CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58784|Reply: 86

GV merendahkan martabat, memalukan artis- Man Bai

[Copy link]
Post time 21-12-2024 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-12-2024 01:20 PM

KUALA LUMPUR: Man Bai enggan menyokong program realiti, Gegar Vaganza (GV) yang didakwa merendahkan martabat artis bertanding.

Man Bai atau nama sebenar, Abdul Rahman Osman, 57, memberitahu pendiriannya teguh apabila menolak tawaran menjadi penyanyi jemputan program itu, baru-baru ini.

"Saya dihubungi produksi yang hendak saya jayakan segmen lagu duet. Saya tidak ambil tawaran itu kerana fikir program itu memalukan artis. Kenapa mahu merendahkan martabat artis?

"Apa perasaan penyanyi apabila terpaksa berdiri seorang diri menantikan saat namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir seperti segmen Ada Lagu Ada Lagi," katanya.

Tambah Man Bai, dia sangsi dengan ketelusan format dan objektif GV.

"Kita ambil contoh apa yang berlaku terhadap penyanyi Inka Christie yang tersingkir, Ahad lalu.

"Inka pernah menang pelbagai anugerah termasuk di rantau Asia Pasifik. Tidak logik bagaimana dia boleh tersingkir.

"Di Indonesia mereka ada 230 juta penonton, tiada siapa yang tidak kenal Inka. Maksud saya, jangan buat permainan begini, saya tidak suka.

"Kita kalau mahu cari bakat, biar cara yang betul," katanya ditemui pada sidang media Konsert Mega Hitz 3 Dekad Vol 1 di sini, semalam.

Kekecewaan vokalis kumpulan Gersang itu terhdap GV juga ketara apabila mempertikaikan kredibiliti Datuk Ramli MS sebagai ketua juri yang tidak memilih Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada konsert minggu keempat.

"Ronnie Hussein menang minggu lalu kerana Ramli kata sudah selalu beri kemenangan kepada Liza.

"Kalau betul Liza layak menang, mengapa takut berikan (kemenangan) kepadanya? Bagaimana dengan usaha yang dilakukan Liza sebelum ini sampai dapat tempat ketiga.

"Bagaimana anda jadi ketua juri? Kalau dalam hati anda betul-betul seorang juri dan mahu beri kemenangan kepada yang layak, beri sahajalah.

"Bukan sebarangan penyanyi boleh nyanyi dengan nada suara turun naik lagu Sambaria seperti Liza selain penyanyi asalnya, Fairuz Hussein," katanya.

Dalam perkembangan lain, Man Bai yang popular dengan lagu Kau Ilhamku itu menjadi salah seorang penyanyi yang bakal menjayakan Konsert Mega Hitz 3 Dekad Vol 1 di Zepp Kuala Lumpur di sini, pada 25 Januari ini.

Penyanyi otai lain yang turut memeriahkan konsert itu adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin dan Amir Masdi.

BH

Single Polls, Total 91 Users voted

Count down: 9997 Days3 Hours52 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 09:26 AM | Show all posts
Bagi aku Inka christie mmg dah legend..lagu2nya memang popular dulu dan memang dikenali ramai dimalaysia..dia tersingkir pun sbb lagu warna yg dia nyanyi bukan dr genrenya..terbukti bila dia bawa lagu rentak rock minggu3 berjaya raih top3..dengan usia dh cecah 49 tahun dia masih lagi boleh menyanyi dgn baik..cuba suruh juri2 yg duduk kat bawah tu menyanyi boleh kerr..suruh syafinaz ngn bonda berduet tengok..tok ram komen pulak derang mcmmna..sbnarnya GV ni kembalikan artis2 lama yg dh dilupai bila sertai GV peminat2 akan kenang kembali bakat2 artis dn bak kata Inka dapat merapatkan kembali siratulrahim sesama mereka yg dh lama tk jumpa..lihat inka lepas tersingkir GV balik Indosea sertai kelas mengaji Quran..dr sudut keagamaan mungkin ada hikmah dia tersingkir..pikir positif      

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols rs apa yg man bai maksudkan is juri2 xpayah nk komen beriya2 dkt artis2 lama ni tolong jaga air muka dorg jgk sbg artis lama yg pnh menang awards. Meols suka tgk erra fazira bg komen ms dkt kilauan emas. She tahu yg nk bg komen beriya2 dkt orang tua pun bukannya dorg nak kena all out lg lps habis program. Kebanyakkannya she akan ckp, terima kasih kerana mewarnai hujung minggu rakyat malaysia dgn bakat anda, anda nampak enjoy atas pentas wpun ada off sikit2, terima kasih kerana sudi kembali memeriahkan persada seni tanah air, something like that lah. Utk yg technical2 aspects, simpan utk program realiti bakat2 baru mcm oiam lah kan?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena tukar konsep la..cara juri tu komen mcm.juri2 tu hebat sgt...padahal sama level je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang masuk pun kategori dah sendu kan. GV ni platform utk naikkan nama masing2 semula kalau bijak gunakan peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pnynyi bkn kerja mulia pun… tinggi benar martabat ngkorg smua tetiba masuk gv jatuh martabat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-12-2024 07:22 AM
Kena tukar konsep la..cara juri tu komen mcm.juri2 tu hebat sgt...padahal sama level je...


