CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4768|Reply: 22

[Jenayah] Lelaki kena TEMBAK di Singapura Utara

[Copy link]
Post time 9-1-2025 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by apech at 9-1-2025 03:38 PM

JOHOR BAHRU: Polis Johor akan melakukan siasatan secara menyeluruh bagi kes bunuh dalam kejadian tembakan di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru, kira-kira 12 tengah hari 8 Januari.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah ditubuhkan bertujuan menyiasat dan mengenal pasti individu yang terbabit.
Datuk Kumar turut menasihatkan masyarakat tidak panik, selain memberi jaminan bahawa insiden yang berlaku adalah kes terpencil yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan serta ancaman kepada negeri Johor.

Beliau berkata punca kematian dan motif kejadian yang membabitkan mangsa lelaki tempatan berusia 40 tahun itu juga masih dalam siasatan.
“Siasatan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam,” katanya.
Sementara itu satu rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai membabitkan kejadian tembakan yang berlaku di hadapan restoran di Taman Setia Indah itu tular di media sosial.

Malah, gambar tangkap layar seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berbaju biru muda serta memakai beg turut tular.
Menerusi video selama 30 saat itu seorang lelaki berbaju berwarna hitam dan berseluar pendek (mangsa) didapati berjalan di samping menggunakan telefon bimbit di hadapan premis itu sebelum dihampiri lelaki bertopi keledar itu.

Lelaki berkenaan yang bertopeng muka turut dilihat melepaskan tembakan terhadap mangsa hingga mengakibatkan mangsa rebah dan suspek kemudian melarikan diri.
Ketika kejadian itu mangsa dikatakan sedang makan bersama rakannya, sebelum maut ditembak penyerang bersenjata.
Seorang pengunjung lokasi kejadian berkata beliau terkejut mendengar bunyi bising dan awalnya menjangka ia bunyi mercun.
“Kami terkejut melihat sebuah motosikal memecut dari tempat berkenaan dan melihat seorang lelaki terbaring di lantai di hadapan restoran berkenaan,” katanya.

Sumber: Kopipes Berita Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 03:47 PM | Show all posts
ewwww darah melelehhhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia face of death.

Nampak muka tak ready nak mati, takajut tetiba kena serang n tanggung kesakitan teramat sangat raut wajah heols.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
North Singapore?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangan penuh tatoo, ni kes gang kongsi gelap ka?? Kat johor baru je jadi. Agak2 related x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2025 04:02 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 9-1-2025 03:59 PM
Tangan penuh tatoo, ni kes gang kongsi gelap ka?? Kat johor baru je jadi. Agak2 related x?

Iya. kes yang sama. Singapura utara = Johor
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2025 04:04 PM | Show all posts
Kalau tgk cctv sebelum tu dia tgh cakap telefon. mungkin org call tu cue utk pembunuh upahan tersebut. Begitu netizen buat spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 9-1-2025 04:02 PM
Iya. kes yang sama. Singapura utara = Johor

Benar ke Singapura utara =Johor?

Utara Sg maybe acceptable  oleh kerana kejadian di dalam Msia, tak perlu kut masukkan nama jiran sebelah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 04:23 PM | Show all posts
muka dan badan mcm geng kongsi gelap...elok sangat lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:28 PM | Show all posts
haiya  pas ni manyak suey itu restoran
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
apech replied at 9-1-2025 04:02 PM
Iya. kes yang sama. Singapura utara = Johor

Adehhhhh … SG ter skip point utama lah … hahahaha… SU tu jaybeeh rupanya tapi ni kes berbeza ke , atau ulangan cite sblm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 04:51 PM | Show all posts
Pihak polis dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan netizen
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nengok tattoo penuh tgn tu dah terarah ke satu golongan itu dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mayat disorongkan bantal
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 07:53 AM | Show all posts
idop ke rip?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 08:18 AM | Show all posts
ah long yang mati tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 08:45 AM | Show all posts
ini ghapla kongsi gelap.....simpan dalam donia pun bikin masalah ja...kasi bersih semua2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 09:53 AM | Show all posts
semoga di tempat kan di tempat yg sepatut nya...

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:18 AM | Show all posts
Perang rebut kawasan ke, apa jadi pada hutang2 yg tak bayar..suka la peminjam kalau ah long sudah padam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 9-1-2025 03:56 PM
North Singapore?

Temenggung Singapura kan Raja2 Johor sekarang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.214956 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list