CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18601|Reply: 29

[Tempatan] Hampir 100 tahun, Dr Mahathir masih boleh pecut lebih 150km/j

[Copy link]
Post time 25-9-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 100 tahun, Dr M masih boleh pecut lebih 150km/j

https://www.malaysiakini.com/news/720363

Diterbitkan:  Sep 24, 2024 6:02 PM
Dikemaskini: 6:52 PM



Kira-kira dua bulan selepas meraikan hari lahir ke-99, Mahathir Mohamad masih mampu memandu laju sehingga lebih 154km sejam (km/j).

Melalui rakaman video yang dikongsi di media sosial bekas perdana menteri itu, kelihatan dia menguji litar lumba Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Mahathir ditemani Pengerusi Bukan Eksekuitif SIC, Mohamed Azman Yahya memandu Audi Q5 SUV.

Terdahulu Azman bertanya Mahathir kenapa dia terfikir membina litar itu suatu ketika dulu.

Kata Mahathir, Malaysia ketika itu tidak mempunyai banyak tarikan pelancong, justeru menganjurkan perlumbaan kereta akan menarik kedatangan pelawat dari negara luar.

“Kita juga perlu menghiburkan orang ramai. Rakyat mahu melihat sesuatu. Mereka melihat (perlumbaan) hanya di kaca TV. Mereka mahu melihat perkara sebenar,” tambahnya.

Pada awal video sepanjang 3.14 minit itu, Mahathir kelihatan berada di tempat duduk penumpang kenderaan tersebut manakala Azman mengendalikan stereng.



Bagaimanapun di penghujung video berkenaan Mahathir dilihat mengambil alih pemanduan dan menekan pedal minyak pada kelajuan tertinggi 154km/j.

Mahathir berkata dia dan bekas Pengerusi SIC, Basir Ismail, berbincang mengenai cadangan itu dan memutuskan bahawa ia akan menjadi pelaburan yang berbaloi, dengan matlamat utama menganjurkan perlumbaan Formula Satu.

Bekas perdana menteri itu - yang merasmikan SIC pada 7 Mac 1999 - berkata ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana Malaysia merupakan negara membangun pertama menjadi pentas pertandingan kereta seumpamanya.

Ditanya mengapa memilih Sepang, Mahathir menjawab: “Sebab kita ada tanah. Untuk lapangan terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa KL), kita ada 25,000 ekar. Jadi ada ruang (untuk litar) dan ia tidak terlalu jauh (dari lapangan terbang yang dibina kemudian).



Azman kemudian bersetuju bahawa ia adalah lokasi yang baik.

"Kita menganjurkan perlumbaan untuk Porsche Carrera Cup Asia, Ferrari Challenge, untuk GT World Challenge Asia, mereka semua menyukai Sepang kerana ia sangat mudah untuk mereka."

Pada Ogos lalu, netizen memuji Mahathir dan laman web automotif popular Paul Tan menggelarnya sebagai "lelaki kereta berusia 99 tahun" melalui video yang menunjukkan dia sedang memandu uji Proton S70 baru.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Steady atok
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah, bkn susah pun takat tekan minyak jer pun....

Bawa kereta laju x melibatkan kudrat badan, lagi padu yg berumur lebih 85 tahun dpt lari pace 5:36 utk marathon..... Umur 85 dpt buat sub 4h....tu baru paduuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 10:28 AM | Show all posts
axl_bach replied at 25-9-2024 10:00 AM
Lah, bkn susah pun takat tekan minyak jer pun....

Bawa kereta laju x melibatkan kudrat badan, lagi  ...

kau semua nak bahan kannnn.  agak nya kau nanti umur 80 kot2 tak tahu yang mana steering yang mana pedal shift.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 25-9-2024 10:28 AM
kau semua nak bahan kannnn.  agak nya kau nanti umur 80 kot2 tak tahu yang mana steering yang mana ...

Xder pun aku bahan.... Cuma bagi aku takat tekan pedal kereta tu biasa lah, bukan guna kudrat tulang 4 kerat.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:35 AM | Show all posts
axl_bach replied at 25-9-2024 11:49 PM
Xder pun aku bahan.... Cuma bagi aku takat tekan pedal kereta tu biasa lah, bukan guna kudrat tula ...

yelahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 09:00 AM | Show all posts
kira hebat la tun, cinapek tua kat kejiranan aku kalo bawak keta semedang kena sumpah. mcm jilaker walhal umur baru nampuluh. dah la slow ikut dan dia nk ke kiri ke kanan ke lane tgh ke

tu blm yg mabuk sondol org atas jalan sampai 5 org patah retah, umur baru 76
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia F1 tidak shiok selepas tidak after race festivel... Series yang ada seperti shiok sendiri version saja.... SG and abu dhabi ka ching! sebab concerts and party events... Malaysia selepas banned music festival sendu bagi aku... Ada speedzone dahulu aku gigih cuti teman kan bapa aku ke sepang F1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku akan puji tokdek if boleh bawa amber lounge
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:31 AM | Show all posts
Hebat juga la.
Iols 120km pun sejuk2 kaki menekan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:22 AM | Show all posts
alhamdulliah masih lg blh bw kereta. Kite tak tau lg umo kite mcm tu leh sihat lg ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 01:34 AM | Show all posts
Waahh... terbayang akak, mesti sedap kan tekan minyak sambil layan lagu Slayyyter

  





Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Maibi iols takleh bawak laju2.. keta bergegar
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kete sedap blh la cer tekan 150 kancil rasa nak gugur jantung
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-9-2024 08:37 AM
Maibi iols takleh bawak laju2.. keta bergegar

kena bt balancing dgn alignment tayar tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 29-9-2024 03:54 PM
kena bt balancing dgn alignment tayar tu

Dah servis tapi mmg takleh bawak laju2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nw111 at 29-9-2024 05:25 PM
axl_bach replied at 25-9-2024 10:00 AM
Lah, bkn susah pun takat tekan minyak jer pun....

Bawa kereta laju x melibatkan kudrat badan, lagi  ...


Aku nak tunggu umur hang 90 tahun nanti larat tak bawak kereta...kot2 umur 80 hang duduk atas kereta sorong je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 12:26 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 29-9-2024 04:10 PM
Dah servis tapi mmg takleh bawak laju2

oh ada problem lain kot
wira iols 140 stabil je
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 30-9-2024 12:26 AM
oh ada problem lain kot
wira iols 140 stabil je

Kekadang keta ada bunyi2.. hantaq servis deme tak kata apa.. tatau la
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ada 2 benang pasal atuk merempit. Ya lah... isu besar kot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056156 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list