CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18768|Reply: 56

[Tempatan] 'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'

[Copy link]
Post time 13-12-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Disember 13, 2024 @ 12:20pm
Mohamed Farid Noh
[email protected]



Kuala Lumpur: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mempersoalkan mengapa premium insurans perubatan perlu dinaikkan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan, sedangkan kenaikan kos perubatan kasar hanya sebanyak 15 peratus.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu menolak secara tegas kenaikan premium insurans perubatan berlebihan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan.

Sudah tiba masanya BNM melindungi kehidupan dan kesihatan 31 juta rakyat negara ini berbanding melindungi keuntungan dan kekayaan 16 syarikat insurans hayat dan takaful.


Beliau berkata, BNM perlu menunjukkan empati sosial, tanggungjawab awam, dan belas kasihan yang beretika dalam membuat keputusan pada akhir bulan ini.


Katanya, Bank Negara telah mendedahkan bahawa syarikat insurans hayat perlu menaikkan premium insurans perubatan tahun hadapan untuk mengimbangi kenaikan kos perubatan yang besar iaitu sebanyak 15 peratus di Malaysia pada 2025, berbanding kenaikan kos perubatan global sebanyak 10 peratus dan 11.1 peratus di rantau Asia Pasifik.

"Kegagalan dalam mengawal kos oleh industri insurans hayat dan kesihatan swasta di Malaysia menimbulkan tiga persoalan tentang akauntabiliti awam untuk pengawal selia di Kementerian Kesihatan (KMM) dan Bank Negara.

"Tiga persoalan akauntabiliti awam timbul, pertamanya, mengapa premium insurans perubatan perlu dinaikkan sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun hadapan, yang jauh lebih tinggi daripada kenaikan kos perubatan kasar sebanyak 15 peratus.

"Kedua, apa sebab-sebab utama yang membenarkan kos perubatan kasar melambung dan meningkat pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara jiran serantau kita dan global.

"Ketiga pula, mengapa kegagalan dalam mengawal kos perubatan ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemegang polisi dan rakyat awam," katanya dalam kenyataan dimuat naik di aplikasi X, kelmarin.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, BNM dan KKM akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi sehingga menimbulkan banyak masalah kepada pesakit dan menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Anwar dilaporkan berkata, BNM bersama Perbendaharaan dan KKM sedang meneliti dan merangka panduan tegas untuk memastikan syarikat insurans dan pengendali takaful (MHIT dan ITO) mengambil kira pelbagai aspek sebelum menaikkan premium.

Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP berkata, terdapat kebimbangan yang nyata terhadap kegagalan pengawalseliaan BNM dalam mencegah penyalahgunaan dalam mengenakan kos perubatan oleh kedua-dua hospital swasta dan industri insurans hayat.

Katanya, kajian perbandingan kos dari 2021 hingga 2023 menunjukkan bahawa seorang pesakit denggi yang menggunakan Surat Jaminan (GL) dikenakan kos RM4,978, empat kali ganda lebih tinggi daripada kos RM1,288 bagi pesakit denggi yang membayar terlebih dahulu dan membuat tuntutan kemudian.

"Begitu juga, Bank Negara mengakui bahawa seorang pesakit pneumonia yang menggunakan GL perlu membayar RM6,859, tiga kali ganda lebih tinggi daripada RM2,654 yang dibayar terlebih dahulu oleh pesakit dan menuntut kemudiannya.

"Mengapa penyalahgunaan berulang ini dibenarkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Guan Eng berkata, tidak ada keperluan mendesak bagi syarikat insurans hayat untuk menaikkan premium insurans perubatan mereka secara besar-besaran apabila mereka mencatatkan pertumbuhan keuntungan yang sihat.


Katanya, menurut Bank Negara, keuntungan keseluruhan bagi dana insurans hayat dan takaful keluarga adalah lebih tinggi pada separuh pertama 2024 iaitu RM8.4 bilion, lebih dua kali ganda berbanding keuntungan mereka pada separuh kedua 2023 iaitu RM3.2 bilion.

