CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 43305|Reply: 31

Pemandu Mercedes terbakar langgar lari penunggang motosikal mengaku tidak salah

[Copy link]
Post time 18-12-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode
  





KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta Mercedes-Benz yang tular dalam kes langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SPE) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Bagaimanapun tertuduh, Sum Kah Fei, 34, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.





Mengikut pertuduhan pertama, peniaga itu didakwa memandu secara melulu sehingga berlaku pelanggaran dengan sebuah motosikal sehingga menyebabkan Muhammad Nur Faiz Saini @ Ausaini mengalami cedera parah.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Lebuh Raya SPE dari arah pusat bandar ke Plaza Tol Wangsa Maju, di sini, pukul 12.35 tengah hari, 15 Disember lalu.


Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa gagal menghentikan kenderaannya selepas terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang mangsa pada tempat, waktu dan tarikh sama.


Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama Seksyen 119(1)(a) akta sama yang boleh dihukum denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahjiman yang menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.





Bagaimanapun peguam Quek Kia Ping yang mewakili tertuduh merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya itu sedang mengalami masalah perniagaan selain perlu menanggung keluarga.


Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Majistret Haneefa membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan.


Tarikh 24 Februari ditetapkan sebutan semula kes.


Sebelum ini Kosmo! melaporkan polis menahan pemandu kereta jenis Mercedes-Benz yang disyaki terbabit dalam kes langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal di Kilometer (KM) 18, Lebuh Raya SPE berhampiran Plaza Tol Chan Sow Lin, di sini.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, nahas pada pukul 12.35 tengah hari itu menimpa lelaki berusia 34 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Vario 160 berwarna perak.


Terdahulu Kosmo! turut melaporkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz 450 musnah dalam kebakaran di Kilometer 18, SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju.


Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.38 tengah hari. Kebakaran menyebabkan kenderaan itu musnah sepenuhnya pada bahagian enjin..


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kad OKU tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xde video ni confirm polis xcari kan..sah2 laaa semua kena rakyat viralkan dulu baru masing2 ada akal...

Lemmahhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana erk kete dia leh terbakar tiba? padahal Mercedes.. mmg kene balasan direct cash terus ke??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa bagi jamin pulak, macam bangang je undang2.. dia tu langgar orang, dan LARI!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kesalahana trafik kat msia ni sikit beno hukumannya even mangsa mati skalipun plg2 penjara bbrp thn+denda x setimpal betul.
cuba buat mcm thai nun, kalau didapati bersalah fmly mangsa blh tntut gantirugi sampai togel la.
ini kalau fmly mangsa berduit psg loyer baru la blh tntut itu ini tu pun tolak duit loyer brp sen sgt dptnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 18-12-2024 07:49 PM
kesalahana trafik kat msia ni sikit beno hukumannya even mangsa mati skalipun plg2 penjara bbrp thn+ ...


Family i dulu adik i accident dapat pampasan dalam 100k. Lawyer fee 10k.
Court akan buat calculation based on beberapa benda, umur, kerja mangsa, contribution pada family macam tu.
Kalau accident cacat kekal pampasan lg tinggi.
Dan family tak bayar apa2 sampai menang kes, lawyer ambik dari pampasan tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 18-12-2024 07:06 PM
mcm mana erk kete dia leh terbakar tiba? padahal Mercedes.. mmg kene balasan direct cash terus ke??  ...

Ada terbaca haritu kereta modified.. Ada lah tu short memana jadi terbako, banyak je kes kereta modified terbakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada masalah business tu kau punya taik management lah. Ada masalah business tapi boleh lagi melaram mercedes. Tapi kan, kalau dia hilang kelayakan lesen tu kan.. lepas 5 taun, dia kena sit for driving class balik ke utk dapatkan lesen balik?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:44 AM | Show all posts
orang jawa kata, kualat!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kita dah berhati2 di jalan taya, dtg orang yg reckless, x pasal2 kita yg jadi magsa..sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:18 AM | Show all posts
ada bawa barang terlarang dalam kete ke sbb larikan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:22 AM | Show all posts
padam muka
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
The power of dashcam and cctv. Kalau tidak cuma terpaksa mengharap malaikat pencatat dosa pahala sahaja. Lambert lagi lah nak jatuh hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nono86 replied at 18-12-2024 07:40 PM
Dah kenapa bagi jamin pulak, macam bangang je undang2.. dia tu langgar orang, dan LARI!!

Langgar lari tu sebab orang tak nampak. Lari dari bail ni next level. Orang biasa tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 18-12-2024 11:20 PM
Family i dulu adik i accident dapat pampasan dalam 100k. Lawyer fee 10k.
Court akan buat calculati ...

iyerr kene psg loyer la jugak kan?
arwah ayah iols, kazen iols (cedera parah), kwn hsbd (cacat kekal) semua ni psg loyer utk dpt pampasan.
i wonder kalau yg takde duit org2 kg kdg loyer pun takdak approach, so caner?
kes kwn hsbd masa study kene mujur ada loyer yg approach (kes kuat confirm menang). so mcm adik u la, dpt pampasan tolak loyer fee (still kene byr bkn probono) dpt byk ok la.

***tapi tatau la kot ada je kejadian yg mmg mangsa terus dpt pampasan lepas court jatuh hukuman kat pesalah tu, stakat tarik lesen+denda/penjara utk kesalahan sampai mencacat/membunuh org lain sgt la tak wajar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 09:02 AM | Show all posts
syamzana replied at 19-12-2024 12:39 AM
iyerr kene psg loyer la jugak kan?
arwah ayah iols, kazen iols (cedera parah), kwn hsbd (cacat kek ...

pengalaman iols waktu kena langgar time melintas jalan di lintasan pejalan kaki, lps keluar wad gi buat report, io tu terus bg no lawyer,,iols x ambil tahu apa2 pun tgk2 dalam masa setahun kot, dpt pampasan 12k...tu sebab ibu jari retak,.,

adik sepupu iols pula kena langgar, sampai koma, then cacat kekal mata sebelah x nampak, pun dpt pampasan 300k...tu pun lawyer yg io juga kenalkan..semua keje lawyer buat..makcik iols x byr apa sb lawyer fees dah ambil dari pampasan

iols rs kalau accident tu ada kes yg boleh menang, IO kat balai tu depa ada kaki lawyer2 juga...


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
cycra replied at 19-12-2024 09:02 AM
pengalaman iols waktu kena langgar time melintas jalan di lintasan pejalan kaki, lps keluar wad gi ...

rasanya yg ni betul juga sbb kes kwn hsbd iols tu pun loyer dtg spital cari dia. mesti la polis gak kot yg inform sbb masih bljr lg time tu bkn tau apa.

tapi kes arwah ayah iols mmg weols psg loyer, asalnya lepas gitu je pakcik hanat tu tatau la dia goreng apa kebetulan plak saksi takde lg time tu, ayah iols koma plak. bila dah psg loyer, cari saksi mmm baru pakej masuk jail sbb tak mampu nak byr semua pampasan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
cycra replied at 19-12-2024 09:02 AM
pengalaman iols waktu kena langgar time melintas jalan di lintasan pejalan kaki, lps keluar wad gi ...

DM contact lawyer tu boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 10:34 AM | Show all posts
pemakan babi buat hal lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.540728 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list