CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30558|Reply: 0

Unik ular sawa darah

[Copy link]
Post time 19-2-2025 09:44 PM | Show all posts |Read mode

WARNA merah bata.

Fakta mengenai spesies ular sawa tempatan yang dikongsi Komuniti Eksotik Malaysia (ExoMy) iaitu ular sawa darah atau 'Blood python' menarik perhatian penulis.

Perkongsian komuniti itu bukan sahaja memberi kefahaman mengenai varian unik ular sawa terbabit, malah menekankan kepentingan masyarakat menjaga dan mematuhi peraturan yang wujud dalam melindungi spesies berkenaan.

Dikenali dengan nama saintifiknya Python brongersmai, masyarakat di Malaysia seharusnya berbangga kerana spesies terbabit dikategorikan sebagai spesies 'native' untuk Asia Tenggara.

Hal itu merujuk kepada asal usul ular sawa darah terbabit yang dikatakan berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Di sebalik rasa takut atau gerun terhadap reputasi ular itu yang juga 'lebih tebal' dan 'berat' berbanding ular sawa batik atau ular sawa biasa, ia harus dihargai sebagai salah satu warisan penting dalam ekosistem Malaysia.

Ular itu turut dikategorikan antara spesies terancam dan sudah sewajarnya ia juga seperti ular sawa batik tidak boleh disimpan atau dijual sesuka hati di Malaysia.

Menurut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), ular sawa darah itu termasuk dalam spesies yang dilindungi.

Bagi penggemar eksotik tempatan, masih perlu mendapatkan lesen yang sah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

Jika didapati menyimpannya tanpa lesen atau tidak mendapat kebenaran yang sah daripada pihak terbabit, denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Peminat haiwan eksotik sedia maklum ular sawa darah juga memburu mangsa dengan menjerut.

Secara purata, panjang seekor ular dewasa ialah 1.5 meter (5 kaki) dan mempunyai jangka hayatnya kira-kira 25 hingga 28 tahun.

Ciri-ciri agresif ini perlu diteliti dan pemiliknya perlu lebih peka kerana karakter itu wujud apabila ia lapar.

MEMBELIT dan menjerut ciri memburu pemangsa.

Karakter unik yang terdapat pada spesies ini yang boleh membuatkan peminat haiwan eksotik lebih teruja ialah warna merah terang seperti darah.

Namun, tidak semua tempat memiliki ciri-ciri warna merah darah. Contohnya di kawasan Borneo, subspesies ular terbabit yang kerap ditemui ialah warna coklat berangan dan kuning.

Namun, di Barat atau Eropah, peminat eksotik khususnya pembiak baka koleksi reptilia itu sudah mula melakukan pembiakan terpilih untuk menghasilkan 'morph' yang menarik (varian asal yang mengalami perubahan penampilan, contohnya corak dan warna).

Bukan mudah untuk mendapatkan variasi warna atau corak yang menarik pada kulit. Usaha yang dilakukan pembiak baka di luar negara mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan varian unik.

Tidak hairanlah morph terbabit dikategorikan dalam koleksi haiwan eksotik unik yang mempunyai nilai tinggi.

MORPH ular sawa darah yang popular termasuk:

1. ALBINO T-negatif (T-negative Albino)
- Badan putih kekuningan dengan mata merah terang.

2. GADING (Ivory)
- Warna badan pucat serupa dengan warna krim dengan corak halus sedikit.

3. MATA Emas (Golden Eye)
- Warna keemasan dengan corak unik pada mata.

4. MATRIKS (Matrix)
- Corak badan yang seperti mozek kecil.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list