Edited by maklukpenggoda at 23-12-2024 04:57 AM
Pengurusan Universiti Malaya (UM) digesa memperketat polisi gangguan seksual setelah seorang profesor didakwa berkongsi gambar bogel diri sendiri dengan pelajar.
"Menurut sumber pelajar tanpa nama, profesor itu mempunyai sejarah dakwaan gangguan seksual dan telah dilaporkan oleh pelajar sebelum ini.
"Seorang pelajar yang tidak mendedahkan nama mengesahkan bahawa profesor itu telah dilaporkan sebelum ini, tetapi tiada tindakan diambil kerana kedudukannya yang berpengaruh dalam jabatan itu," kata Kelab Feminisme UM (UMFC).
Malaysiakini telah menghubungi UM dan profesor itu dan sedang menunggu penjelasan mereka.
‘Sempat dipamer di sekitar kampus’
Sementara itu, UMFC dalam kenyataan hari ini juga mendakwa, gambar itu dicetak dan dipamer di sekitar kampus sebagai tanda amaran buat pelajar lain tetapi diturunkan tidak lama selepas itu.
UMFC juga mendakwa bahawa beberapa profesor lain cuba melindungi profesor itu.
Katanya, terdapat profesor lain daripada fakulti sama yang menghantar e-mel kepada beberapa pelajar dengan menyifatkan kejadian itu sebagai “balas dendam”.
Sementara itu, UMFC berkata bahawa pihak pengurusan UM perlu memperketatkan polisi gangguan seksual.
"Sebelum ini, UMFC menyerahkan memorandum kepada universiti berkenaan dasar antigangguan seksual, tetapi universiti itu menolaknya, mendakwa dasar sedia ada adalah mencukupi dan menuduh pelajar berpotensi menggunakan dasar itu untuk menuduh orang lain secara palsu.
"Insiden baru-baru ini, bersama-sama dengan percubaan profesor untuk memintas kod etika, menunjukkan bahawa dasar semasa tidak berkesan," katanya.
Dia mengingatkan bahawa pelajar boleh mengenal pasti dengan tepat pesalah dalam jabatan tertentu bagi menyelesaikan sesuatu aduan dengan segera.
"Dasar-dasar itu tidak seharusnya menjadi formaliti semata-mata, dan universiti tidak seharusnya menghakis lagi kredibilitinya yang sudah berkurangan," katanya.
MalaysiaKini
|