mengikut kesesuaian semasa.
Harga segelas teh O dan kopi O di restoran sekarang adalah sekitar RM1.40 hingga RM1.80, manakala harga gula pasir ialah RM2.85 sekilogram.
Segelas teh O dan kopi O memerlukan kira-kira 17.5g atau 3.5 sudu gula.
Sumber:Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Presma:Harga minuman,makanan boleh turun lagi kalau...
Adib Faris
Diterbitkan: Jul 23, 2024 8:00 PM
Selepas menurunkan harga minuman tertentu sebanyak 10 sen, kemungkinan untuk orang ramai menikmati pengurang harga jualan bagi hidangan lain tidak boleh diketepikan.
Menurut Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) langkah itu bergantung kepada kajian semula bagi melihat kesesuaian dan pelarasan hal-hal berkaitan.
Naib Presiden Presma, Abdul Mukthahir M Ibrahim, berkata pada peringkat ini pertubuhan itu penurunan minuman tanpa gula dan susu sebanyak 10 sen sebagai menyahut kempen Kurang Gula, Kurang Harga yang digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Untuk peringkat pertama ini, katanya, perancangan Presma disasarkan kepada minuman teh O kosong dan kopi O kosong yang akan dikurangkan harganya sebanyak 10 sen.
“Pada masa akan datang Presma akan kaji semula kos operasi dan peningkatan harga barangan asas.
"Selain itu jika KPDN bersetuju untuk memberi bantuan (insentif) kepada peniaga, kemungkinan besar banyak lagi makanan dan minuman akan dimasukkan dalam senarai penurunan harga,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Abdul Mukthahir M Ibrahim
Semalam media melaporkan lebih 3,000 restoran yang berpayung di bawah Presma setuju untuk menurunkan harga teh dan kopi O kosong (tanpa gula) sebanyak 10 sen.
Ia digerakkan selaras dengan kempen Kurang Gula Kurang Harga yang akan dilancarkan oleh KPDN tidak lama lagi.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, yang dipetik BH Online melaporkan dia sudah mengadakan sesi libat urus bersama beberapa persatuan restoran dan wakil industri untuk merangka kempen tersebut.
Menurut Fuziah, kempen tersebut merupakan inisiatif bersama bagi menangani peningkatan kos merawat penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat serta tidak seimbang, terutama melalui pengambilan gula berlebihan.
Naik ikut keadaan
Selain Presma, antara yang terbabit dalam libat urus itu ialah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), dan Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA).
Menjelaskan lebih lanjut, Abdul Mukthahir berkata Presma mengambil bahagian dalam kempen mengurangkan pengambilan gula kerana cakna dengan peningkatan kos perubatan yang ditanggung dalam merawat pesakit kencing manis yang kian bertambah.
Ditanya mengenai rancangan menurunkan harga pada peringkat seterusnya, Abdul Mukthahir berkata, ia bergantung kepada kemudahan dan kos yang ditanggung peniaga.
“Itu terpulang pada kos. Misalnya tiba-tiba kerajaan kata nak bagi satu kemudahan kepada peniaga dan pemberian subsidi, harga makanan atau minuman boleh dikurangkan.
“Maksudnya, hal itu bergantung kepada pertolongan yang sudi diberikan oleh pihak kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Abdul Mukthahir menyatakan penyasaran subsidi diesel tidak memberi impak yang besar dalam isu kenaikan harga makanan dan minuman.
Jelasnya, harga sesuatu makanan dan minuman ditetapkan setelah peniaga mengambil kira kos operasi yang ditanggung mereka, termasuk kadar sewaan premis dan persaingan yang wujud di sekeliling.
“Sekiranya dalam satu barisan kedai itu (ada) jual kopi RM1.50, satu lagi pula RM1.40, harga tidak akan naikkan sehingga RM1.90.
“Kenaikan itu akan mengikut keadaan, kos operasi, kadar sewa kedai, semua ini akan diperhalusi dahulu,” jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
turunkan gaji menteri harus diutamakan |
|
|
|
|
|
|
|
Ah tipu..!!! Kenapa Vitagen less sugar mahal sikit dr yg biasa? Takkan nak guna alasan manufacturing process lain, demand lain... |
|
|
|
|
|
|
|
kata ringgit makin mengukuh..xkan seposen jek |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju seratus peratusssss. selama ni minta tak ada gula harga masih sama. hidup hidup kena scam dengan acik toye! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 24-7-2024 12:01 PM
Atleast ada la jugak barang turun harga tak mcm zaman gomen tebok atap 33 bulan,semua barang naik harga
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seposen jek???
klu takat seposen sape je nk order tanpa gula
letak la 5 posen baru la ramai nak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau minta kurang manis maybe boleh turun 5 sen |
|
|
|
|
|
|
|
vitagen masuk dalam persatuan mamak tak?
kalau deme masuk, boleh buat aduan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi iols.order teh o kosong rasanya harga biasa je..rm1.50 mcm tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Vitagen tu in general. Kalau kedai mamak, dah lama perasan teh/kopi/milo kurang manis tapi caj sama. Pernah argue tapi diorg kurangkan seposen aje. Muka cashier cam tenuk la pastu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak de kot orang minum kat kedai ambik minuman tanpa gula. Baik duduk rumah je bancuh sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tanpa gula, turun sepuluh sen sahaja. Bila harga gula naik, air manis secawan naik 20sen-50sen. Gitula kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 24-7-2024 02:25 PM
Tak de kot orang minum kat kedai ambik minuman tanpa gula. Baik duduk rumah je bancuh sendiri.
Hellloooooo akak salah sorangnya yach sissy. dan a few of kenalan akak jua order minuman tanpa gula yach sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|