CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43421|Reply: 1348

‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu

[Copy link]
Post time 7-10-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode




Kisah perceraian pasangan selebriti, Fazura dan Fattah hari ini ternyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat mereka.


Semakan Kosmo! di media sosial, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan perkara tersebut apabila Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, selesai melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada pukul 9.45 pagi tadi.


Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


“Tiada lagi suami Melayu terakhir, kami sebagai peminat #Faztah sememangnya mahu yang terbaik untuk pasangan ini,” kata Juliana.


“Kali pertama menangis bila lihat pasangan selebriti bercerai. Mungkin pasangan ini nampak penuh serasi. Moga yang baik-baik untuk Fazura dan Fattah selepas ini,” kata Nurriin.


“Ada yang berpisah sementara untuk perbaiki diri masing-masing. Harap kuat jodoh mereka berdua ini untuk kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Sedihnya berita cerai pagi ini,” luah Atikah.


“Harap berbaiklah demi anak. Kesian pada anak yang masih tak tahu apa-apa,masih perlukan kasih sayang kedua-duanya,” kata Rashadah.


Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4,.


Sementara itu, Fazura dan Fattah menjadi sohor kini di Facebook dan laman X berikutan kisah mereka menjadi antara topik utama yang sedang diperkatakan pengguna media sosial sehingga meraih lebih 3,000 ciapan.


BACA JUGA : Fazura fail perceraian terhadap Fattah Amin, punca perceraian tidak didedahkan


Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 12:11 PM | Show all posts

PENAMAT KISAH HERO SEORANG CINDERELLA. FATTZURA SAH BERCERAI TALAK SATU

Edited by shahirakay at 7-10-2024 12:32 PM

PERGOLAKAN RUMAHTANGGA ANTARA FAZURA DAN FATTAH BERAKHIR DENGAN PENCERAIAN. IKATAN PERKAHWINAN MEREKA TERLERAI PADA KIRA-KIRA JAM 9.45 PAGI TADI, DAN SEJURUS KES SELESAI, MEREKA DITEMUBUAL DI PERKARANGAN MAHKAMAH. BERIKUT INTIPATI KENYATAAN DARI KEDUA-DUA BELAH PIHAK:

KOMEN FAZURA
1.fattah abaikan nafkah bertahun
2. fazura tak bahagia dan tertekan tapi bertahan walaupun berbagai tohmahan.dia harap suami mempertahankan tapi tidak berlaku
3. fattah curang. ada bukti
4. fazura mencurahkan sepenuh kasih sayang. tak sekufu dan ego tu semua fitnah semata mata.
5. fazura dah berkorban banyak untuk fattah dan buat sebaiknya. kenderaan, rumah, makan minum semua fazura yang sediakan
6. fazura terima fattah dankeluarga seadanya dan berkorban segalanya fazura kecewa dan kesal kerana tidak dihargai
7. kenderaan yang fazura beri pun fattah bawa pompuan lain yang bukan mahram
8. fazura tahu dah lama hal curang awal ogos
9. orang nampak saya happy tapi allah saja yang tahu dan fattah tahu itu (fazura dah tak happy)
10. Fattah endorsement banyak tapi nafkah sikit pun tak bagi
11. depa berpisah sebentar untuk beri masa dan ruang
12. hak penjagaan fattah setuju beri kepada fazura dan fail di mahkamah lain
13. fazura harap fattah datang rumah pujuk, bukan takat whatsapp je. fattah tak ada kesungguhan. memang la fazura kata taknak jumpa fattah dah tapi dia harap fattah bersungguh datang pujuk dan jumpa. ni tak, datang ambik baju je, datang jumpa anak je.
14. semenjak kahwin dengan fattah fazura sayang keluarga mertua. tapi fazura terkilan sebab family mertua lansung tak whatsapp/call bertanya kabar
15. fazura kata dia kesian dan sedih untuk fatima. tapi sepanjang 4 tahun tak pernah fattah bagi duit raya kat anak. bini pun tak pernah dapat rasa duit raya dari laki
16. adakah fattah sebagai bapa boleh terima kalai nyamma diperlakukan sedemikian?

