View: 15370|Reply: 33
|
Malaysia dijangka berdepan lebih 80,000 kematian akibat jangkitan AMR menjelang 2030 - Menteri Kesihatan
[Copy link]
|
|
LEBIH 80,000 rakyat Malaysia dijangka berdepan dengan risiko kematian akibat Kerintangan Antimikrob (AMR) atau dipanggil jangkitan 'kuman super' menjelang 2030, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menteri Kesihatan berkata unjuran tersebut dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan langkah intervensi perlu diambil untuk menangani ancaman berkenaan.
Dr Dzulkefly berkata angka itu adalah berdasarkan laporan WHO melalui kajian yang dijalankan oleh Pejabat Serantau Pasifik Barat (WPRO).
"Sebagai contoh, data unjuran meramalkan 87,000 kematian di Malaysia akibat AMR antara 2020 dan 2030 daripada 33 juta penduduk.
"Seramai 296,581 orang diunjurkan mati akibat jangkitan AMR di Vietnam daripada populasi 98 juta dalam tempoh yang sama," katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia (WAAW) 2024, di Putrajaya pada Selasa.
Beliau berkata, rantau Pasifik Barat akan menyaksikan kira-kira 5.2 juta kematian akibat jangkitan AMR menjelang 2030.
Dr Dzulkefly menegaskan, AMR bukan sahaja boleh menyebabkan kematian tetapi juga memusnahkan ternakan dan ekonomi negara.
Beliau berkata WHO juga mengunjurkan rantau itu akan mengalami kerugian ekonomi kira-kira RM662 bilion (AS$148 bilion) akibat kes AMR sekiranya tidak dikawal, sambil menambah, kesedaran dan pendidikan adalah penting dalam meminimumkan peningkatan jangkitan tersebut.
Bagaimanapun ujar beliau, Malaysia telah mengambil langkah proaktif melalui Pelan Tindakan Kerintangan Antmikrob Kebangsaan 2022-2026 yang memberi tumpuan meningkatkan kesedaran dan pendidikan, memperkukuh aktiviti pengawasan dan penyelidikan, meningkatkan pencegahan dan kawalan infeksi, serta mempromosikan penggunaan antimikrob secara bertanggungjawab.
Sumber - - The Star |
|
|
|
|
|
|
|
Negara mana pula jadik agen anti mikrob kali ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa arwah mak i kena jangkitan paru2 doc pun tak dapat sahkan kuman apa.kejap kata tb kejap kata bukan..tiber di sumbat ubat tb padahal tak pasti kuman apa. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat hujung 2024 dah berapa orang mati kena jangkitan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Soooo?
Dh ada vaksin utk dicucuk la kn |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin ke depan, semakin kompleks virus jangkitan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Weh apa pulak nih weeeehhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 20-11-2024 08:39 PM
Masa arwah mak i kena jangkitan paru2 doc pun tak dapat sahkan kuman apa.kejap kata tb kejap kata bu ...
Macam mana depa decided nak bagi ubat tibi? Mmg ada simtom ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
VitchyPinkVitch replied at 21-11-2024 01:11 AM
Macam mana depa decided nak bagi ubat tibi? Mmg ada simtom ka?
Dah ambil sample kahak dan bt ct scan tak dpt detect pun kuman apa..doc decide bg ubat tb sbb katanya sblm ni ada pesakit mcm mak i dah sembuh lps di bg mkn ubat tb
sempat la mak i telan sekali je ubat tu sblm meninggal keesokannya.
mak i tak de batuk yg kronik pun.cuma demam on off dalam masa sebulan tu..antibiotik paling kuat pun tak dpt clearkan kuman2 tu.siap dapat serangan kuman yg ke 2...makna kata mmg kuat la kuman2 tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
the mother earth is dying..! |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 20-11-2024 10:02 PM
Soooo?
Dh ada vaksin utk dicucuk la kn
X payah vaksin dek. Ni kategori superbugs. Anti biotik jew..google je lah!
jdik la nurtizen cerdik sket kne tanye soklan nk kena spoon feed. |
|
|
|
|
|
|
|
Hospital sekolah tempat public himpunan org ramai mesti kena dulu |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit bawaan warga asing haram ke? |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit bawaan warga asing haram ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mrk dah rancang kite je lalai huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
daya ketahanan manusia semakin lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm br nampak kat ig. Sorang influencer acah2 terpaling farmer ni. Rilek je galakkan org beli antibiotics kat farmasi yg x strict atau kat shopee bg kat ayam sendiri bila sakit. Dia ni bukan ada degree pertanian atau penternakkan. Jenis belajar sendiri2...pastu elokla . hari2 kutip telur ayam2 yg dia da abuse antibiotics tu. ..masuk perut sendiri n jual kt org2 kampung. Manalah x jadi antibiotics resistance |
|
|
|
|
|
|
| |
|