CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51071|Reply: 106

[Tempatan] Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?

[Copy link]
Post time 8-12-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-12-2024 12:30 AM

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang sekumpulan pelancong Malaysia yang ditolak masuk ke Korea Selatan walaupun telah melengkapkan semua dokumen termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization).

Menurut kes yang dikongsikan, pelancong Malaysia dilarang menaiki penerbangan di KLIA walaupun permohonan K-ETA telah diluluskan.

Sebaik tiba di imigresen Korea pula, dua lagi rakan mereka sangkut kerana isu yang sama.

Pegawai imigresen didakwa hanya membenarkan kemasukan dengan “orang Korea sahaja”, membuatkan pelancong dari Asia Tenggara terpaksa pulang.

Yang lebih mengecewakan, ada kes di mana tiket penerbangan pulang perlu dibeli semula dengan harga tinggi kerana tiada notis awal diberikan.

“Yang paling jahat, dia tak awalkan tiket flight tapi kena beli baru dengan harga yang sangat mahal,” jelas pengadu.

Sementara itu, lebih mengejutkan, seramai 25 orang telah dihantar pulang dalam kejadian yang sama.

Rata-rata rakyat Malaysia kini mula mempersoalkan prosedur ketat imigresen Korea terhadap pelancong dari Asia Tenggara.

Menurut laporan dari perkongsian di laman sosial, antara punca utama penolakan ialah kerana pelancong Malaysia masuk secara DIY (tanpa ejen pelancongan) atau tidak disertai oleh tour guide tempatan.

Difahamkan, imigresen Korea cenderung memberi laluan kepada pelancong yang datang melalui ejen pelancongan rasmi, lebih-lebih lagi jika membawa ahli rombongan seperti kanak-kanak atau bayi

Insiden ini menimbulkan perdebatan hangat di kalangan netizen.

Ramai mendakwa wujudnya unsur diskriminasi terhadap pelancong dari Asia Tenggara, khususnya Malaysia.

Beberapa komen menyuarakan bahawa rakyat Malaysia dilayan seperti pelarian oleh pegawai imigresen Korea.

“Orang Malaysia je jakun datang Korea ni. Sebenarnya mereka tengok kita macam sampah je,” tulis seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang menyarankan pelancong untuk mempertimbangkan Jepun sebagai alternatif kerana prosedurnya lebih mesra pelancong.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 06:49 AM | Show all posts
snjung sgt Korea tu
diorg kn racist dgn kulit tk cerah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot korea. Bukan best pun. Racist.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi kuat aku rasa kena reject di airport sebab fresh passport... Untuk yang renew perlu bawa passport lama... Or untuk 1st timer perlu collect stamp dari negara lain dahulu yang access mudah...thailand ka... Indonesia ka etc.... If malaysia banyak issue kena denied entry...
Document lain juga penting... Itinerary.. Booking.. Et.c
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa netizen malaysia perlu guna race card... Gomen korea buat bagus bagi aku... Selective...sedang kan malaysian juga benci pendatang haram tanpa ketat kan requirement untuk access ke malaysia... Free visa...
If tourist mahu visit akan buat apa saja masuk... Aku kena di untuk masuk 1 negara middle east...mahu process visa/permit di negara lain di turkey kena stay di sana for few days... And negara pro russia kena process visa/permit di UAE... Aku akan apa saja untuk dapat masuk... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 8-12-2024 07:03 AM
Lagi kuat aku rasa kena reject di airport sebab fresh passport... Untuk yang renew perlu bawa passpo ...

Serious la u akan bwk passport lama sekali angkut pi mana mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
korea is for korean people…dah acik2 gundu nk pegi sgt korea dah kenapa..byk lg negara lagi best..korea negara racist ,perasan bagus padahal semua muka fake
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat msia ni je yg sng nak mampos msk. Ko scammer ke, perogol ke, pengemis ke semua blh msk. Kerajaan kita Kasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 7-12-2024 04:12 PM
likilu replied at 7-12-2024 03:21 PM
Serious la u akan bwk passport lama sekali angkut pi mana mana


Small issue begini boleh jadi mistakes and trouble...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur dh penah jejak sanaa long2 time a go...x rasa nk repeat trip pun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 08:27 AM | Show all posts
sib baik dah pnh gi jln2 South Korea dulu dan tak ingin nak repeat pun...byk lagi negara lain yg kita bole jalan2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp teringin sgt nk pi sana?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg memuja artis2 Korea lagi akak x faham..euwwww..dah la muka alter...yuck
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:07 AM | Show all posts
Baik takyah melancong ke negara luar kalau tiada sebarang urusan penting. Ia bukannya keperluan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dah kata boikot je
bukan best sgt kimchi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang iran tak stable, rasa bab scenery shopping etc sana lagi win
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada strictttttt....


Aku gi cikcur korea 3 hari last weekend lepas je elok takde question asked...

K -eta tu pun aku apply sehari sblm fly je.. application online and approved within 30 mins je...

Dalam borang tu dia tanya je dah berapa kali travel overseas selain korea.. jawab je la elok2..

Kalo ko gi tour, tulis nama travel agent apa..

Kalo self visit DIY tak ikut tour grup.. ko tick laaa box visit tu.. tulis nama hotel ko duduk...

Sbnrnya dia tak heran pun bila ko balik... dia tak tengok pun flight balik bila... k-eta tu siap valid for 3-5 yrs
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tanye lagi knp dek? Sebab nye muka2 acik2 kepam..brader2 baju gelebah dah red alert. Masuk guna agent nk kerja haram petik kobis dek.  Kan pernah viral dulu. Muka2 wanted! Akak gi jalan2 ke St Petersburg x payah ber ejen pun dek. Tunjuk2 lurah kat abam imigresen Rusia terus dpt cop sesambil hempas2 rambut akak yg mcm model pantene ni dek. C my level?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tengok tuan2,puan2...betapa racist nya Korea..cam Swak kt negara kita...contohi la Msia(tanpa Swak)....bg jer sesapa msk dgn #SemogaDipermudahkan....walau mungkin depa korek biji mata kita.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 8-12-2024 07:24 AM
Kat msia ni je yg sng nak mampos msk. Ko scammer ke, perogol ke, pengemis ke semua blh msk. Kerajaan ...

tada kasi saiya masuk ka..mau korek mata ka???- Rohingya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 1.351409 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list