View: 10603|Reply: 47
|
Malas kongsi tentang kesihatan diri tapi Elyana masih jalani kimoterapi
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 10-1-2025 02:34 PM
Sudah jarang berkongsi tentang tahap kesihatannya, penyanyi Elyana menganggap ia langkah terbaik bagi mengelak salah faham dalam kalangan pengikut media sosial.
Bagi Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 38, tidak semua orang akan memahami apa dilalui sebagai seorang yang pernah menghidap kanser sepertinya.
"Sebelum ini saya mahu berkongsi dan perlukan semangat daripada orang lain cuma mungkin ketika itu terlalu banyak berkongsi.
"Bagi yang tidak mengalami kanser, mereka mungkin tak faham. Jadi boleh memberi impak buruk jika terlalu banyak bercerita," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Dalam pada itu, penyanyi ini memberitahu masih menjalani rawatan kimoterapi walaupun sudah disahkan bebas kanser sejak Disember 2021.
Elyana menjelaskan doktor menyarankan dia melakukan rawatan itu bagi mengelak sel kanser kembali merebak dan boleh menimbulkan komplikasi lain.
"Kanser ini boleh datang kembali pada bila-bila masa. Jadi kimoterapi yang saya lakukan adalah sebagai rawatan susulan untuk mencegah," ujarnya.
Untuk rekod, Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma ketika dia menjadi salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Elyana memberitahu masih aktif menyanyi biarpun sudah lama tidak muncul dalam mana-mana program televisyen.
Malah dia juga tampil dengan lagu baharu berjudul Bungkam yang mula dilancarkan di saluran YouTube miliknya sejak penghujung November tahun lalu.
"Tak rancang pun untuk keluarkan lagu itu. Saya boleh katakan ia sekadar untuk mencuba pasaran. Selepas sekian lama tiada lagu baru, saya pun tak tahu selera pendengar.
"Lagu itu saya sudah rakam empat tahun lalu, cuma ketika itu masa tidak sesuai dilancarkan. Saya rakam untuk meluahkan perasaan tentang apa berlaku ketika itu," jelasnya.
Karya tersebut merupakan ciptaannya Elyana bersama Natasya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak minta derma ke
Kau bukan kanser la
Mana sampai more than 2 yrs |
|
|
|
|
|
|
|
gorjeous replied at 8-1-2025 12:58 PM
malas nak caya.
Penipu dia ni
Attention seeker |
|
|
|
|
|
|
|
tah ler dengan claim kanser tahap 5 aku macam mehhhh..ex roommate aku masa kne tu umo 20an kanser tahap 3 bila tau pastu smpai sebulan da hadap Ilahi da.. |
|
|
|
|
|
|
|
bioessence replied at 8-1-2025 12:54 PM
Ko nak minta derma ke
Kau bukan kanser la
Mana sampai more than 2 yrs
Dia mmg kanser.. cuma masalah dia.. suka buat treatment separuh2.. baik sikit berenti .sepattnya..chemo kena buat sampai sel2 cancer betul2 habis.. tang dia ni..da okay sikit stop..bila dtg balik sakit ... Kena mula sekali lagi treatment.... Sbb Tu x habis2 treatment dia |
|
|
|
|
|
|
|
oklatu85 replied at 9-1-2025 11:56 PM
Dia mmg kanser.. cuma masalah dia.. suka buat treatment separuh2.. baik sikit berenti .sepattnya.. ...
Part ni aku msh musykil dr dlu. Nk berubat cancer ni kan byk pakai duit. Die bknnye ade show lg...laki pon ade bisnes restoran kan. Kot la byk duit pon bile da kuar duit berubat kimo bagai ni mst la nk wat smp abes smp btol2 sht kn. Pastu die pon mcm xde brjimat2 ke. Nmpk post mkn sdp2 semua tu.
Lngsg x mcm org sakit. Lg2 bile da bkk tudung bile da 'baik dari cancer'. Mmg xde yg positif la bile baca cite die ni |
|
|
|
|
|
|
|
babyorange replied at 10-1-2025 07:29 AM
Part ni aku msh musykil dr dlu. Nk berubat cancer ni kan byk pakai duit. Die bknnye ade show lg... ...
Beb..kanser byk pakai duit ke? Aku rasa IKN free je. Kalau ada bayaran pon minima. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la sampai stage 5 ke 6 sakit ko ni. Semoga dipermudahkan urusan yachh. Dia ni ada ke pernah mohon derma rakyat? Mcm tak pernah dengar. Tapi yg aiols jeles body maintain yachh, umo dah 38. |
|
|
|
|
|
|
|
lainnya muka, hidung pun dh kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Mn dtg stage 5. Paliatif ada la.
Aku ada je jumpa pt cancer paliatif yg hidupnya mcm org tak sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kawan aku belum kena kanser smpi dh kojol minah ni still xhbs2 treatment..apooo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukebintang at 10-1-2025 08:58 AM
elyana rajin berbisnes
macam2 dia jual.
kuih semprit, tudung, mee kari
selalu kalau ada event ke apa, dia bukak booth. kalau bulan puasa lagi la memang sentiasa ade je booth dia.
and of course she tiap2 tahun dapat royalti muzik.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak silap dulu dia ada cakap dia ada medical card jugak. so byk membantu. limit medical card nya tu tak tau la berapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukebintang at 10-1-2025 08:53 AM
iols follow elyana dah lama.
memang sebelum ni tiap kali dia buat chemo, dia akan upload dekat IG. siap ada gambar nurse2 dgn doktor.
kalau lepas dia buat chemo tu memang lembik dan teruk juga keadaan dia. tak kan la dia saje2 nak buat chemo seksa diri kalau tak de kanser.
so kalau dia menipu, doktor, nurse dgn hospital tu pun menipu sekali la kan..
tapi ni tak pernah pulak dengar or gosip pasal dia tipu buat chemo ke apa. cuma netizen yang menyampah dgn dia je duk buat andaian.
selalu kalau dia makan sedap2 kat hospital tu, fans or kenalan dia yang hantar
|
|
|
|
|
|
|
|
camana dia tipu. Kan ritu dia tjuk buat kimo kt spital ? confuse aaku ada yg kata dia penipu ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada jenis kanser yg chances for survival tinggi. Google it. It"s possible so many years, like her. She tipu or not? Well, generally retis n selebriti ada tipu2. Ye lah,dunia kerjaya mereka adalah creating illusi |
|
|
|
|
|
|
|
Masih cantik walaupon kanser & buat chemo. My good friend kanser paru2 tahap 4 terus. Cepat2 buat treatment. Chemo dah 6 cycle. Jadi kurus, kulit jadi gelap, mmg lain rupa tak sama mcm dulu. She lost her beauty features. Tapi masih gigih datang kerja kat opis walaupon jarang2. |
|
|
|
|
|
|
|
ada benefit ke dia nak menipu ni, ramai betul pemfitnah yer
bukan dia collect derma awam pun, bill dia pakai insurans, dah habis limit dia topup sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
X minat dia tp iols caye je dia kanser. Xde pon amik kesempatan bukak derma |
|
|
|
|
|
|
| |
|