View: 39576|Reply: 318
|
[Tempatan]
Vivy, suami bakal didakwa di makamah
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 4-12-2024 01:57 AM
Update:
KUALA LUMPUR- Pengasas platform e-dagang, FashionValet iaitu Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Khamis ini.
Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada media, hari ini
KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, Bahagian Perakaunan Forensik ketika ini sedang menyemak kira-kira 50 hingga 60 kotak dokumen berkaitan syarikat tersebut dan laporan akan diserahkan pula kepada Bahagian Siasatan.
Setakat ini, beliau mengesahkan pasangan pengasas syarikat berkenaan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tidak direman, tetapi hanya memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Jadi pada petang ini siasatan setakat ini merumuskan terdapat transaksi akaun yang dikira meragukan daripada syarikat Maple 30 dan beberapa phak lain daripada mereka yang disiasat ini, dan kita juga berjaya kesan beberapa transaksi kewangan yang mencurigakan.
“Ini bermula dari 2018 hingga 2023. Semakan lanjut bahagian siasatan forensics accountingmasih diteruskan terhadap dokumen. Kita lihat kepada aliran punca kewangan, kemana wang itu dibelanjakan bagi melihat adakah terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain dengan penipuan atau fraud,” katanya lagi.
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Beliau turut berkata, kedua-dua individu tersebut juga perlu menerangkan tentang barangan mewah yang dipaparkan di laman media sosial mereka sebelum ini, bagi melihat hubungkait nilai barangan tersebut dengan dana pelaburan yang diperolehi.
Terdahulu, Vivy ilihat meninggalkan bangunan SPRM sekitar jam 4.05 petang.
Namun, suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tidak menaiki kenderaan tersebut, dipercayai masih berada di dalam bangunan.
Tinjauan media mendapati, turut menaiki kenderaan bersama Vivy ialah peguamnya dan seorang pegawai SPRM.
Selain itu terdapat dua lagi kenderaan dipercayai membawa beberapa lagi pegawai SPRM turut mengiringi kenderaan Vivy.
Sumber SPRM memaklumkan Vivy telah kembali ke bangunan SPRM untuk menyambung sesi keterangan pada jam 8.15 malam, sebelum dijangka selesai sekitar jam 10 malam.
Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi menyambung sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd berjumlah RM43.9 juta.
Mereka tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM sekitar jam 2.30 petang menaiki sebuah kenderaan SUV berwarna hitam.
Untuk rekod, hari ini merupakan hari ketiga pasangan tersebut dipanggil pihak SPRM bagi membantu siasatan, yang dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri tersebut akan hadir pada pukul 10 pagi hari ini, namun telah ditunda ke jam 2 petang.
Pada 6 November, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berkotak2 ujung2 senyap berlalu senipus kabus genting highland. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat rugi betahun-tahun tapi beg mahal berpuluh-puluh..
usahawan spt ini sepatutnya tak boleh dipercayai... kuat joli |
|
|
|
|
|
|
|
pehtu acik vevek launch duck umrah ka duck haji collection
berbondong2 dakies menjerit2 i want i want i want...
suchi murni bak kain kapan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dana awam TAPI buat mcm duit bapak sendiri
FaVISH |
|
|
|
|
|
|
|
ni la sebenar2 definition golonngan maha kaya, meh meols jual pantun 2 kerat
bisnis udah la bertongkat,
bila rugi, rakyat bail out
rakyat dipotong sabsidi sana sini
utk puak2 ni berjoli dan berparti
ada sesapa nak beli?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 8-11-2024 08:35 AM
caling caling acik @cm_vungtau
Sangkut ni sis. Confirm |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 8-11-2024 08:46 AM
ni la sebenar2 definition golonngan maha kaya, meh meols jual pantun 2 kerat
bisnis udah la bert ...
Ikan kekek ikan duri,
Dimasak sedap digulai kari,
Orang bekerja kamu berparti,
Ke dalam sana nyah kau pergi.
