|
Edited by ibnur at 10-2-2025 02:34 PM
Assalamualaikum warahmatullah.
Baru-baru ini kita disajikan dengan perbahasan pro dan con mengenai satu garis panduan untuk umat Islam. Apakah garis panduan itu? Garis panduan yang saya pun tak pernah baca isinya dan tak tahu apa nak komen. Sekarang garis panduan itu dah dijadikan sesuatu yang tidak diperlukan.
Ini adalah kali kedua Menteri Ugama cuba untuk membentangkan sesuatu tetapi mendapat bantahan majoriti.
Yang pertama ialah RUU Mufti yang mana ada pendapat minoriti kata ini hanya garis panduan. Tapi ini adalah RUU dan akan jadi akta bukan garis panduan. Sekarang dah dibekusejukan sebelum dapat dibentangkan untuk bacaan kedua. Rasanya persidangan yang sekarang juga tak akan dibentangkan.
Kemungkinan majoriti telah jump the gun (lompat pistol ) sebab garis panduan yang dicadangkan baru ini pun belum dibaca. Walau begitu, Menteri ini ada 2 rekod yang digagalkan.
Harapan saya, lepas ini kalau ada lagi RUU, garis panduan, atau apa saja yang disembangkan di Parlimen, perlulah Menteri bercerita di luar dahulu tentang masaalah dan ambil feedback sebelum terus nak bentang usul di Parlimen. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Garis panduan jika dimaksudkan oleh ahli kitab biasanya dtg dlm satu pakej.
- muka depan dia biasanya ada jenama, cth: Islam
Wallahu'alam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|