View: 19869|Reply: 33
|
[Dunia]
Israel sudah kena!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 4-10-2024 01:06 PM
TEL AVIV: Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0 pada malam Selasa.
Laporan agensi berita AP sehari selepas itu mendedahkan lubang besar pada bumbung beberapa bangunan berhampiran landasan utama di kemudahan Nevatim berkenaan.
Nevatim menempatkan beberapa jenis pesawat paling canggih termasuk jet pejuang, F-35 Lightning II buatan Amerika Syarikat (AS) dan dilengkapi empat landasan di kawasan meliputi kira-kira 50 kilometer persegi dan terletak di gurun Negev.
Kira-kira tujuh rakaman video berbeza memaparkan impak di kemudahan itu akibat dibedil 20 hingga 30 misil balisitik Teheran.
Beberapa sumber mendakwa bedilan itu turut memusnahkan lebih 20 jet pejuang.
Menerusi kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengakui beberapa pangkalan tentera udara mereka mengalami kemusnahan dan kerosakan akibat hujan misil tersebut.
Zionis bagaimanapun cuba menyembunyikan keadaan sebenar apabila menyatakan kononnya tiada jet pejuang, dron, pesawat atau infrastruktur kritikal mereka binasa dan tidak mengancam operasi unit udara mereka.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral, Aziz Nasirzadeh mengesahkan operasi tersebut yang melibatkan hampir 200 peluru berpandu balistik canggih jarak jauh termasuk Fattah-2 tepat mengenai lebih 90 sasaran musuh termasuk ibu pejabat risikan Mossad.
"Operasi yang diselaraskan bersama Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) ini mematuhi undang-undang antarabangsa. Tiada lokasi orang awam jadi sasaran kami," katanya setelah sekutu Tel Aviv mengecam serangan balas bagi 'menghukum' jenayah kejam Zionis di Lubnan dan Gaza.
Bagi menutup malu kerana kelemahan sistem pertahanan udara, Iron Dome yang dibanggakan entiti Zionis selama ini, ia bertindak menutup kemudahan tentera dan melarang media melaporkan tentang impak serangan Iran.
Portal berita, Middle East Eye mendakwa tindakan tapisan sedemikian itu telah menyebabkan mereka sukar menilai kesan kemusnahan sebenar.
"Israel menutup beberapa zon tentera serta-merta dan tidak membenarkan sebarang laporan tentang lokasi yang menjadi sasaran peluru berpandu Iran," jelas laporan itu.
Zionis mendakwa kononnya beberapa misil itu dipintas dan ditembak jatuh, namun rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukan sebahagian besar projektil berjaya menembusi Iron Dome dan mengenai sasaran di Tel Aviv. - Agensi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oooo . ok padan lah muka. memintaaa sangat selama2 ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak kan... dari dia attach civilians ke.. baik dia attack base.. hangar, runway, bunker.. ATC ke.. biar jet dorang takleh nak take off.. |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen mat saleh ramai bekap isroel depa ckp Iran bunuh kanak2 & org awam. Isroel jd mangsa kekejaman katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mmg dahsyat dia punya censored...x jumpa langsung gambar ke atau video kesan kemusnahan yg org awam upload...yg ada dia tunjuk satu sekolah kena bom n org Palestine yg mati kena serpihan rocket yg dipintas iron dome |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla. Moga terus jahanam Israel. |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik kerajaan syiah...kerajaan sunni buat ape? layan cleavage?
syiah walaupun main wayang...sunni tak buat ape2... |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 4-10-2024 09:31 AM
terbaik kerajaan syiah...kerajaan sunni buat ape? layan cleavage?
syiah walaupun main wayang...sunn ...
Dan ko pulak buat apa selain jd batu api? Tak salah bual x sah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan sunni sibuk nak normalisasi. nak aman-aman je. |
|
|
|
|
|
|
|
netizen islam terutama type N pula kecewa tiada video mayat bergelimpangan akibat serangan iran
|
|
|
|
|
|
|
|
Make Love
Not War
Greenpeace
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 3-10-2024 06:35 PM
Seperti ikut israel patent 6 day war... Israel mampu destroys egypt airforce .. Kali ini interesting tengok israel airforce backup....harap amerika tolong... Puting boleh hantar his flying iron juga untuk membantu... |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 4-10-2024 09:31 AM
terbaik kerajaan syiah...kerajaan sunni buat ape? layan cleavage?
syiah walaupun main wayang...sunn ...
Kerajaan Sunni tidak boleh serang Israel sebab mereka banyak bergantung kepada America.
Tak payah tengok jauh. Tengok Malaysia saja sudah cukup.
Malaysia nak tolak investment dalam BlackRock pun takut. Takut ada kesan negatif terhadap foreign investment di Malaysia.
To be fair, ketakutan tersebut adalah ketakutan yang ada asasnya. Pelbagai negative consequences boleh wujud jika Malaysia tolak investment BlackRock tersebut.
