View: 14101|Reply: 37
|
[Tempatan]
6 jenis ubat dirampas dari rumah arwah Akiko Okumura
[Copy link]
|
|
Sebanyak enam jenis ubat-ubatan dirampas dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura bagi membantu siasatan punca kematian isterinya pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, rampasan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuklah masalah kesihatan atau kemurungan dihidapi mangsa.
Jelas Hussein lagi, beberapa ubat dalam bentuk pil yang dirampas juga dipercayai dari Jepun.
"Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan Jepun untuk mengenal pasti uba-ubatan yang dia (Akiko) ambil yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini," katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan seramai enam individu sudah diambil keterangan termasuk suami dan anak lelaki mereka iaitu Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Kata Hussein siasatan masih dijalankan walaupun kes berkenaan sudah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (DSR).
"Empat lagi individu yang dirakam keterangan adalah kaki tangan hospital yang menjalankan bedah siasat serta saksi awam yang berada di tempat kejadian semasa mayat mangsa ditemui," ujarnya.
Pada 28 Februari lalu Ridzuan Ridzokumura atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, memaklumkan isterinya iaitu Akiko Okumura meninggal dunia namun punca kematian tidak didedahkan.
Bagaimanapun pada Selasa lalu, Hussein mengesahkan wanita warga Jepun yang maut di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.
nca kematian Akiko masih lagi dalam siasatan.
Ridzuan menerusi video siaran langsung di TikTok pada Rabu pula memberitahu dia langsung tidak menyedari Akiko terjatuh dari kondominium mereka kerana sudah tertidur terlebih awal pada hari kejadian.
Jenazah Wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tuannya dah mati. Rampas dari siapa sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg bahasa standard polis ke kena sebut/tulis dirampas? Atau boleh je sebut/tulis diserahkan oleh waris?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.
Dah boleh close kot kes ni nampak memang arwah macam ambil tindakan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter ni mmg suka letak headline sensasi, mr filter dah kabor dia sendiri beri pada polis bukan dirampas. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la.ubat-ubatan tidak diserahkan sukarela oleh waris.polis ambik dari kediaman.polis dtg ambik utk siasatan .mmg biasa guna perkataan dirampas bukan diambil oelh polis
|
|
|
|
|
|
|
|
polis beriya siasat ni ada apa2 pelik dari bedah siasat ke?ke mmg ini standard sop kes bunuh diri?jatuh? |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 8-3-2025 06:24 AM
betul la.ubat-ubatan tidak diserahkan sukarela oleh waris.polis ambik dari kediaman.polis dtg amb ...
I see, sbb ambil dari kediaman mangsa.
Tertengok video ridz menangis sbb guna term rampas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka arwah memang cmtu ke atau filter juga, iols tak kenal mereka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai manusia keluar zaman nih. |
|
|
|
|
|
|
|
dia macam chameleon...mengikut keadaan sekeliling.
Dgn owang jepang jadi putih, muda....
dgn owang malaysia jadi kelabu.....karatz

|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak rasa dia terlibat sampai si isteri tu nekad terjun sbb itu asset dia utk glamour. Mungkin betul le kot akiko dah tak tahan sakit plus ada depression ke anxiety ke yg buatkan dia nekad terjun. Org jepun mmg gitu kan budaya diarg bab2 ambil nyawa sendiri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ye Akiko tu lah yg buat dia glamour terkenal ada bussiness berjaya semua, mmg tak logik betul yg speku dia tolak Akiko. Tgk Riz ni pun blh tahu dia trauma wife dia meninggal secara tiba2 mcm ni. Semoga bertabahlah, harga yg perlu dibayar jadi org terkenal kat social media, mmg setiap inci kena siasat dgn netizen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 9-3-2025 11:16 PM
Ye Akiko tu lah yg buat dia glamour terkenal ada bussiness berjaya semua, mmg tak logik betul yg s ...
Betul nampak traumanya tp dek dia pun suka lime light jd mmg jd habuan utk terus up segala mala yg boleh. Hihihiii... Sbbkan ni juga aiol pun baru kenal sapa dia. Kalau tak ingatkan mamat mana yg tergedik dgn fatia & ikram dinzly tu hari.
Harap dia bertabah la sbb sky mmg akan hancur kalau dia tak kuat. Anak tu dah takde sesapa dah dkt sini sbb dia berbeza dr sepupu sepapat yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Dia selama ni jenis life depan camera, bila wife meninggal mengejut mcm ni dia jadi tak blh sorg2 sunyi2, atau grief in private org kata, dia rasa sunyi. Sbb tu yg dia rasa kena ckp dgn followers dia. Baru lagi mmg trauma, ambil masa nak biasakan diri hidup dgn kenyataan wife dah meninggal. Ye semoga tabah, kesian kat Sky. Ye Sky semua tak mcm org msia, kesian mak dia yg sama mcm dia dah pegi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 10-3-2025 12:09 AM
Dia selama ni jenis life depan camera, bila wife meninggal mengejut mcm ni dia jadi tak blh sorg2 ...
Betul juga kan... Perangai org ni mcm2. Mcm aiol jenis private mmg takkan sama rentak dgn org mcm ridz ni. Tp both tetap mental tu kena kuat nak2 kes trauma yg mcm ni. Meninggal accident ke sakit ke takkan sama rasanya dgn meninggal cara ni |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 9-3-2025 11:50 PM
Betul nampak traumanya tp dek dia pun suka lime light jd mmg jd habuan utk terus up segala mala yg ...
Dia mingle ngan iqram & fatia ke??? Memang lambertsss lagi nak kembali normal |
|
|
|
|
|
|
|
Betul semua org tak sama, mcm dia kes mengejut mcm ni mmg tgk pun tahu dia jenis kena ada org dgn dia, atau kena live dgn followers dia. Kesian jugak org kutuk dia mcm2 time2 mcm ni sbb dia buat live. Bagi aku klu benda tu membantu dia buat aje sbb semua org tak sama. Dr dia sorg2 kemurungan baik dia sembang luah2 kat followers dia. Pelik tak pelik di mata kita perasaan dia dia yg kena hadap. Aku pun tgh grieving tp aku private, takdelah buat live lol habis sgt pun aku selit mengadu kat forum skit2 kohkohh. Esok utk pertama kali aku ada appointment utk berckp dgn seseorg. Aku taknak pegi psychologist sbb aku rasa tak boleh connect, dah pnh dulu, aku prefer 'normal people'. So yg esok ni volunteer yg dah biasa berckp dgn org yg perlukan seseorg utk berckp, aku pilih dr profile dia, lelaki umur 40 lebih mcm tu, hrp berjalan lancar. Nadib ada service mcm ni, bolehlah guna kan. Hb sku happy aku ambil tindakan ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 10-3-2025 05:43 AM
Dia mingle ngan iqram & fatia ke??? Memang lambertsss lagi nak kembali normal
Ye kot sbb ada hari tu siapa tah kongsi vtt diarg tgh berjoget sesama dlm benang fatia gi oversea. Aiol perasan sbb rambut dia tu le Kalau tak salah masa majlis bacaan yasin arwah akiko pun ada ikram tu duduk sebelah dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|