View: 16725|Reply: 25
|
[Dunia]
Raja Sepanyol dibaling lumpur, telur
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 5-11-2024 02:03 AM
PAIPORTA, VALENCIA: Ratusan penduduk di sini, bertindak mencemuh dan melemparkan lumpur dan telur ke arah Raja Sepanyol, Raja Felipe VI ketika baginda turun padang meninjau keadaan mangsa banjir.
Kemarahan yang tidak dapat dibendung kerana bantuan lewat diterima sehingga meragut lebih 200 nyawa menyebabkan penduduk melemparkan lumpur dan telur ke arah Raja Felipe dan Ratu Letizia.
Tidak cukup itu, Raja Felipe juga berhadapan dengan laungan “pembunuh” ketika melawat Paiporta yang dilanda teruk, bersama Perdana Menteri, Pedro Sanchez dan Gabenor wilayah Carlos Mazon apabila penduduk tempatan menuduh pihak berkuasa gagal menguruskan bencana alam yang paling teruk pernah berlaku itu.
Selepas mereka bergambar, orang ramai mula melemparkan penghinaan kepada Raja Felipe, Mazon dan Sanchez.
Baginda juga berhadapan dengan kemarahan kerana didakwa “lewat turun padang” selepas empat hari bencana melanda.
Orang ramai turut bersesak mendekati raja apabila anggota pasukan keselamatan membuka payung untuk mencuba dan melindungi baginda daripada diserbu.
Ketika berhadapan dengan seorang penduduk, Raja Felipe tetap tenang dan menurunkan payungnya untuk mendengarnya ketika polis bergelut untuk mengawal mereka yang berkumpul.
Permaisuri Letizia juga bercakap dengan penduduk yang sukar mengawal kemarahan.
Pasukan media sosial pejabat diraja berkongsi hantaran video yang merakamkan akis raja dan permaisuri memeluk penduduk yang kecewa dan menenangkan mereka.
Seorang lelaki jatuh menangis ke dalam pelukan raja dan dalam rakaman lain, Raja Felipe dilihat memeluk dua wanita yang sedang menangis.
Berhadapan cemuhan dan kemarahan rakyat dari dekat merupakan perkara luar biasa bagi seorang Raja Sepanyol untuk menghadapi kemarahan yang begitu hebat dari dekat.
Raja Felipe merupakan tokoh yang popular dan menaiki takhta selepas ayahandanya berundur.
Kemarahan penduduk itu sebetulnya ditujukan kepada Mazon dan Sanchez, yang lebih awal meninggalkan lokasi walaupun Raja Felipe berkeras untuk terus berada di kawan bencana sekalipun berlaku huru-hara.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skurang2nya hantar lah bantuan penyelamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 4-11-2024 01:39 PM
Sebaliknya dan ini X masuk akal di jaman modern sekarang ini ...Raja-raja melayu yang X jelas asal-usulnya dan benefitnya bagi rakyat Malaysia masih saja terus DISEMBAH-SEMBAH dan DIPERTUAN oleh rakyatnya hingga kini .. Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Life is hard leni.
Hada monarki pn 'boreh' tehtap kena beli sendiri.
Jd bencana alam bukan monarki ganti reta baru.
Monarki tunjuk muka nk jenguk² pn selayaknya kna baling selut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 4-11-2024 02:55 PM
Cash la buat ummah yg x pecaya global warming...pasni boleh smbung tebang pokok dgn gondol bukit, tgk bala apa plak yg dtg.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak berani komen |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa lah raja sepanyol tak berpakaian seperti raja zaman 1760 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Imejinlah exgong, diana, jagong, jogong kena baling lumpur. Tak lupa topui.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana satu rajanya cuba buat bulatan merah
|
|
|
|
|
|
|
|
yg aku baca kt reddit, tak berlaku pun kejadian lempar tanah tu. instead masa ni raja je yg berani turun, PM adun lain suma tak turun. rakyat spain marah kenapa takde warning akan berlaku banjir. pastu manipulate data orang yg terjejas. dgr citer ada satu mall tu terkepung habis, tak tau la brape bilangan org yg terperangkap dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 4-11-2024 04:25 PM
tak berani komen
"........Muka ni juga yg nk kena pi bantu banjir kedah" |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 4-11-2024 04:58 PM
Imejinlah exgong, diana, jagong, jogong kena baling lumpur. Tak lupa topui.
Topui dgn bini dgn minah dgn laki Danish dia
Bini Topui mngkn tak kekoklah sbb asal kg tapi minah dgn laki tak tau lah mcm mn |
|
|
|
|
|
|
|
yg tengah berjanggut putih tu.. waktu muda die antara royal family dari europe yg ensem.. lg ensem dari prince william.. aku ingat waktu taun 2004 camtu die kawen
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar dr sultan pahang dan isterinya..awal2 turun padang siap masakkan lauk semua
Belakang tu cerita lain
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya rakyat, ramai kot mati
iols baru je baca, ramai lg kot mangsa mati tak dijumpai. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
laki minah asal anak orang kaya ke..rasanya tak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|