View: 6728|Reply: 33
|
Lelaki cabut lari masa 1st date- Wanita gemuk kena bayar bil makan, balik sendiri naik Grab
[Copy link]
|
|
Di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang dilayan teruk oleh lelaki gara-gara keadaan fizikalnya.
Menerusi hantaran tular itu, pengadu berkata dia berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi sebuah aplikasi temu janji.
"Saya pernah pergi Bumble date dengan seorang lelaki ini, dah beritahu yang saya ini gemuk dan buruk tapi dia tetap berkeras nak jumpa. Saya setuju dan dia jemput saya.
"Kemudian dia cadangkan kami pergi makan tengah hari di sebuah kafe. Masa nak pesan makanan, dia tanya saya ada duit tunai tak sebab kedai itu terima duit tunai saja.
"Dia tak bawa duit. Jadi saya gunakan RM100 yang ada untuk bayar makan kami berdua dan tinggallah baki RM20," tulisnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, semuanya berjalan lancar sepanjang pertemuan, namun lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri ketika dia ke tandas selepas mereka menjamu selera.
"Lepas makan saya pergi ke tandas, bila keluar, dia dah tiada. Saya hubungi banyak kali tapi tak diangkat. Apa yang saya mahu cumalah balik ke rumah.
"Saya tunggu sampai 40 minit dan putus asa. Saya guna baki RM20 untuk bayar Grab. Aku doakan kau tak tenang," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa berang terhadap tindakan lelaki itu.
Malah, netizen turut berkongsi tip di ruangan komen agar kaum Hawa lebih berhati-hati untuk keluar bertemu lelaki pada masa akan datang.
"Tip pergi date dengan seseorang yang awak tak pernah jumpa, jangan biar dia ambil awak. Pergi dengan kenderaan sendiri.
"Sebelum keluar date, pastikan dah lama chat, bukan kenal kejap terus jumpa. Biar ambil masa, memilihlah sikit.
"Tak baiknya buat macam tu. Kalau betul tak suka pun, dah kau ambil, kau hantarlah balik," tulis beberapa netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tingat pada budak I jumpa kat wedding. Dia cam malu alam nak cakap.dah nak umur 30. Dia pompan. Sian dia. Badan besar tinggi ragam. Besar rectangle size cutting badan dia.
Mak dia kut kan tak jaga makanan Dari kecik. Jadi besar lebih tinggi Dari lelaki.
Sian gak, susah nak kurus.
To budak dalam cerita ni, Sian dia.
Entahlah.
Nak kurus bukan senang.
Kena bully lak tu dgn budak lelaki tak berguna tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau berdua makan apa la sampai 80 hengget. Jadikan pengajaran, sebelum decide mahu berjumpa tu korek dulu habis2 latarbelakang dan tingkahlaku seseorang tu. Tak mengapa jika tersilap berjumpa dengan lelaki macam ni, asalkan jangan tersilap janji temu dengan suami orang. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
tergamak ye buat mcm tu jahatnya
btw iols byk kali dah ajak jumpa @Tinot7
tp tak nak
adakah takut jadi mcm ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 25-2-2025 09:35 PM
tergamak ye buat mcm tu jahatnya
btw iols byk kali dah ajak jumpa @Tinot7
Ha ah
Takut kena pow duit..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-2-2025 09:39 PM
Ha ah
Takut kena pow duit..
tak hingin iols duit org pompuan 
iols la yg belanja tp jgn bawa ramai2 nnt pokai iols dibuatnya  |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 25-2-2025 09:44 PM
tak hingin iols duit org pompuan
iols la yg belanja tp jgn bawa ramai2 nnt pokai iols dibuatny ...
Lorr.. ajak la mana2 minah kat kuantan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-2-2025 09:50 PM
Lorr.. ajak la mana2 minah kat kuantan tu..
dah agak mesti uols jawab mcm ni 
masalahnya iols nak kenal dgn uols bkn dgn minah kuantan kan
tp tak nak takpe la 
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha comel je sandiwara kat atas ni. Harap takde lah adegan tinggal pompuan kat cafe dengan bil kena bayar & tak hantar balik. Boo lemah nya jadi laki.  |
|
|
|
|
|
|
|
lainkali suruh mamat tu qr atau transfer then baru ko bayar pakai cash ko… |
|
|
|
|
|
|
|
to anak anak dara
jagalah badan jgn gemuk
lalu ke tengok badan sendiri yg gemok berlipat
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 25-2-2025 10:01 PM
dah agak mesti uols jawab mcm ni
masalahnya iols nak kenal dgn uols bkn dgn minah kuantan kan ...
Ini porem. Identiti musti la rahsia |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu selalu sms je, jumpa tak pernah, apa tak pernah.. Gambar takde, tak kenal pun orang nya.. Selalu lah dia cakap sy tak hensem, tak kaya, topup pun 2 ringgit sehari.. I mcm errrr, takyah cakap kot, buat turn off je.. Elok org nak berkawan rasa cringe Tapi tu zaman dulu lah, rasanya kalau selisih takkan kenal kot |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya la...kejam betul lelaki tu...
seoga jodoh lelaki tu dengan org gemuk 2x ganda dari budak perempuan yang dia tinggalkan itu..
tak pun klu dah kawen..biar bini dia jadi gemuk besar tong.....
eh geram pulak aku....huhuhuhu...
tapi berani jua adik tu keluar dgn lelaki naik kereta lelaki...aihh...bahaya tu...beringat sebelum kena.... |
|
|
|
|
|
|
|
iols harap ada someone yang iols kenal di alam nyata, terbaca komen uols ni.
rengsek iols tgk anak daranya belum 10 tahun dah lg besar dr neneknya.
baju iols longgar nak mampus, sampai kat dia sendat mcm sarung nangka.
meanwhile emaknya bangga hari2 masakkan utk anak. tak reti control.
masa kecik okay la takde sense nak cantik2 lg, dah besar kena shaming nanti harap mak dia menyesal.
|
|
|
|
|
|
|
|
uols mcm iols la. kalau org "jahat". i rasa nak doakan je dia dpt balasan "double" dr apa yg dia buat hihihi
btw, budak2 skrg mmg berani kan. 1st date naik kereta dgn laki tak kenal. buatnya kena culik, kena raba. nak report polis pun malu.
|
|
|
|
|
|
|
|
iya lah geram...
awal2 dia dah cakp dia gemuk n x cantik....agaknya lelaki tu sangka budak perempun tu tipu dia...
tp mmg kejam...hantar la balik....lepas tu nak tukar no..nak block...buat la..kurang2 jadi la gentleman sikit...
first date perempuan usah le keluarkan duit..belum apa2 dah nampk lelaki tu kedekut....x gentleman...x sesuia buat laki...nak belanja first date pun x mampu....
|
|
|
|
|
|
|
|
laki tu nk mkn free je kot, awal2 dh ckp xbwk cash |
|
|
|
|
|
|
| |
|