CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 65409|Reply: 59

[Tempatan] Pantai pasar malam, isu khemah biru yang bagaikan tiada berkesudahan

[Copy link]
Post time 5-10-2024 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-10-2024 02:17 AM

SEREMBAN - Proses perbincangan sedang dijalankan bersama pengusaha 'khemah biru' di kawasan Pantai Telok Kemang di Port Dickson susulan ia menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung baru-baru ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, isu berkaitan kawasan berkenaan akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini.

"Perbincangan itu dilakukan bagi mencari kaedah penyelesaian termasuk berkemungkinan konsep baharu khemah akan digunakan.

"Daripada terus pergeseran dalam isu berkenaan dengan pengusaha, adalah lebih baik perbincangan dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian menang-menang," katanya kepada pemberita.

Ujarnya, tindakan tersebut diambil agar pengusaha boleh terus mencari rezeki seperti yang dilakukan sejak sekian lama di samping pemandangan adalah lebih baik dan persekitaran lebih selesa.

“Kerajaan negeri beranggapan daripada berseteru, kita akan mencadangkan beberapa perkara, insya-ALLAH diselesaikan hujung tahun ini. Konsepnya lain, 1 Januari akan berubah, rundingan sedang berjalan,” katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, Port Dickson mempunyai sembilan pantai lain yang boleh dikunjungi dan tidak berdepan masalah pemasangan khemah.

“Port Dickson ada sembilan pantai lain yang tidak dibenarkan memasang khemah dan kerusi angin, itu juga dikawal, ada (pantai) langsung tiada supaya memberikan keselesaan kepada pengunjung.

“Tetapi ada yang tidak memahami, janganlah kerana isu khemah di satu kawasan, ia memburukkan keadaan pelancongan, itu tidak adil.

"Saya juga minta peniaga menghormati undang-undang, kita ada peraturan, mungkin sekarang kita boleh bertolak ansur tetapi jika ada antara mereka tidak boleh menerima, kerajaan akan ambil tindakan,” katanya.

Sinar Harian

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 51 Users voted

Count down: 29654 Days1 Hours8 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pantai tu bukan pantai private, bkn milik pengusaha pun. Tapi kena bertolak ansur plak dgn deorg? Blergh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2024 11:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba jgn siap2 pasang, bila org minta baru pasang bukan susah pun nak pasang tent ni.  Ini kau mcm 'trap' org kalau org tua penat jalan terduduk terus charge.  Lagipun hodoh lah x yag lah khemas pasar malam ni biar org berkemah dgn tikar mcm dulu2 panas pun x matinya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 5-10-2024 11:32 AM
Cuba jgn siap2 pasang, bila org minta baru pasang bukan susah pun nak pasang tent ni.  Ini kau mcm ' ...

Setuju
Nak baru buka
Nak tgk pantai nampak khemah je
Apo
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dekat 3 tahun org bising2 tak selesai lagi.. lemah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi I dah lama boikot pantai ituh. Tak hengen nk pergi. Semak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:31 PM | Show all posts
apa nak bincang2nya..takyah khemah la, tpt awam, org piknik nak santai2 duduk atas tikar... omputih kat tepi pantai dia letak payung bulat/parasol tau, bukan payung pasar malam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni nak bincang² bagai dah kenapa.
Ke, ada sesuatu disebalik udang sampai tak mampu nak halau on da spot.

Cer citer sket.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement MB ni pun bakalan mengundang spekulasi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon bekas ahli parlimen port Dickson turun padang selesaikan hal ini..,..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik ya MB pun nk kena bincang pdhal bkn tanah private...halau je x boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nak bincang apa nya pantai tu bukan private property pon..kompom ada duit kopi la ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
diaorg dah terima bayaran ke smpai nk kena bincang2 ni..x brani nk keluarkan arahan terus ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-10-2024 12:31 PM
apa nak bincang2nya..takyah khemah la, tpt awam, org piknik nak santai2 duduk atas tikar... omputih  ...

kan..payung yg cantik warnanya..ini..apa barang khemah mcm tu..takde taste langsung pbt yg meluluskan pun.haaa..baru nak sebut konsep yg sesuai kan..memang tk cantik pun khemah tu..apa daaa..org nak buat style piknik ko nk buat jugak, tp buruk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pbt seorang yang teliti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap berkhemah2 bagai. Org nk menikmati pemandangan laut. Ni dah serupa pasar malam je diorang buat
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapus khemah biru!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
spesis pacak mmg rata2 perangai buruk eh? ko main pacak secara haram, dah sedap kaut untung nak kena halau, sentap, maki penguasa/gomen tutup periuk nasi menindas peniaga bla bla, last2 gomen lak tunduk dgn lahanat ni semua?! yg gomen pon asal lembik nak bincang2 apoo
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:22 PM | Show all posts
Mintak dia geran tanah pantai tu..kalau xde boleh perambat dgn penyapu lidi

Dasar yisrael

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.094629 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list