"Mengapa syarikat insurans hayat dibenarkan memperoleh lebih banyak keuntungan daripada pendapatan yang diambil daripada rakyat Malaysia yang bekerja keras dan berdepan dengan tekanan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BN Barang Naik
PH Peningkatan Harga

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 02:44 PM | Show all posts
yang ni aku setuju dgn lim
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat mampu bayar..x pe naik. B40 p je hospital gomen. Diesel naik pun ok je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
My Salam kirim salam
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi KPJ tue untung byk jgk kan? Tahun nie paling untung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2024 06:58 PM | Show all posts
Setiap perniagaan akan mahu kekalkan paras keuntungan. Barulah nampak bagus di mata pelabur. Setiap kenaikan mereka tak mahu absorb,pass kepada pelanggan. Dunia kapitalis ni expect infinite growth. Revenue dan profit kena naik setiap tahun. Padahal benda ini tidak munasabah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 07:17 PM | Show all posts
tp tahu ni iols puas hati, claim almost 110k utk operation...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
KPJ tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:27 AM | Show all posts
s@s@ replied at 13-12-2024 02:44 PM
yang ni aku setuju dgn lim

pandai game dia

kononya

belajar dari yahudi

dia rogol then dia selamatkan.W0W
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 05:15 PM | Show all posts
"penyalahgunaan" tu siasat la.

Adakah hospital tipu? Saman.

Adakah insuran bersekongkol dgn hospital dgn mengenakan rebate dan timbal balik dgn mark up oleh hospital? Lempang kedua2 sekali.



kau tu gomen.

Fucking govern la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 06:03 PM | Show all posts
Aku pun kena... Naik kan premium aku tanpa bgtau aku. Takder surat , sms etc...Aku buat potongan debit. Lepas 2 tahun baru sedar aku tertunggak bila aku pi check online..
Tu la cara diaorg
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:47 AM | Show all posts
nafizzz replied at 16-12-2024 06:03 PM
Aku pun kena... Naik kan premium aku tanpa bgtau aku. Takder surat , sms etc...Aku buat potongan deb ...

sekadar berkongsi apa yg berlaku pada tahun 1999/2000.

Disebabkan kebodohan pengurusan risiko syarikat insuran tu sendiri (terciduk dgn Asian Crisis 1998), ada syarikat insuran yg telah memanjangkan tempoh premium sehingga setahun kpd pemegang polisi hayat yg sepatutnya matang ketika itu.


Si pelanggan bayar tiap2 bulan selama 20 tahun. Dengan kenaikan berkala.
Cukup 20 tahun patut dapat payout dah la tak dapat duit, kene bayar lagi setahun pulak.



betapa SIALnya susur galur syarikat insuran di malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:56 AM | Show all posts
insurans untong berbiliyun.
baru korang sedar scam ker?

ingat insurans company saja suke2 boleh naik kan premium?
mesti ler kelulusan bank negara.
at the end, duit sampai ke gomen
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:30 AM | Show all posts
tu laa...lepas tu nampak ejen insurans kena sponsor makan angin luar negara ye..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Insurans tu haram diambil, yang takaful baharu halal, takaful Malaysia, berlandaskan hukum syarak, berprinsipkan al-mudhorobah, berkongsi untung bersama, al-murobahah eh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 10:10 AM | Show all posts
kasibiman replied at 18-12-2024 08:47 AM
sekadar berkongsi apa yg berlaku pada tahun 1999/2000.

Disebabkan kebodohan pengurusan risiko syar ...

Bukan main canang lagi cakap actuarial science tu bidang paling susah dalam dunia, mengalahkan rocket surgery. Yang ambik pun kira paling pandai la tu kononnya. Sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 11:03 PM | Show all posts
kasibiman replied at 18-12-2024 08:47 AM
sekadar berkongsi apa yg berlaku pada tahun 1999/2000.

Disebabkan kebodohan pengurusan risiko syar ...

Betul apa you ckp. Tiada pengawalan dari pihak kerajaan. Maka syt insuran berleluasa. Bila dh kantoi untung berbillion, baru skg kerajaan nak beri perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 12:13 AM | Show all posts
kalau la arwah raja fomula ada lagi.....
mesti tak jadi mcm ni.....


HUHUHUHUUHUHU
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x naik, mcmne agent nak flex kereta mewah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.089895 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list