View: 40085|Reply: 22
|
[Tempatan]
Individu Dakwa Scammer Pulangkan Semula Wang Lepas Lakukan 20 Transaksi Bank 1 Sen,Difahamkan dia telah menulis ‘scammer’ pada ruang butiran pembayaran
[Copy link]
|
|
Difahamkan dia telah menulis ‘scammer’ pada ruang butiran pembayaran bagi transaksi bank yang dilakukan itu.
Menerusi satu hantaran di laman X, seorang individu mendakwa bahawa dia telah ditipu baru-baru ini apabila tidak menerima barang yang dipesan setelah sekian lama.
Setelah menyemak review di media sosial, barulah dia menyedari bahawa perkara itu sudah biasa terjadi ke atas pelanggan kedai dalam talian berkenaan.
Walaupun jumlahnya kecil baginya, iaitu hanya RM53, namun dia memilih untuk tidak mendiamkan diri dan mengambil tindakan sendiri.
Individu Dakwa Berjaya Dapatkan Semula Wang Dibayar
Dia berkata telah melakukan transaksi bank bernilai 1 sen sebanyak 20 kali kepada akaun di mana pembayaran dibuat sebelum ini. Malah, dia turut menulis ‘scammer’ pada ruang butiran pembayaran.
Dakwanya, setelah melakukan perkara tersebut, penjual berkenaan telah menghubunginya dan memulangkan semula wang yang dibayar.
“Mereka takutlah. Saya bersedia untuk terima sahaja apa yang berlaku. Jumlah yang saya bayar kecil, hanya RM53. Tapi saya bukan seseorang yang boleh bertolak ansur dengan perkara seperti ini,” katanya.
Di ruangan balas, dia berkata telah membaca tips agar melakukan transaksi bank sedemikian di Facebook Tanya Peguam.
Dalam pada itu, beberapa individu tampil memberi jawapan. Secara teorinya, transaksi yang dilakukan secara berulang kali ke akaun bank sama akan menyebabkan ia ditandakan sebagai mencurigakan.
Seorang individu berkata perkara tersebut merupakan salah satu tanda penting akaun yang bermasalah menurut Pencegahan Pengubahan Wang Haram atau AMLA.
Apabila sebuah akaun dicurigai, pihak bank boleh mengambil tindakan dengan memulakan siasatan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Malah, transaksi yang dinyatakan sebagai ‘scammer’ berkemungkinan akan menyebabkan akaun bank penerima disekat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
online banking boleh ke buat transaksi RM0.01?
kenapa online banking i xleh..minimum pon RM1.00.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malah, transaksi yang dinyatakan sebagai ‘scammer’ berkemungkinan akan menyebabkan akaun bank penerima disekat.
Senang sangat nak dajalkan orang kalau gitu. Modal 20 sen akaun dia dah kena beku. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah.....
mangsa scammer cuba nak scam netizen kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus idea tu...ada kawan2 dpt mesej no ingatkan kawan tgh susah....sangka baik..bagi seribu..mmg haram la lepas tu mesej call..tak berangkat.
Mcm ni cara nak ajar scammer ye
RM20 tu sikitlah nak banding RM1000 yg kena scam. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke boleh? Transfer 1 sen? Kalau boleh nak turunkan ilmu kat mangsa2 scam next time |
|
|
|
|
|
|
|
letak je apa2 yg bunyi jahat nnt ai server detect terus mark acc tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh you.. i dah try.. sepohsen pun tabulehhh
bank cotong.. bank lain tataw
|
|
|
|
|
|
|
|
scammer terbaru guna wasap post kad jemputan kahwin.. fmly kwn2 i dah ada yg kne.. biasa dia cari yg tua2 sikit ni.. yg sorang tu dia sempat la dpt beribu2 duit.. yg lg satu tu dia bijak ciked cuma da tertekan link je.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa setup qr code (bank rimau) utk company acc utk expo, pernah buat scan qr tfr 0.01 mmg masuk 0.01 tu dalam acc kampeni. |
|
|
|
|
|
|
|
delsmomm replied at 31-12-2024 08:09 AM
online banking boleh ke buat transaksi RM0.01?
kenapa online banking i xleh..minimum pon RM1.00..
Ini bank mana? |
|
|
|
|
|
|
|
yang i tau cimb tak boleh minimum rm1. maybank boleh 1 sen. maybe boleh jugak buat idea gini kepada orang yang berhutang tapi tak bayar2. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa maybank boleh je transfer 1sen..
ewallet pun boleh klu tak salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 31-12-2024 02:38 PM
i rasa maybank boleh je transfer 1sen..
ewallet pun boleh klu tak salah..
ewallet tu mcm tng sume la kan? kalau tu blh sbb pernah beli kueh nak byr rm100 skali iols tekan 1 sen tak prasan xcukup 0
pantas baker reply x cukup |
|
|
|
|
|
|
|
haah.. tng boost grabpay segala tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hong Leong, Ambank boleh transfer 1 sen
|
|
|
|
|
|
|
|
Bgus jugak cara ni. Tapi tulah kadang2 report kat bank bkn nak bg kerjsama pun. Alih2 slhkan customer |
|
|
|
|
|
|
|
sara_thrash replied at 31-12-2024 02:19 PM
yang i tau cimb tak boleh minimum rm1. maybank boleh 1 sen. maybe boleh jugak buat idea gini kepada ...
Cimb boleh 1 sen. Td meols leh buat hantar kat scammer 10 kali baru total 10sen. tp kes kat atas ni mamat tu bernsib baik sbb dpt refund.. 1 hal pulak si scammer tu kot gila dia pon hantar 1 sen byk2 kat mangsa n tulis scammer Takut gak
. |
|
|
|
|
|
|
| |
|