CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12451|Reply: 61

[Tempatan] Ramai kakitangan awam bankrap: Mampu pakai Myvi, janganlah pakai Vios - KSN

[Copy link]
Post time 9-3-2025 12:45 PM | Show all posts |Read mode

PEKAN: Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Katanya, desakan untuk menunjuk status sosial antara punca ramai kakitangan awam semua peringkat membuat pinjaman kewangan berlebihan sehingga mereka bankrap.

"Terdapat kakitangan awam dianugerahkan kemahiran menguruskan berjuta ringgit wang kerajaan, namun dia tidak mampu menguruskan wang sendiri sehingga terpaksa membuat pinjaman.

Kita sepatutnya hidup atas kemampuan kita, kalau kita mampu pakai telefon bimbit jenama Xiaomi, jangan cuba pakai iPhone.

"Terdapat kakitangan awam yang suka bermewah dari segi penampilan, sebagai contoh sekiranya mereka mampu memiliki kereta Perodua Myvi, janganlah cuba pakai Toyota Vios," katanya pada Program Rahmah Ramadan Madani di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.

Shamsul Azri menambah, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) menetapkan potongan pinjaman perlu berada sekurang-kurangnya pada paras 40 peratus daripada emolumen bulanan kecuali menunaikan haji dan pembelian rumah, sekiranya peraturan ini diikuti risiko bankrap dapat dibendung.

"Arahan telah dikeluarkan pada ketua jabatan, mereka perlu menghantar kakitangan yang berhadapan masalah kewangan mendapat khidmat kaunseling dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Semalam Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid mendedahkan gaya hidup golongan muda hari ini yang suka 'menunjuk-nunjuk' menjadi punca ramai antara mereka terjerat dengan masalah kewangan, seterusnya diisytiharkan bankrap.

Sehubungan itu beliau menyarankan golongan pekerja muda khususnya graduan yang baru memasuki alam pekerjaan supaya disekat daripada memiliki kad kredit kerana antara punca ramai terjerat dengan masalah kewangan serius.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 01:24 PM | Show all posts
iyalah
saiya myvi pun tak mampu
setia dengan kancil
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes nilah kan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tak bankrupt & dibelit hutang.... Dah gaji pun gaji buta. Kaunter 8 bukak 2. Nak siapkan surat template isi tempat kosong pun ambik masa 2 bulan. Telefon pejabat tak berangkat. Pukul 9.00 pagi masih belum start buat kerja. Pukul 3.00 dah sibuk nak balik rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
penjawat awam bernasib baik sbb majikan mmg gomen..at least ada jugak la tempat mengadu..kalu ikutkan, rata2 rakyat malaysia ni PEMBOROS, tak kira la keje gomen @ swasta..yg keje swasta sibbaik susah buat loan je..kalu bank senang bagi, mmg 2 x 5 je pun dgn staf gomen..ada sedara i dulu masa keje bank, dia dok citer2 psl org buat loan, psl loan x lepas la whatsoever..pdahal dia pun ada masalah boros..dok pinjam jgk duit orang..ada sedara sorang lagi bekas manager PETRONAS (bukan manager stesyen minyak tau), penah minta iols tlg buatkan personal loan sbb dia dah x boleh buat loan..komitmen dah tinggi sgt(siap senang percaya scammer plak tu)..tapi i tak buatkan..koserrr..tu belum i citer yg keje MAS, terlebih boros smpi masuk akpk.. pendek kata, i nak bgtau, antara masalah rakyat malaysia ialah BOROSSSSS…bukannya keje swasta tak buat loan atau pandai manage duit, tapi sebab susah nak buat loan je..kalu senang buat loan mcm staf gomen, lagi melingkup rata2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ukur baju di badan sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2025 03:12 PM | Show all posts
belanja ikut suka, pendapatan banyak mana pun tak cukup... senang cerita yang selalu dikorbankan ialah pendapatan masa hadapan aka hutang.. tapi jenis tak sedar diri, hutang terlalu banyak, masih lagi maintain status.. akhirnya pendapatan sendiri masa kini dan masa hadapan dah kena gadai, cari pulak duit yang bukan sendiri dengan cara tambah hutang.. akhirnya bila dah sedar dah bangkrap
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiap tahun pergi umrah, cemana nak kayanyer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 05:18 PM | Show all posts
manusia ni suka bermegah-megah..memang dlm nafsu manusia sebegitu...suka nak berbanding-banding...ibarat satu pertandingan mengejar dunia sehingga saat roh di cabut dr badan...dan akhirnya menyesal kerana terlalu mengejar dunia
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpa.. tunggu harta rentua.. kerja kerani bank pun boleh pakai crv.. boleh round yurop.. adik tak dapat sesen ada aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut gaji mampu pakai vios tapi aku pakai bezza, tpi duit habis kt tempat lain lak
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 9-3-2025 05:33 PM
Takpa.. tunggu harta rentua.. kerja kerani bank pun boleh pakai crv.. boleh round yurop.. adik tak d ...