KOMEN FATTAH

1. Fattah nafikan kes curang
2. Fazura kata ada bukti, kata reputz. Kemudian Fattah menggeleng sambil smirk dan nafikan. Saya ada bukti itu tohmahan untuk mencemarkan nama baik saya
3. Dah ada perjanjian sebelum lafaz tadi untuk melindungi aib maing2
4. Punca penceraian tak ada persefahaman
5. Nafkah kita semua tahu benda basic. Saya beri ikut kemampuan.
6. Jawapan tak ada usaha memujuk, Fattah jawab tengok whatsapp dia kalau dia berani tunjuk. Saya dihalang datang ke rumah.Call tak jawab. Whatsapp susah nak reply.
7. Kereta Range Rover tu kereta kampeni, gaji Fattah ditolak untuk bayar kereta tu
8. Saya ada tahu satu benda pasal dia dan kita bersetuju taknak buka aib masing2.
9. Fazura setuju menggugurkan hak mutaah
10. Penjagaan akan ke Fazura tapi ada perjanjian yang akan dipersetujui bersama
11. Fatima adalah benda yang sangat Fattah kesalkan yang mana anak terpaksa menerima situasi ini. Fatima nak daddy balik rumah, dia nak mommy daddy. Fattah terpaksa tipu kata Daddy work. Fattah kesal terpaksa tipu anak camtu.
12. Family mertua Fattah ko komen
13. Fattah redha dengan kadak dan kadar.
14. Pujuk ni tak jadi kalau sebelah pihak kata Fattah.
15. Fattah sayangkan Fazura sebagai insan yang pernah ada dalam hidupnya.
16. Fattah bermati matian menafikan kes curang dan tanggung la dosa menfitnah dia curang
17. Fattah kata dia hanya mendiamkan diri sebab perkara sebegini tak sepatutnya dimainkan di sosial media. Ini hal perkahwinan yang sepatutnya perlu diselesaikan bersama suami isteri. Saya tak faham kenapa benda ni melibatkan RAMAI PIHAK termasuklah media.


KOMEN EKSTRA DARI FATTAH:
SAYA TERPAKSA LEPASKAN DIA. ADA BENDA2 YANG SAYA TAK BOLEH BERITAHU TAPI SAYA TERPAKSA CERAIKAN DIA.

KOMEN LAWYER FATTAH
1. Kedua belah pihak hendaklah menjaga aib tidak memburukkan dan menyebarkan fitnah antara satu sama lain
2. Lawyer nasihati Fattah jangan beri apa apa statement yang melanggar perjanjian. Masing2 ada alasan masing2.
3. Lawyer dan anak guam perlu menilai apa kenyataan yang dikeluarkan fazura tadi.
4. Terserah kepada Fattah untuk ambil tindakan sekiranya berlaku tohmahan
5. Kita terikat dengan bidang kuasa mahkamah. Awlau apa pun terma perjanjian direkodkan, ada perkara yang diluar bidang kuasa mahkamah rendah. Terma berasingan akan direkodkan di mahkamah tinggi. Hari ini perkara yang direkodkan adalah nafkah edah, nafkah anak, isu mutaah yang mana fazura menggugurkan hak tuntutan tersebut.
6. Tak ada isu tunggakan nafkah antara satu sama lain, dua dua dah bersetuju dan tak perlu disebut lagi. Dalam mahkamah benda tu dah SELESAI.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk Abdul Fattah,

Semoga dapat coparent bebaik dgn kakafaz. Semoga tidak melupakan tggjawab kpd Nyamma juga.

Honestly as ur fan but no so fan, artis mcm u tak sesuai nak stay eklusif dan memilih projek. U kurengg berbakat, tak macam SK and sederet artis2 muda sekarang. Even ai can hadam lakonan artis baru dibandingkan dgn u. Stay eklusif ni sesuai utk artis yg berbakat papan atas u, while u depends solely based on ur popularity only to attract crowd. So sekarang, silalah fly high Abdul Fattah. Mungkin the more u berlakon, the better u can be. Silalah berdiri atas bakat sendiri dan tidak lagi dibayangi kakafaz.

Utk kakafaz

Ai believe it took a lot of courage to come to this decision. Takde wanita yg berkahwin utk bercerai. But somehow along the marriage maybe u've experience something yg buat u rasa perkahwinan ini tiada lagi sifat sakinah, mawaddah dan warahmah. Maka, mungkin penceraian ini adalah jawapannya so that both of you can move forward to be the better version of urself towards your daughter, family and friends.

