CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 30445|Reply: 43

‘Roadtax’ dan lesen fizikal kembali tahun depan, ada bayaran tambahan – Kementerian Pengangkutan

[Copy link]
Post time 20-11-2024 10:52 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya mereka ingin mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.


Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.


Ini kerana kata beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.


“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.


“Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.


Dalam pada itu, Loke memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.


“Dari segi transaksi orang yang memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka pula mencecah lebih 1 juta transaksi manakala jumlah kutipan MyJPJ ini pula setakat 31 Oktober pula mencatat hampir RM121 juta,” ujarnya.




Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 11:25 PM | Show all posts
entoh.. aku lagi suka tak nampak

lepas bayar, dapat resit. check system ok. jalaannn

kalau ada fizikal pun, aku letak dalam dashboard
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lebih suka yg pelekat kat cermin kete. Sebab bila dok sedia tengok tarikh nak luput kita akan sentiasa ingat..berbanding yg kat myjpj tu, iols tak ingat last login bila. Sebab tak teringat lgsung nak masuk situ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh keh3...  Kenape aku ketawe?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiman tak kesah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 21-11-2024 01:33 AM
Eh keh3...  Kenape aku ketawe?

Sy tumpang ketawa sekali sis... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Myeg boleh senyum lega
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:41 AM | Show all posts
iouls lebih suka yang tepek kat cermin kereta tu...senang nak ingat....klu apps..lupa nak tgk weiii....bnyk benor apps dlm phone..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 20-11-2024 11:25 PM
entoh.. aku lagi suka tak nampak

lepas bayar, dapat resit. check system ok. jalaannn

Lepastu tahan suruh buka MyJPJ dengan bateri telefon dah nak kong balik dari kerja...yang suruh buka adalah Polis Trafik
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:58 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-11-2024 09:51 AM
Lepastu tahan suruh buka MyJPJ dengan bateri telefon dah nak kong balik dari kerja...yang suruh bu ...

tak boleh screenshot ke lesen,roadtax tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:01 AM | Show all posts
yg boleh lupa roadtax expired bertuah nyer korang x dapat notification dari insurans.aku sampai menyampah taudak.nyanyuk sgt ke korang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:02 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 20-11-2024 11:56 PM
Iols lebih suka yg pelekat kat cermin kete. Sebab bila dok sedia tengok tarikh nak luput kita akan s ...

me too suka yg lekat kat cermin kereta mcm dulu...senang nak ingat expiry date...kalu kena roadblock pun senang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 21-11-2024 10:01 AM
yg boleh lupa roadtax expired bertuah nyer korang x dapat notification dari insurans.aku sampai meny ...

I renew kat myeg depa rajin email sms watsapp byk kali lah haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:04 AM | Show all posts
dagusengett replied at 21-11-2024 10:02 AM
I renew kat myeg depa rajin email sms watsapp byk kali lah haha

ntahhh.aku paling benci nak lekatkan roadtax tu.baca bismillah  bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I renew kat myeg byr lebih delivery road tax dpt slip kecik cenonet
Lesen depa laminate slip so mcm tahun 2000an tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:13 AM | Show all posts
Renew bukan selalu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 10:18 AM | Show all posts
aku selaku org muda yg mewakili warga emas mahukan fizikal lesen & roadtax...kesian kt warga emas sbb xtau nk bukak apps pastu asyik lupa password apa...apa yg diorg selalu buat hulur telefon suruh cek kan utk dia...kesian warga emas
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:29 AM | Show all posts
Haritu i tgk polis pun tahan semua kereta xde display roadtax..satu hal pula kan nk kena berhenti utk check data utk confirm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
payah la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm mcm la sekarang ni aish
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.361311 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list