Harta rentua pun habis kalau dah melahap macam setan  babi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Halo..myvi pon mahal lah..what do u expect
.ptt harga myvi tu aras 300-400 sebln mcm tu je sudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 9-3-2025 02:27 PM
penjawat awam bernasib baik sbb majikan mmg gomen..at least ada jugak la tempat mengadu..kalu ikutka ...

Kwn ai terjebak dgn ops sky ni..penjawat awam laki bini dan bkn pemboros .tggal d pekan daerah kecil yg living cost antara terendah d semenanjung msia. Kelengkapan basic2 je..xde melebih2..isteri bkn jenis melaram, dressing btol2 zuhud. Tp byk loan sbb komitmen tggung keluarga tmbhan(mslh kesihatan keluarga,adik brsdik etc)
Die terjebak ngan benda ni..ai sndri menangis dgn nasib die..ai bg hulur infak pon berapa je dpt..3 bln dh BNM freeze semua akaun. Syukurlah bln puasa , boleh berbuka d masjid..bwk bekas tapau lauk utk bwk kat mak yg sakit d rumah pulak.
Kesian sgt.
Kwn ai ni naif2 dan lurus skit..bab keje mmg tip top dan rajin. Expert sgt2 dlm bidang dia. Bkn jenis oenjawat awam yg mengopi  kol 10 pg dan balik awal. Ai mrh jugak nape bole terjebak. Dia kata sbb yg explain kat die tu org yg dia percaya. Bygkan buat loan 400k, then skang terjebak kene setel 5k sbln ..dgn akaun kene freeze lg..dia ckp nasib baik ada lg sisa2 iman..kalau tidak bole terjun jambatan dibuatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:44 PM | Show all posts
kot cgu sekolah tok leh ler nk pakai myvi sbb kdg2 keta cgu jugek yg kena lenjan nak angkut murid pergi aktiviti mewakili sekolah.
sebab kita tkde bas sekolah. kalo tk dpt sewa bas.. berbondong2 cgu antor player naik keta..
kot ada rezeki masuk final.. berhari2 ler keta kita kena tojang.. kdg kita ngajar dlm kelas.. tp keta kita tersadai kat pdg bola tunggu budak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mau pakai myvi
Paling paling kena pakai H
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 9-3-2025 08:44 PM
kot cgu sekolah tok leh ler nk pakai myvi sbb kdg2 keta cgu jugek yg kena lenjan nak angkut murid pe ...

Manakala sekolah2 top siap ada 2, 3 biji kenderaan termasuk bas sekolah untuk hantar peserta2 depa pi masuk pertandingan beserta penyokong. Sekolah biasa, pool kereta cikgu. Klu accident, cikgu yg dipersalahkan.

Back to the topic, ukur baju dibadan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 09:24 PM | Show all posts
terpulang la duit masing2
asalkan jgn menyusahkan org lain sudah la


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kebetulan i uninstall shopee harini..rasa boros yg amat..beli online ni bahaya, nampak takde apa..rm20 sini rm59 few days later..aigoi
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam family i, masalah keberhutangan yang tinggi ni gara2 tamak. Percaya cakap orang konon labur sekian2. Hujung2 labur jadi lebur. Anak bini nasihat tak mau dengar. Cakap orang lain yang nak memusnah lagi betul. Anggap bini dan anak2 bodoh. Lepastu berkira dengan bini. Rezeki yang ada pun tak ada keberkatan.
Tamak kerana fikir tanpa usaha, duit boleh turun dari langit. So buat loan , bagi duit tu pada kawan konon boleh beranakkan duit. Hujung2 jadi mental. Kerja teruk2 , hujung bulan dapat gaji hanya untuk bayar loan yang tak tahu sampai bila akan abis bayar. Mak bapak pulak terpaksa hulur duit pada anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.557720 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list