At the very least, ia memberi mesej negative kepada international investors yang berminat untuk melabur di Malaysia atau sedang melabur di Malaysia.
Untuk kita relate isu BlackRock dan Israel ... kalau nak tolak investment Blackrock pun takut, apa logiknya Malaysia nak serang Israel?
+ + +
Understanding ini terpakai untuk Kerajaan Sunni yang lain. Seperti Saudi, UAE, etc.
Mereka banyak bergantung kepada America. Jadi mereka perlu jaga dulu kepentingan mereka.
Sebab itu Kerajaan Sunni hanya boleh tolong Palestin secara pasif.
Contohnya, kalau tak boleh tolong hentikan peperangan, at least, Malaysia mendesak UN berbuat sesuatu. Ini intipati ucapan Tok Mat Hasan di persidangan UN baru-baru ini.
Betul, UN adalah organisasi yang lemah sekarang. Tapi sekurang-kurangnya ramai pihak yang bercakap tentang Israel, Palestin, dan kelemahan UN sewaktu persidangan UN tersebut.
Kedua, Kerajaan Sunni membantu melalui humanitarian aid. Ini yang banyak dilakukan oleh Malaysia dan Saudi.
+ + +
Situasi Kerajaan Sunni berbeza dengan Iran. Kalau Kerajaan Sunni banyak bergantung kepada America ... Iran pula tidak disukai oleh America.
Iran sedang menerima economic sanction yang dikenakan oleh America. Apabila America sendiri yang mengenakan economic sanction terhadap Iran, macam mana Iran nak bergantung kepada America?
Tapi economic sanction tersebut ada hikmahnya. Ia membuatkan Iran terpaksa kuat tanpa bantuan America - self-sustaining economy.
Dan Iran membina ally di kalangan pihak yang tidak disukai America, i.e. Rusia dan China.
Apabila Iran menjadi independent tanpa bantuan America, Iran boleh bagi middle finger dekat America.
Kalau dengan America pun Iran boleh bagi middle finger ... setakat dengan Netanyahu apalah sangat.
+ + +
Cuma dalam keadaan sekarang, Iran tak nak dilihat sebagai pihak yang jahat. US / Israel / Europe ... memang tunggu masa saja untuk sebar propaganda yang memperlihatkan Iran adalah kerajaan yang kejam dan jahat.
Jadi walau pun Iran kena provoke dengan Israel, Iran perlu mengambil pendekatan bijak dalam melakukan retaliation terhadap Israel.
Untuk orang yang kata Iran buat wayang ... ko ingat ini pergaduhan FattZura memekak pasal masalah rumahtangga?
Israel dan America sudah ada strategi untuk membenam Iran.
Iran aware tentang perkara ini. Mereka juga tidak mahu masuk dalam perangkap America dan Israel.
+ + +
Furthermore, peperangan sekarang menjadi berpanjangan dan bertambah teruk kerana kegilaan hanya seorang manusia: Benjamin 'Bibi' Netanyahu.
Iran pun sedar tentang perkara ini. Ini adalah antara sebab lain Iran mengambil pendekatan berhati-hati.
Ini bukan tentang Iran vs Israel + America. Ini adalah masalah manusia - masalah Bibi yang gila.
Kenapa Bibi gila sekarang?
Bibi dah jadi PM sebanyak tiga kali. Obvious la nampak dia gila kuasa.
Now bila keselamatan Israel sudah teruk, Bibi masih tak nak letak jawatan. Masih gila kuasa.
Kalau Bibi hentikan peperangan ... Bibi hanya ada satu option: Hilang kuasa.
Ini kemungkinan yang berlaku kalau Bibi hentikan peperangan. Best case scenario, Bibi terpaksa letak jawatan. Worst case scenario, rakyat Israel merusuh dan humban Bibi.
Tak tahulah sampai bila Bibi nak terus gila. Bibi ni lama-lama ... boleh jadi Hitler.
Jauh sangat dia pergi. Lama-lama dah tak boleh u-turn. Silap-silap haribulan, dia bunuh diri macam Hitler.
p/s: Bibi adalah nickname Netanyahu. America pun panggil dia Bibi. Konon-konon bromance sangat la tu kan... |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bulan ni genap setahun Gaza kena attack! |
|
|
|
|
|
|
|
Nfir replied at 4-10-2024 11:13 AM
Kerajaan Sunni tidak boleh serang Israel sebab mereka banyak bergantung kepada America.
Tak payah ...
Hahahahaah maap tergelak jap baca part pergaduhan FattZura tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...akhirnye tergerak jugak Iran hantar bom....patut awal2 lagi buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apoooo completely destroy...yg depa dok bantai Lebanon lagi smlm tu guna fighter jet mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 4-10-2024 09:24 AM
Netizen mat saleh ramai bekap isroel depa ckp Iran bunuh kanak2 & org awam. Isroel jd mangsa kekeja ...
Aku doa biar negara dia org pulak perang..biar sekor2 kudung kaki tangan..baru cerdik sikit mat Saleh haprak ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|