Ai will always support you, genuinely. Ai admit, after u kawen dgn abdul, ai dah jarang ikut updates and project u because ai think u finally at the right hand and can rest after everything u have been through and living happily ever after.

But kita hanya mampu merancang namun Allah swt adalah sebaik2 perancang. Dia Maha Mengetahui apa yg lebih baik utk kita. Tugas kita hanyalah utk melakukan yg terbaik selebihnya kita bertawakal dan serahkan pada Allah swt.

Ai hope after this, u can coparent baik2 dgn abdul. Stay classy means jangan disebabkan permasalahan korang, anak menjadi mangsa. Stay classy means buruk manapun sifat seorang suami tapi itu tidak bermakna dia tidak mampu menjadi seorang bapa yg baik dan kita memahami hakikat itu maka kita tidak mengehadkan perhubungan mereka.

Kakafaz, as ai said before, MASA itu tidak mampu menyembuhkan LUKA tapi utk sembuh, sesungguhnya kita memerlukan MASA. Maka, carilah seberapa banyak masa yg diperlukan utk menawar kesakitan dan sesungguhnya penawar sebenarnya hanyalah pada Allah.

Fattzura fan signing off ~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah wainna ilaihi rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun,, moga kebajikan Fatima terjaga elok,,, goodluck for both Fazura n Fatah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak follow benang sis ni
Mohon hapdate terkini di sini ye
Tak dan nk catch up benang2 lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak follow benang sis ni
Mohon hapdate terkini di sini ye
Tak dan nk catch up benang2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjanjian tu buat style mcm mana? Matikan setem segala bagai ke apa? Apsal fazz keluarkan statement plak kat press? Kira dah langgar perjanjian ke apa? Kamikaze betul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 12:23 PM | Show all posts
Kesian Fattah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai nak tau satu je, kereta tu betul2 hadiah ke atau ansuran bulanan? Atau beransur selepas accident dgn skandal
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tengok bukti curang tu dulu..itupun kalau betul ada la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:31 PM | Show all posts
mula2 kesian kat fazz. tp dah dengar side fattah terus ku flip hair ngan fazz.. mende ko nak hah pompuan? dah cerai move on jelaa. nk aibkan ex plak.. pas tu sendiri play victim. ye maybe fattah pon ada salah. tp ko tu dah umur 40 kot.. lg matang utk pikir
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Booooooooo fazura, kenapalah fattah tak teruskan file nusyuz tu, org mcm ni tak boleh bawa bincang,  skg fattah yg kena game.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:31 PM | Show all posts
mula2 kesian kat fazz. tp dah dengar side fattah terus ku flip hair ngan fazz.. mende ko nak hah pompuan? dah cerai move on jelaa. nk aibkan ex plak.. pas tu sendiri play victim. ye maybe fattah pon ada salah. tp ko tu dah umur 40 kot.. lg matang utk pikir n buat keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkn dh lama Faz menjeruk perasaan. Bila ada isu curang ni mmg die meletop lah.

Curang dlm awal bulan Ogos. Agak baru jugak tu tp kalu biar lama2 mmg mkn hati.

Laki ni kebanyakkan nya mmg sejuk beku. Tak tau pujuk. So bila kahwin expect nk dia berubah mmg susah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Patah sekali dgn peguam kena game dgn NPD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sekelip mata je aib duda dilondehkan
duda dah mmg sedia busuk dia buat so now lagi busuk
nextttt nak tau jugak apa aib faz tu. londehkan lah jugak mana boleh sorang je aib kan

ni dah balik dari court dah ada ke kata2 "nurkilan" hitan putih dari faz kat igs mcm hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress lah aku selow nak bukak.kitonyo nak baco jo
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ni ke sambungan dari thread sebelah yg dah katup.. apapun i root for Fattah solely because he wasnt the one yg start the drama & banyak tutup mulut utk "kesejahteraan Fatimah"
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul lah. Sah je cerai terus bukak aib. Tak sekufu dari segi harta ni. Kalau dari segi iq , si fazura tu jauh ketinggalan bertiang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.288445 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list