View: 20887|Reply: 35
|
[Jenayah]
"Dia Macam Subway Punya Sandwich" - Roti John Original Asal Singapura, Tak Tahu Kenapa Dekat Malaysia Jadi Lain Banyak Sos!
[Copy link]
|
|

“Ini original asal Singapura guna Roti Perancis dan very simple. Dia mcm Subway punya sandwich. Tapi tak tahu kenapa dekat Malaysia jadi lain dan banyak sos,” – TikTok @mohdfazlimokhtarrudin
Baru-baru ini YouTuber makanan popular, Pian Padu Beb Studios berkongsi pengalamannya membeli Roti John di negara jiran, Kota Singa.
Menerusi video TikTok dikongsikannya, kedai yang menjual makanan itu berbeza daripada selalu ada yang ada di Malaysia.
Peniaga tersebut menggunakan roti jenis French Loaf, isi daging kambing, telur dan cili sos tak melimpah-ruah seperti di Malaysia.
Pembuatan Roti John itu membuatkan Pian berasa kagum. Harga untuk sebuah cumalah SGD5 bagi yang biasa. Jika tambah keju, harganya SGD5.50.
Ramai netizen dari Singapura meninggalkan komen pada video berkenaan.
Mereka menegaskan Roti John berasal dari negara Singapura. Kata mereka juga yang asli memang dibuat seperti begitu.
“Yang asli memang dari Singapura, Taman Serasi Kebun Bunga,” – TikTok @abdulazizismail53
“Kalau nak tahu Roti John Singapura bermula di Taman Serasi, dekat Singapore Botanical Garden, tak percaya tanya orang lama Singapura,” – TikTok @rivelino666
“Ini lah yang original dan makan dengan sambal. Cik Shukor dari Taman Serasi yang mulakan Butterflied Baguette. Sebelum ini roti putih tebal digunakan,” – TikTok @ira.bee
Dalam pada itu, ramai berkongsi kisah yang sama bagaimana makanan itu tercipta.
Ia merupakan satu makanan yang dipercayai muncul sekitar tahun 1960-an atau 1970-an.
Seorang peniaga makanan di Singapura mendapat permintaan daripada pelanggan berbangsa Inggeris yang mahu sesuatu yang mirip sandwich.
Kemudian peniaga itu mencipta hidangan menggunakan Roti Perancis, telur, daging cincang dan bawang.
Disebabkan pelanggan Inggeris itu dipanggil ‘John’, peniaga tersebut menamakan makanan ini sebagai ‘Roti John’ yang bermaksud ‘roti untuk John’. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
satgi....TERNYATA.............. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah temasek pun kaki claim gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yea , really hate roti John , burger yg sos melimpah ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 9-3-2025 01:22 AM
Baik buy subway baru ikut standard roti john,
Kalau peniaga jalanan mmg cut kos banyak atau bubuh bahan lain, bahan utama dikurangkan, sama spt satay, kebab dll, ada ke patut satay 40% isi dan 60%kulit dan lemak, juga kebab 30% daging 70% timun, juga abc bubuh basic asal ada kaler kuning brown red dan kacang tanah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni roti john param cecah smpi rm15
Mengarut betul.
Rasa mcm roti telur je yg penuh sos.
I boikot roti john param tahun ni
Baik i mkn roti telur buh daging cincang je kat umh. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni masih belum beli lg dan tak akan beli nampak gayanya
sbb rasa muak yg tahun lepas masih tak dpt dilupakan  |
|
|
|
|
|
|
|
dapat beberapa versi mengenai sejarah Roti John, tetapi kisah paling terkenal berasal dari Singapura pada tahun 1960-an. Dikatakan bahawa seorang peniaga makanan di Singapura mencipta hidangan ini apabila seorang pelanggan berbangsa Inggeris meminta hidangan yang menyerupai burger. Oleh kerana tiada roti burger pada waktu itu, peniaga tersebut menggunakan roti Perancis (baguette) dan mengisinya dengan telur serta daging cincang sebelum menggorengnya.
Nama “John” dipercayai merujuk kepada panggilan umum bagi orang Barat pada zaman tersebut, manakala “Roti” berasal daripada perkataan Melayu yang bermaksud ‘bread’ dalam bahasa Inggeris. Maka, hidangan ini dinamakan “Roti John”, merujuk kepada roti yang dipesan oleh pelanggan Inggeris tersebut.
Sejak itu, Roti John menjadi popular di gerai makanan jalanan dan pasar malam di Malaysia, Singapura, serta Brunei. Kini, ia mempunyai pelbagai variasi seperti Roti John berkeju, Roti John pedas, dan Roti John kambing. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 8-3-2025 10:53 PM
dapat beberapa versi mengenai sejarah Roti John, tetapi kisah paling terkenal berasal dari Singapura ...
Roti John Lembu takdak dalam list ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
Haih benda petty mcm ni pun nak claim ke
Roti john tu pun tiru konsep sandwich..malaysian roti john dah begitu so tak boleh ubah..
Sama la mcm ramly burger, konsep dr US tapi ramly burger is malaysian..ramai tourists masukkan burger ni dlm bucket list
|
|
|
|
|
|
|
|
Semlm iols buat roti john jugak utk berbuka..sedapp
|
|
|
|
|
|
|
|
This year buka puasa iols buat roti john sendiri je from scratch. Puas hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat I ada jual roti john isi daging/ayam melimpah. Sos pun just nice, takdela banjir n letak sos keju.
Burger ke roti john ke, tak berkenan betul yg jenis sos2 banyak sampai melimpah keluar. Jadi soggy rotinya |
|
|
|
|
|
|
|
Topik bergaduh untuk orang takde life sebab bulan Ramadan ialah bulan bercerita pasal makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 9-3-2025 12:58 AM
Haih benda petty mcm ni pun nak claim ke
Roti john tu pun tiru konsep sandwich..malaysian roti john ...
'... ramly burger is malaysian..ramai tourists masukkan burger ni dlm bucket list'
Maybe for the wrong reason. Kerana mereka dengar ada satu American staple yang telah di korup kan into something else you have to see it to believe it.
|
|
|
|
|
|
|
|
Craving roti khurasan japgi nak gi beli dekat bazar habuan buat moreh sambil tengok drama keluarga itu kat tv3  |
|
|
|
|
|
|
|
Apa je yang sampai kat Malaysia tak melimpah ruah meleleh sos cheese campur mayo campur coklat kuah banjir bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana nak letak kambing cincang tu? Ada kena letak sos ke atau kambing semata2? Ada yang masak untuk malam ni kang ni  |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 9-3-2025 12:58 AM
Haih benda petty mcm ni pun nak claim ke
Roti john tu pun tiru konsep sandwich..malaysian roti john ...
Masalahnya ramly burger tu pakai identiti nama sebagai ramly burger sissy… lain kali malaysia pakai la nama baru lain contohnya roti joni joni yes papa ke sissy…  |
|
|
|
|
|
|
| |
|