CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 45064|Reply: 43

[Jenayah] Berjalan laju berselubung bagai, anggota GISBH tidak mengaku bersalah ugut wanita

[Copy link]
Post time 18-9-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-9-2024 03:00 AM

PUTRAJAYA: Seorang anggota kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang wanita yang juga bekas anggota organisasi itu, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.


Mengikut pertuduhan, Mohamad Riza yang juga ahli perniagaan itu didakwa menakutkan secara jenayah ke atas wanita berusia 25 tahun di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4 di sini, kira-kira jam 10 malam, pada 9 September lalu.

Suami kepada tiga isteri yang juga bapa 10 anak itu didakwa mengugut wanita terbabit apabila berkata: "kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga", dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya bekas ahli GISBH itu menarik balik laporan polis.

Beliau juga meminta tertuduh menyerahkan pasport, selain perlu melapor diri ke balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan sepanjang prosiding berlangsung.

Bagaimanapun, Zulfikri dalam hujah balasnya meminta jaminan dikurangkan memandangkan kes terbabit dikategorikan ringan dan pendapatan tertuduh adalah RM4,000 sebulan serta tiada kaitan secara langsung dengan GISBH, sebaliknya hanya membuat usaha sama dengan organisasi itu.

Tertuduh ketika diminta mengemukakan kenyataan tambahan, meminta mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan baru menimang cahaya mata dalam tempoh kurang sebulan dan proses pendaftaran bayi terbabit belum dibuat.

"Saya mohon (mahkamah) mengurangkan jaminan kerana isteri baru melahirkan anak, kurang sebulan dan pendaftaran pun belum dibuat.

"Memandangkan sekarang musim cuti persekolahan, saya perlu berdepan 10 anak dan perlu menyediakan duit atau dana untuk membuat aktiviti dan persiapan persekolahan akan datang," katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Ahmad Afiq kemudian membenarkan tertuduh dijamin dengan RM10,000 dan seorang penjamin, selain perlu melapor ke balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan sehingga prosiding tamat.

Beliau juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mengganggu, menghampiri atau menghubungi wanita terbabit sehingga perbicaraan kes selesai dan menetapkan 18 Oktober sebagai tarikh sebutan semula.

BH




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapatan rm4k tapi ada 3 org bini
Ni bini tanggung anak2 ke mcmana?
Kalau ikut logik lah...kan..
Bini kena.kerja lah untuk support laki gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni ke yg kawin 3 tu? Ke ade sorg lg tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nutcrack8 replied at 18-9-2024 10:27 PM
Die ni ke yg kawin 3 tu? Ke ade sorg lg tuh?

Bukan ke Geng Abuya memang kahwin banyak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:55 PM | Show all posts
Jalan samseng semacam ni ke yg ada anak 10 tu?

pasar ikhwan di putrajaya………

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji 4k 3 bini, 10 ank?
Ishh3
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermodalkan kote 2b
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 01:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:02 AM | Show all posts
shernazz replied at 18-9-2024 10:16 PM
Pendapatan rm4k tapi ada 3 org bini
Ni bini tanggung anak2 ke mcmana?
Kalau ikut logik lah...kan..

Tak payah tanggung anak. Anak campak kat rumah kebajikan.Kerja dia tabur benih aje...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Syial depa ni.. Kahwen ramai.. Suh bini beranak ramai2x.. Pastu campak kat rumah anak yatim.... Jilake betol... Bini pon ikut ja.. Kene branak ramai... Pastu bini bukan boleh dok goyang kaki.. Bini kene g keje
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak aman Abuya tengok perangai ahlinya...tertonggang tonggek terbangun2 Abuya di kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 04:04 AM | Show all posts
pemyetanan gisb unprecedented di khalayak almost mcm pempromosian covid
yang xkan berlaku pada company yg membuat carpet kalimah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 09:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa polis x iring dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nutcrack8 replied at 18-9-2024 10:27 PM
Die ni ke yg kawin 3 tu? Ke ade sorg lg tuh?

Yg ni lah.bukan takat 3 bini je.dia ni menantu abuya.patut la pangai pailang sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 10:26 AM | Show all posts
zalim nya manusia ni..ko berani ugut perempuan,ko pukul bdk2..kawin 3 plak tu..seronok ek hidup ko..aku harap lps ni hidup ko akan merana selagi ko x minta maaf pd org yg ko zalimi, selagi ko x insaf ..jd lah ko gelandangan bwh jambatan sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bibir hitam kuat sapkok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 11:06 AM | Show all posts
inilah manusia yg terbukti LGBT = lelaki gagah berbini tiga

ekekkekkeekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 19-9-2024 09:51 AM
Yg ni lah.bukan takat 3 bini je.dia ni menantu abuya.patut la pangai pailang sgt

Menantu abuya? Huishhh... Pening aku dorg ni...

Mcm nk jadikan abuya tu manusia pertama. Pastu die kawin die, die kawin die. Pastu buat kerajaan dorg sendiri. Da ade klinik, sekola, perusahaan mknn, nursery,
Samseng.

Bole mengancam kedaulatan negara. Ni da melanggar rukun negara ni. Mmg kene tangkap.

Diorg ni la ajaran yg paling lame ngan paling rmai pengikut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.072248 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list