Agitteww |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah Tok Padza dengan Tinvy kan golongan educated. Kalau masuk penjara pun tak sia2. Boleh buat kelas Bahasa Inggerish kepada kawan2 dalam penjara. Tinvy boleh tulis buku the second decade. Think positive Tinbo and Tokza |
|
|
|
|
|
|
|
Both will be released la, duckies yang sunyi sepi sekarang akan mula jerit see we told you she is innocent hhahahah and acik forum akan digelar tukang fitnah
on the other side, her best friends till jannah semua senyap saja, tak ada solidarity posts ke we are friends till jannah and will support you forever ke. only asma for a short while |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 8-11-2024 09:52 AM
Tak mungkin tak sangkut la. At least part yang FV beli Duck for 95 million tu patut sangkut. Tak ke conflict of interest tu?
Handbag semua tu dia boleh kasi alasan utk social media marketing. Yang dia pergi beli company sendiri tu rasanya yang Azam Baki cakap mencurigakan |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 8-11-2024 09:30 AM
Tak mungkin tak sangkut la. At least part yang FV beli Duck for 95 million tu patut sangkut. Tak ke ...
Patutnya kita doa²kan sangkut je la...biar makbul doa kita di hari jumaat ni. Nak sgt dua mahkhluk x tau malu ni masuk penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 8-11-2024 09:53 AM
Cemana la Khazanah dengan PNB boleh tutup mata bila dia beli company sendiri? Disappointing sungguh negaraku |
|
|
|
|
|
|
|
Mod izinkan saya crosspost album kenangan dengan fazaruden vivyip lavish please
Dior bag with sarah baby geran 3 name on it. Takleh prelovekan pls take note sprm.
Baby geran burberry skirt
H blanket.
Dior stroller
Smuggle luggage
Covid pun ada baby H
Dan kita masih tak lupa bukan dengan ratus ribu baby geran haul
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukti acik vivyip dan fazaruden suka dihiasi bag bag hanya top tier luxury designer dan alang alang beli satu jenis tu, ambik je lain lain kaler senang shopping sekali harung tak payah pergi London banyak kali. (Tapi pergi banyak kali jugak actually)
Bag Dior ni setiap baby geran ada satu tak silap, siap nama masing masing
Untuk letak diapers baby je. Humblebrag queen kan
Subtle humblebragging, I dah letak birkin kaler putih, blue, n ash grey, now hitam pulak. Dan brown.
Ni hermes tapi takyah beratur build rapport dgn SA H. Model apa tah. Byk kaler jugak dia ada ni
Cukup besar tak H?
That H in diff color
Dior metallic ni pun ada a few color jgn risau
Black, silver, maroon.
This also dior
in black
In pink
Lv, alma dia tak minat sgt kot, lady Dior ada in few if not all sizes n colors. But most importantly sakit belakang but make it lv slip on hehe. Humble kan bragging nya
Lv monogram of course in all sizes n model but some of them luggages
Now that I buat list ni, didn't see much gucci. Byk dah delete ke? Notice the H selipar
Ada in diff color dont worry
Botegga venetta pun tak banyak
I ingat dulu ramai pakai bv clutch, royalty la. Dia pun ada juga satu?
Tee anak gucci, shoes Chanel
|
|
|
|
|
|
|
|
Acikpor dah cincot lum gambar2 luxury items tu? Takkan Tinvy dengan Tokza takde PA nak suruh delete semua gambar2 tu? Nak tunggu Tinbo and Tokza delete dah hari ke 4 ni berkampung kat SPRM |
|
|
|
|
|
|
|
nirman replied at 8-11-2024 09:12 AM
Both will be released la, duckies yang sunyi sepi sekarang akan mula jerit see we told you she is in ...
Teringat plak kata2 penjilat tegar Bosscow masa kes 1MDB mula2 masuk court… |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|