View: 40331|Reply: 24
|
[Tempatan]
Menghilang Bersama Anak2 Sejak Februari
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan bekas jururawat wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Jalan Kesum 24/37 Seksyen 24, Shah Alam, 16 Februari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, Orang Hilang (OH) ialah Che Nurul Izzah Che Salim, 36 tahun.
Katanya, laporan itu dibuat pada pukul 9.27 malam di Balai Polis Damansara.
“Mangsa pernah berkhidmat di KPJ Damansara sebagai jururawat dan telah berhenti kerja pada 29 Ogos lalu.
“Kakak mangsa memaklumkan adiknya telah keluar rumah bersama anak-anaknya pada 16 Februari lalu dan tidak tahu tinggal di mana.
“Wanita ini sudah bercerai serta mempunyai anak lelaki dan perempuan berusia 11 serta sembilan tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Shahrulnizam, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh salurkan di balai polis berhampiran.
Tegas beliau, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan.
- KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so anak2 dia x prgi sekolah ke.
semoga selamat la ank beranak ni risau skrng hilang2 mmg dah kna bnuh cmpak kt mna2 |
|
|
|
|
|
|
|
- Bekas jururawat KPJ damansara- Umur 36
- baru resign 29hb
- ada anak 2 orang
- cerai.
lokasi kejadian ke KPJ Damansara tu boleh tahan jauh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan Feb hilang kenapa baru skrg nak report polis...
Nak cari camner...pi lah siasat ex husband dia dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham...resign 29 Ogos....hilang 16 Februari...kenapa tak cari kat KPJ je sebelum 29 Ogos....ke aku yang tak faham |
|
|
|
|
|
|
|
29 Ogos lalu tu, kelmarin dulu ke tahun lepas?
Bodoh reporter ni, tak reti menulis! |
|
|
|
|
|
|
|
Tarikh tu buat confuse..dr feb-ogos tu buat apa family member? |
|
|
|
|
|
|
|
Kena bunuh or lari hutang
Ni templat kes akhir2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Means antara feb dan ogos confirm masih hidup. Hanya pd 29hb ogos lepas dia berhentia dr kpj yg family tak tahu keberadaan dia? |
|
|
|
|
|
|
|
punchup replied at 1-9-2024 01:37 AM
Tak faham...resign 29 Ogos....hilang 16 Februari...kenapa tak cari kat KPJ je sebelum 29 Ogos....ke ...
Yer... 29 Ogos lalu tu mengelirukan.
Kalau ikut logic urutan masa
Berenti keje 29.8. 2023
Hilang 16.2.2024
Buat hebahan / laporan hilang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita ni ceritanya tak habis. Yg kita tau 10% aje. Dia hilang. Itu je. Ada lagi back back stories kita tak tau. Klu dah lari bawa anak anak tu adalah isu serius tu. Kemungkinan besar dikejar along diugut bunuhke apabenda ke. |
|
|
|
|
|
|
|
16 Feb kuar umah -> dan x tau tinggal mana
tapi tau keje kat mana iaitu KPJ - till resign 29 Ogos
--
so, selepas kuar umah 16 Feb, famili tau dia keje kat KPJ tp x tau tinggal kat mana
bila dia resigned 29 Ogos...
trus x tau kat mana lokasi dia berada |
|
|
|
|
|
|
|
Iols speku suami abusive. Dia lari bawa anak. Cuba tengok jiran korang yang raya pun tak balik kampung, baru pindah, hidup dengan famili tu je, kawan2 pun kawan anak di sekolah.
Kalau perangai derang baik2 je, jangan korang sibuk bertanya. I know 2 families yang macam ni. Tahu pun dari anak dia, schoolmate my son. Mula2 x caya tapi after years his story consistent. Biarla.
Sorry ot, but domestik violent itu benerrr |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 1-9-2024 02:39 AM
29 Ogos lalu tu, kelmarin dulu ke tahun lepas?
Bodoh reporter ni, tak reti menulis!
ke sbb dah tak dtg keje since Feb… so diberhentikan dari KPJ baru2 ni.. which is 6 months after she went missing |
|
|
|
|
|
|
|
theotherfriend replied at 1-9-2024 09:56 AM
Iols speku suami abusive. Dia lari bawa anak. Cuba tengok jiran korang yang raya pun tak balik kampu ...
Aku setuju. Kalau perangai baik2 shj, biarlah jgn diganggu. Sampailah mereka sendiri minta tolong kita tolong semampu yg boleh.
Ada family yg raya tak balik mana2 itu kdgkala family problem. Mungkin ada yg jauhkan diri utk jaga hati.
Domestic violence ini victim biar dia sendiri reach out. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan anak2 tak sekolah. Aku doakan semoga apa jua ada pertolongan & urusan dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak respek utk org mcm ni. Anak2 dia tak lupa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|