SG mmg dah lama x minat nk nengok program nyanyi2 kat tv ni. Mcm GV ni kalau niat nak up balik penyanyi lama, nak bg peluang ada job balik ke, boleh je tanpa ada juri n komen2 tu, ada pemenang mingguan je. lepas 10 minggu, tgk sapa yg paling byk jd weekly winner kira juara lah. Apo nak ada judge2 ni,dah la sama level, diorg otai2 from different genre kot n judge pon dr genre yg beza. Lain la buat gv ikut genre contou gv rock, gv pop ka.

Main point, xpayah ada juri yg komen2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Man bai ni otak negatif.  Semua penyanyi hebat penah top di zaman kegemilangan, pernah bersuara hebat tak semestinya masih hebat selepas 10 20 30 tahun. Siapa yg nak, masuk lah. Tak nk tolak je la. Untung nasib jadi macam siti nana, naqiu dpt balik tempat dlm industri. Haiza pon jd dj radio. Klu trs dlm kubur hari tu. Xde sape nk offer jd dj agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iols GV ni hiburan santai2 hujung minggu je ,ada ke takde tak mendatangkan kesan .Tapi bagi sesetengah artis lama /sendu ni salah satu platform untuk bagi orang kenal balik .Walaupun bila masuk ni taklah  nama naik meletop2 mcm Siti Nana masa GV2 dulu ,kurang2 lepas GV  show bertambah .

Iols pernah tgk interview Ezad ,dia kata rezeki dia lps masuk GV lah show dia sentiasa ada.Kira rezeki jugak lah tu .Lagi satu ,utk generasi muda2 ,kadang2 bkn kenal sangat artis2 lama mcm Liza Aziz ,Yazid Lovehunters ,Nai Dinamik tu .Kadang2 tahu lagu tapi tak tahu penyanyi .Sebab tgk GV kenal lah jgk diaorang ni .




Man Bai ni dia silap konsep bila dia sebut Inka menang banyak awards pun terkeluar .Liza Aziz menyanyi bagus minggu sebelum2 ni tapi last week tak dapat nombor satu .Ning ,dapat nombor 2 tercorot .


Pak cik,GV ni dinilai ikut persembahan semasa bukan persembahan terkumpul sekali dengan awards yg pernah dapat .Viewers walaupun tak belajar muzik ,sah2 lah minggu lepas persembahan Inka & Ning tersangatlah hauk .Acik Liza pun biasa2 je nyah last week .Takkan nak bagi nombor satu .




Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nazsh replied at 21-12-2024 09:26 AM
Bagi aku Inka christie mmg dah legend..lagu2nya memang popular dulu dan memang dikenali ramai dimala ...




Syafinaz & Buk Hetty dah pernah  berduet lagu binik Tok Ram  ,Kisah Hati masa final GV 8 kalau tak silap sebab arwah Adibah Noor ada lagi masa ni .Cuma takde juri bagi komen je lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 21-12-2024 08:32 AM
Tapi pnynyi bkn kerja mulia pun… tinggi benar martabat ngkorg smua tetiba masuk gv jatuh martabat

aku setuju 100%
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:49 AM | Show all posts
Nama pung sekadar hiburan

dun take so seriusss  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:10 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 21-12-2024 08:35 AM
SG mmg dah lama x minat nk nengok program nyanyi2 kat tv ni. Mcm GV ni kalau niat nak up balik pen ...

Sama la. Dari 2006 lagi sudah berhenti tgk program realiti nyanyian lagi.. Era kegemilangannya sudah lama berlalu sejak tahun tersebut lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 21-12-2024 10:58 AM

agreeeeeeee
mmg tjuan asal utk upkan retis lama,dsmping bbnu bole mngemali depa

but not pertndigan!!!depa dh mmg artis! ada album ada lagu dhhh

GV can be a konsertttt khas utk otai
but not as perndingnn!

ps: gud job rtm..la ni mlm rabu,khmis, ptg sabtu,pg ahad..asyk asyk lyn konsert hmi, progm bsma artis lejen..syok oiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Layan jelah..payah la retis feeling2 tinggi nau darjat tu..yang hos je jadikan macam murahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah suara dia tak sedap. Tok Ecah yg dh terbukti internesyenel tu pun selamba je join dan rela dikomen. Atok Bai ni dh rupa Malabari jual kain dh ye skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tu pendirian manbai, terpulang pada dia. Heols pun banyak je job, masih nyanyi dan belakang tabir. Iols layan je gv sebab rindu nak tgk penyanyi2 hebat perform kt tv, mcm ecah, zamani, ezad. Ecah tu paling iols nak sgt tengok sebab sheols sejak kena banned susah muncul di tv. Dorang pun bukan perform free, every week ada elaun kan, plus menang mingguan and cuckoo tu bonus la. Liza aziz memang susah ditandingi vokal power tapi gv ni bukan vokal semata tapi persembahan pun ada kriteria.

So why so serious, enjoy jela. Kalau manbai taknak masuk takpe bagi peluang pada yg nak. Kalau mus, yazid, jat yg senior tu pun join dulu dorang pun ada reason dorang masing2, nak dikenali generasi muda pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh dia ni rilek2 sudah la
Tgok2 kang lagi 2-3 tahun ko pun masuk Gv
Sembang mcm dia serba serbi perfect
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:52 AM | Show all posts
dia pun nyanyi kat majlis org kawin

sama je dgn ramai artis yg masuk GV

bukan level biduanita yg buat konsert

takyah bitter sgt on behalf of org lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 tak payah singkir.. buat sistem markah terkumpul.. yg tertinggi final nanti tu la yg johan..gituu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:11 AM | Show all posts
Hari tu nampak manbai nyanyi kat sunway putra mall, perasmian kedai mee tarik cina Muslim kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.321782 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list